JUMLAH PELAWAT
JUMLAH PELAWAT
RAMALAN CUACA
PAUTAN PORTAL DIGITAL
PAUTAN PERPUSTAKAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah disiapkan portal pusat sumber ini dan membolehkan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang 2 memperoleh ilmu yang berguna mengenai sekolah ini dan sekali gus dapat menggerakkan amalan membaca. Semoga portal ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar murid-murid terus mendapat ilmu melalui pembacaan secara digital atau bacaan secara fizikal.
Sekian, terima kasih
Cikgu Rozia Harianni binti Othman
Guru Perpustakaan & Media SKBBS2
HUBUNGI KAMI DI SINI
ALAMAT SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR
BARU SELAYANG 2, PERSIARAN 2, FASA
1C, BANDAR BARU SELAYANG, 68100
BATU CAVES, SELANGOR
NO. TEL SEKOLAH: 03 61374800
EMAIL: bba7241@btpnsel.edu.my
KOD SEKOLAH: BBA 7241
READ, LEARN AND PLAY
Menawarkan Pdpc yang terbaik kepada murid-murid selaras kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Membekalkan prasarana yang gemilang untuk kemudahan seluruh warga sekolah.
Mendedahkan pelbagai kemahiran belajar untuk meningkatkan pencapaian dalam kurikulum dan kokurikulum.
Meningkatkan jumlah bahan bacaan sama ada secara bercetak atau bahan bukan bercetak dan bahan buku serta bukan buku.
Menyediakan suasana pusat sumber yang kondusif untuk warga sekolah.
Menyediakan kemudahan alat dan bahan (perkakasan dan perisian) untuk membantu guru dan murid-murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap.
Meningkatkan mutu pengajaran guru dan taraf pencapaian murid-murid di aras yang lebih tinggi.
Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri dalam kalangan murid-murid.
Mewujudkan satu iklim atau suasana yang boleh menggalakkan perubahan sikap dalam kalangan guru dan murid-murid dari segi kaedah pengajaran yang pelbagai dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti didik hibur, pembelajaran interaktif dan menyeronokkan di pusat sumber.
GAMBAR SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG 2
BUKU-BUKU PENGURUSAN PUSAT SUMBER.BOLEH PILIH ,TEKAN DAN BACA.