"Terlalu banyak kekurangan, kesilapan dan kesalahan cara orang berniaga di Sabah. Ada yang melakukan pemasaran secara menipu dan tidak jujur kepada pelanggan, pengurusan perniagaan yang tidak sistematik, pekerja yang ditindas oleh majikan dan pekerja yang menyusahkan majikan dan rakan sekerja. Jika ini berterusan, tidak mustahil PKS tempatan Sabah akan sentiasa ketinggalan, dipandang rendah dan sukar untuk bersaing walaupun di peringkat kebangsaan. Penubuhan syarikat ini merupakan salah satu langkah dalam meningkatkan kualiti dan daya saing usahawan serta peniaga tempatan Sabah sekaligus memangkin ekonomi tempatan."
~ Soffian Dayel, Pakar Pemasaran Ramsani Marketing Agency