Mengurus perbezaan personaliti dan gaya komunikasi pasangan untuk kurangkan salah faham dan konflik dalam rumah tangga.
Siapa patut sertai?
(1) Pasangan yang telah lama berumah tangga.
(2) Pasangan yang baru berkahwin.
(3) Pasangan yang mahu kurangkan konflik dalam rumah tangga.
(4) Individu yang ingin lebih mengenali personaliti diri sendiri dan pasangan.
Ini program diskusi interaktif santai ala-ala talk show, berbeza sedikit dari ceramah biasa.
Anda dan pasangan bebas bertanya, berkongsi kisah atau mengaju pandangan pada bila-bila masa sepanjang sesi ini.
Bagi memudahkan lagi kefahaman, dalam sesi ini juga diselit aktiviti:
Simulasi praktikal ringkas
Ulasan & kajian kes
Tanya-jawab spontan
Perkongsian pengalaman & refleksi
Fokus utama fasilitator bukanlah membentang isi-isi penting yang berjela-jela tapi lebih kepada membincangkan topik diskusi secara santai, terbuka dan terpandu dalam batas syariat dan susila budaya.
1) Anda tahu punca pencetus konflik dalam hubungan yang menyebabkan stres.
2) Anda lebih faham cara mengurus perbezaan karakter pasangan.
3) Anda tahu teknik mengolah cara berkomunikasi dengan pasangan.
4) Anda dapat segarkan kembali hubungan dengan pasangan.
5) Anak-anak anda lebih gembira lihat ibubapa mereka lebih damai dan ceria.
6) Rumah tangga lebih tenang, harmoni dan diberkati kerana jauh dari konflik dan stres.
Hadirlah Bersama Si Dia
Barulah tak bertepuk sebelah tangan. Anda tak perlu terangkan apa-apa pada dia. Sama-sama dengar, sama-sama faham. Balik, boleh terus praktis. Saling memahami dan membetulkan, barulah kurang selisih faham. JOM!