Live Chat Dengan Kami Untuk Pertanyaan : 018-358 9896
Katakan anda ingin membina rumah di atas tanah sendiri. Rumah tu mestilah perlu ada wiring baru dan semuanya perlu ditetapkan oleh anda sebagai pemilik.
Walaupun anda mungkin mengupah orang untuk membuat dan memasang wiring, anda perlu tahu di mana nak letak soket, lampu, suis dan sebagainya.
Senang cerita anda mempunyai kuasa untuk menentukan keadaan wiring rumah, tapi kenalah dapatkan nasihat mereka yang pakar.
Jika rumah nak diubah suai untuk penyambungan atau pembesaran keluasan rumah, sudah semestinya akan melibatkan pendawaian baru.
Bukan setakat nak tambah wiring, tapi besar kemungkinan kena alih meter, alih DB (distribution box/kotak fius), atau tambah DB baru.
Apa pun, pastikan semua pendawaian dibuat mengikut spesifikasi yang selamat seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Rumah yang dah lama selalunya perlukan penyelenggaraan dan baik pulih wiring.
Bila nak buat pendawaian semula tu, kena pastikan sama ada perlu dibuat untuk keseluruhan rumah atau sebahagian saja.
Antara masalah yang perlu diperbaiki adalah wayar lama yang dah tak berfungsi dengan baik, lampu berkelip-kelip atau tak menyala seperti yang sepatutnya, dan soket tak dapat digunakan kerana terbakar.
Semua ni sangat bahaya kerana jika berlaku litar pintas, sekelip mata semua boleh hangus terbakar. Jadi, pastikan wiring berada dalam keadaan baik dan lakukan pendawaian semula bila perlu.
Tahu tak betapa pentingnya wiring rumah sehingga ada peraturan yang mewajibkan semua rumah memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun.
Seperti yang dilaporkan, peraturan itu dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.
Ada dua cara wiring rumah yang biasa digunakan iaitu:
Wiring secara tersembunyi – Selalunya dilakukan semasa pembinaan rumah dan sesalur kabel elektrik dibuat siap-siap pada dinding. Cara wiring ni lebih kemas sebab wayar dan kabel tertanam di dalam dinding.
Wiring secara terdedah – Digunakan selepas dah ada struktur pembinaan seperti dinding atau kerangka bumbung. Untuk cara terdedah, wiring akan ditutup menggunakan casing pvc atau paip pvc bergantung kepada kesesuaian dan lokasi wayar.
Kalau anda nak buat wiring rumah sendiri, anda perlu tahu semua kelengkapan elektrik yang diperlukan, seperti:
Kabel
Papan suis
Suis utama
Pemutus litar (MCB)
Pemutus litar arus baki (RCCB)
Penangkap kilat
Suis soket
Suis lampu
Elakkan penggunaan elektrik berlebihan atau overload. Jangan gunakan satu plug point atau litar yang sama untuk peralatan elektrik yang menggunakan voltan tinggi.
Pastikan guna saiz kabel mengikut standard yang ditetapkan supaya pendawaian elektrik selamat untuk digunakan.
Gunakan kabel yang berkualiti kerana kabel murah mudah reput dan cepat rosak. Anda mungkin kena belanja lebih sedikit tapi ianya sangat berbaloi.