QD Hub komited dalam membina ekosistem pendidikan yang holistik melalui kolaborasi bersama Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kerjasama ini bertujuan untuk:
Program Internship Berimpak: Menjadi platform rasmi bagi pelajar latihan industri (internship) untuk mengaplikasikan ilmu dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam dalam suasana industri sebenar.
Penyelarasan Keperluan Industri: Memastikan modul latihan yang diberikan memenuhi kriteria universiti sekaligus melengkapkan pelajar dengan kemahiran digital yang diperlukan oleh pasaran kerja masa kini.
Kami beroperasi selari dengan dasar-dasar kerajaan negeri bagi memastikan kualiti pendidikan Islam sentiasa terpelihara:
Sokongan Belanjawan Negeri Sembilan 2026: QD Hub mengambil peranan aktif dalam menyukseskan "Program Jilul Quran" bagi memperkukuh pengajian Al-Quran dalam komuniti melalui bantuan geran dan operasi yang disediakan.
Pentauliahan Guru: Memudahkan urusan pendaftaran Tauliah Mengajar Al-Quran bagi semua guru di bawah QD Hub untuk memastikan setiap pengajar mempunyai kelayakan sah daripada Jabatan HAL EHWAL Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).