SEJARAH PENUBUHAN PUSPANITA.
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau ringkasnya PUSPANITA adalah satu pertubuhan yang mewakili para kakitangan wanita dan pasangan pegawai dan kakitangan Kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Mac 1983 dan penaung pertamanya adalah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Setiap kementerian dan jabatan di Malaysia ada ditubuhkan cawangan kecil bagi mewakili setiap kakitangan wanita dan suri kakitangan kerajaan.
OBJEKTIF PUSPANITA
Memperkukuhkan tadbir urus
Memperkasa dan mengupayakan ahli
Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
Memperluaskan rangkaian strategik
Visi
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif
Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA
Moto
“Wanita Sepakat Negara Meningkat”