En. Ahmad Rizal bin Miskam merupakan pemilik syarikat Reezal Apparels and Services, berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang jahitan. Bermula dengan memberikan perkhidmatan jahitan secara kecil-kecilan iaitu baju melayu, kemeja batik, seluar dan baju kurung tradisional.
Bermula pada tahun 2015, beliau mula berjinak-jinak dalam perkhidmatan jahitan pukal seperti t-shirt, uniform, cadar, sarung bantal asrama dan cetakan grafik baju. Bagi memenuhi permintaan dari agensi kerajaan dan swasta, beliau menubuhkan syarikat dan membuka peluang pekerjaan. Beliau sentiasa berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dengan sentiasa membuat kajian harga pasaran barang mentah dan mesin-mesin yang diperlukan dalam perkhidmatan. Sehingga kini pelanggan-pelanggan syarikat Reezal Apparels and Services bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi turut dari kepulauan Borneo, Sabah & Sarawak.
Nama Syarikat : REEZAL APPARELS AND SERVICES
No. Pendaftaran Syarikat : 201703151939 (JR0077036-V)
Alamat Utama Perniagaan : No. 3 Lorong Kelabang, Kampung Parit Haji Rais, Parit Raja, Johor.
Bentuk Perniagaan: Pemilikan Tunggal
Tarikh penubuhan syarikat: 27 April 2017
No. Telefon : 019-2634540 (Rizal)
Emel Syarikat : reezalapparelservices@gmail.com
Facebook : Jahit T-shirt & Uniform Secara Pukal Batu Pahat, Johor.
Jenis Perniagaan
Membekal uniform dan pakaian secara pukal.
Menyediakan perkhidmatan cetakan grafik baju
Membekal barang atau alat jahitan.
Menyediakan perkhidmatan jahitan.
Membekal barang cenderahati.
Dua (2) orang tukang potong
Lima (5) orang tukang jahit
Seorang pereka bentuk grafik / “sublimation”
Dua (2) orang bahagian percetakan
Tiga (3) orang bahagian pembungkusan
Dua (2) orang pemeriksa kualiti