AINS
Advance Intergrated NILAM System
Advance Intergrated NILAM System
Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.
Ini bermaksud, AINS akan menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital melalui Advance Integrated Nilam System. Rekod dapat dipantau oleh PPD/JPN/KPM dari peringkat bilik darjah hingga Kebangsaan.
Selain itu, AINS dilengkapi dengan permainan, penilaian dan cadangan bahan bacaan. Aplikasi interaktif ini membolehkan murid mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus bagi menggalakkan mereka membaca. Menarik, bukan?
Melalui AINS, pihak ibu bapa, guru, pentadbir pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.
Ini sekaligus menggalakkan budaya membaca yang lebih aktif serta menyumbang kepada keintelektualan negara.
Sistem ini boleh diakses melalui pautan berikut menggunakan akaun DeLIMa KPM.
Platform ini menggunakan ID DELIMa pelajar untuk log masuk. Sila login melalui https://ains.moe.gov.my/
ID DELIMa mempunyai format m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my
Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan.
Muka depan AINS (Log masuk)
2. Register dan lengkapkan pendaftaran
3. Halaman utama AINS
4. Murid boleh rekodkan bahan bacaan samada buku, e-buku, sumber digital, artikel, jurnal.
5. Cara mengisi bahan bacaan murid
6. Profile murid yang boleh disemak. Antara yang boleh disemak, senarai bacaan, kegemaran, bacaan terdahulu, pengiktirafan dan prestasi bacaan bulanan.
MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI UNTUK MURID
Sila tonton video tutorial tentang cara penggunaan aplikasi AINS.