Redhill Group mempunyai dua buah Pusat Bertauliah yang menjalankan program-program jangka panjang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan dua agensi latihan yang fokus kepada program-program jangka pendek :
1. Pusat Bertauliah - Haaza Centre of Excellence Sdn Bhd – Kod Pusat (L02203)
- Program penyediaan dan pembuatan makanan (Tahap 2 & 3) – SLaPB
- Program pembuatan pastri dan roti (Tahap 2 & 3) – SLaPB, PERKASA TVET Modular Tahap 2, SLDN
2. Pusat Bertauliah - NIATS Sdn Bhd – Kod Pusat (L02366)
- Program teknologi kimpalan & fabrikasi (Tahap 3) - SLaPB
- Proses kimpalan arka kepingan logam (Tahap 3) – SLaPB, PERKASA TVET (3G&4G)
3. Redhill Point Sdn Bhd dan KLI Training Centre Sdn Bhd – Berdaftar dengan HRDCorp sebagai penyedia latihan bagi kursus jangka pendek seperti:-
- Enterprenuership & Confinement Care
- Leadership Skill Training
- Housekeeping Operation
- Toward Effective Communication Skill & Team Bonding
- Food & Beverages Service
- Barista Training Programme
- Body Massage & Reflexology
- Air Conditioning Maintenance & Installation
Redhill Group telah terlibat secara langsung dalam melaksanakan program-program jangka pendek seperti WORKPRO TRANSFORMASI TENAGA KERJA yang meliputi skim Modular, Peningkatan Kemahiran, Peningkatan Kemahiran Orang Asli dan Peningkatan Kemahiran Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Perak di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak.
Melaksanakan program kemahiran dengan usahasama Northern Corridor Economic Region (NCER), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang memfokuskan kepada golongan B40 dan E-Kasih.
Program-program motivasi seperti Team Bonding juga dijalankan di syarikat-syarikat swasta – CUSTOMIZE MODULE
Mewujudkan prasarana dan persekitaran yang kondusif bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif dan berintegriti.
Penggunaan sumber secara optima bagi memaksimakan kecekapan organisasi dan keterampilan pelatih.
Mewujudkan jaringan kerjasama dengan industri dan badan-badan persijilan dalam menyediakan program latihan mengikut keperluan semasa.
Melahirkan modal insan yang berkualiti bagi menepati keperlukan majikan dan kehendak industri.
Hubungi Kami
REDHILL POINT SDN BHD
34, GERBANG RAPAT 1
TAMAN MAJU RAPAT
31350 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : +60 5-311 4922
E-MAIL : redhillpoint88@gmail.com