JOM Tengok Apa yang Kami Tawarkan
Program pemerkasaan melibatkan kelas Swimming, Silat, Robotic dan Musical Class dikendalikan oleh jurulatih profesional yang bertauliah dan berpengalaman.
Pendedahan kepada pakar sebenar membantu kanak-kanak menjadi lebih teruja, yakin dan bermotivasi untuk meneroka serta mengembangkan bakat mereka.
Sebuah platform premium yang menyediakan ilmu, panduan dan sokongan kepada ibu bapa pada setiap peringkat dalam membesarkan anak-anak mereka.
Kami memahami bahawa ibu bapa moden memerlukan kecekapan dan ketelusan. Itulah sebabnya IRIS diwujudkan, sebuah sistem digital eksklusif oleh Red Camel Preschool yang menghubungkan pihak sekolah dan ibu bapa secara pantas, teratur dan telus.
Red Camel Preschool kini menawarkan pakej yang lebih fleksibel dengan nialai dan manfaat yang lebih berbaloi mengikut kesesuaian bajet dan keperluan ibu ayah.
Pendedahan awal tentang rukun haji dan melakukan simulasi sebenar.
Ibu bapa turut menyertai sukan yang diadakan supaya menambahkan keseronakkan dan keceriaan.
Silibus mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Sesi bacaan harian secara one-to-one melibatkan buku Bahasa Melayu, English dan Iqro'
Hafazan surah-surah lazim dan doa menjadi rutin harian untuk anak-anak.
Menarik minat dan semangat anak-anak untuk datang sekolah setiap hari
Melatih anak-anak untuk solat dengan betul dan mempraktiskan sunnah harian.
Explorer Trip yang sangat menarik dan mencabar untuk anak-anak sertai.
Modul kelas berenang dari jurulatih yang berpengalaman.
Kelas asas robotik yang dikendalikan oleh pakar profesional.
Setiap pelajar diajarkan dengan seni mempertahankan diri iaitu silat.
Anak-anak belajar menggunakan alatan muzik.
Aktiviti yang mendekatkan anak-anak dengan tumbuhan hijau.
Mampu merangsang daya kreativiti dan inovasi dalam diri anak-anak.
Belajar menggunakan wang ringgit secara langsung melalui aktiviti jualan.
Banyakkan Aktiviti yang Menarik...🤩
Jika anda adalah ibu ayah yang mementingkan kemenjadian anak. Anda patut tahu tentang program istimewa kami.
Islamic Multi Intellegence atau ISMI Programme
ISMI Programme diinspirasikan oleh teori Multiple Intelligences (Howard Gardner), ISMI Programme bahkan dirumuskan dengan Tauhid sebagai teras dan akhlak Islami sebagai budaya, bagi membentuk anak yang seimbang dari segi ilmu, iman, dan akhlak.
Linguistic🎤
Kebolehan menggunakan bahasa dengan berkesan untuk berkomunikasi, membaca, menulis, bercerita, atau berdebat.
Contoh: Suka membaca, pandai bercerita, cepat menghafal Iqra’ atau al-Quran.
Logical-Mathematical
Kemahiran berfikir secara logik, menyelesaikan masalah, mengira, menjalankan eksperimen, dan menganalisis corak.
Contoh: Suka bermain dengan nombor, mahir menyelesaikan teka-teki logik, cepat memahami konsep sains.
Visual-Spatial
Kebolehan berfikir dalam bentuk imej atau visual, membayangkan bentuk, dan menghasilkan lukisan atau reka bentuk.
Contoh: Pandai melukis, suka membuat peta minda, berminat dengan bentuk geometri atau seni bina.
Kinesthetic
Kebolehan menggunakan tubuh untuk belajar, menyampaikan idea, atau menghasilkan sesuatu.
Contoh: Aktif dalam sukan, suka berlakon, mahir kerja tangan.
Musical
Kebolehan memahami bunyi, irama, melodi, dan muzik.
Contoh: Suka menyanyi, mahir menghafal lagu, boleh memainkan alat muzik.
Interpersonal
Kebolehan memahami orang lain, bekerjasama, dan berkomunikasi dalam kumpulan.
Contoh: Mudah berkawan, suka aktiviti berkumpulan, mahir memimpin rakan sebaya.
Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri, mengurus emosi, dan melakukan muhasabah.
Contoh: Suka bersyukur, mengamalkan doa harian, boleh mengawal marah atau sedih.
Naturalistic
Kebolehan memahami alam sekitar, hidupan, dan menjaga keseimbangan ekosistem.
Contoh: Suka berkebun, berminat pada haiwan, gemar aktiviti luar seperti lawatan.
Rohani
Kebolehan menghubungkan diri dengan Allah, beribadah, dan mengamalkan nilai agama.
Contoh: Solat berjemaah, tadabbur al-Quran, memberi sedekah, mengamalkan sunnah.
Di Red Camel Preschool, kami menghargai dan mengasah setiap potensi unik anak anda. Kitalah sebagai ibu ayah yang berperanan menyediakan ruang dan peluang agar mereka dapat berkembang sepenuhnya.
KHAS KEPADA IBU BAPA YANG INGIN MENCUNGKIL POTENSI UNIK ANAK ANDA
Get RM200
Rebate Voucher at Our Nearest Branch
NOW !