Bayaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum masuk ke homestay. Walau bagaimanapun sekiranya "urgent", bayaran mesti dibuat sebelum masuk. Pihak kami tidak akan menyerahkan kunci selagi bayaran penuh belum dibuat.
Ya bagi berlaku adil pada pihak kami, deposit dikenakan RM50 supaya jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan barang, maka akan ditolak dari deposit tersebut. Namun sekiranya tiada berlaku apa-apa masalah, deposit anda akan dikembalikan secepat mungkin. Deposit perlu dibayar sebelum atau bersama bayaran sewa homestay.
Tema homestay kami ialah mesra muslim. Hanya orang Islam sahaja dibenarkan. Tidak dibenarkan pasangan yang belum berkahwin atau jika berkumpulan mestilah tiada percampuran jantina. Mestilah yang menginap mempunyai pertalian keluarga ataupun mahram sahja. Segala aktiviti maksiat dan haram dari segi agama dan undang-undang adalah tidak dibenarkan.
Kami mempunyai ruangan parking yang banyak. Pengunjung boleh parking pada ruangan di keliling bangunan homestay.
Banyak tempat-tempat makan yang menarik di sekitar kediaman. Cadangan tempat makan yang pasti memuaskan hati anda seperti di halaman Makan-Makan. Klik sini.
Untuk keselesaan 7 orang namun jika hendak lebih dari itu kami juga tiada halangan asalkan tidak terlalu ramai.
Boleh sahaja, kelengkapan memasak juga disediakan seperti dapur elektrik, kuali leper, pemanas air, dan peralatan memasak.
Ya, terdapat Dobi Santai 24H dalam jarak 2.6km (4minit) dari homestay.