STEP 1
Pendaftaran Akaun
Untuk pendaftaran, sila klik butang "Daftar Percuma" di bahagian atas website.
Pilih pautan sama ada ingin mendaftar akaun yang berumur 18 tahun dan ke atas atau akaun yang berumur 18 tahun kebawah.
Kemudian, isi borang yang disediakan dengan lengkap.
Beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian semasa mengisi borang adalah :
1) Isikan nama penuh pada "Full Name (As Per IC)". Rujuk kad pengenalan anda.
2) Pastikan anda tick pada ruangan "generate PG code" . Jika tidak, anda perlu melakukan pendaftaran semula.
3) Semak semua butiran sebelum klik butang "SUBMIT"
Selepas klik butang "SUBMIT", anda akan diberikan PGcode akaun anda.
Contoh PGcode : PG0002162
Sila salin PG Code berkenaan kerana PGcode berkenaan akan digunakan sebagai username untuk log masuk ke akaun anda.
STEP 2
Pengesahan Akaun
Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima mesej melalui SMS dan Email anda.
Sila klik link pengesahan yang disertakan dalam mesej tersebut bagi mengesahkan akaun anda.
Setelah anda sahkan akaun anda, login akaun Public Gold anda melalui website rasmi Public Gold menggunakan PGcode anda sebagai username.