Pusat Tuisyen Ilmiah Mumtaz merupakan sebuah institusi pendidikan yang menyediakan bimbingan akademik berkualiti kepada pelajar berumur 5 hingga 17 tahun merangkumi peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Tambahan itu, pihak Pusat Tuisyen Ilmiah Mumtaz juga menawarkan Kelas Mengaji Iqra' dan Al-Quran di semua peringkat, Kanak-Kanak mahupun Dewasa.
Selain itu, Pusat Tuisyen Ilmiah Mumtaz juga ditubuhkan dengan matlamat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik serta membina akhlak dan sahsiah yang baik.
Kami percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri dan memerlukan bimbingan yang sesuai mengikut tahap serta keperluan mereka.
Pendekatan kami menggabungkan pengajaran akademik, pendidikan Al-Quran, serta pembangunan kemahiran asas dalam suasana pembelajaran yang positif dan berdisiplin.
VISI, MISI & OBJEKTIF
🎯 Visi
Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, berdisiplin dan berakhlak mulia
🧭Misi
• Menyediakan bimbingan akademik yang sistematik dan berkesan
• Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat
• Menjalinkan kerjasama erat antara guru, pelajar dan ibu bapa
📌 Objektif
• Meningkatkan pencapaian akademik pelajar
• Membina keyakinan dan motivasi pelajar
• Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar
📄BUKU PANDUAN PELAJAR PTIM
Sila klik link "Buku Panduan Pelajar PTIM 2026" untuk panduan ibu bapa. Terima Kasih.