Pusat Sumber SJKT Kulim berada di bawah pengurusan akademik yang ditadbir oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
Pusat Sumber SJKT Kulim diuruskan oleh Puan D. Kiran selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM).
Terdapat 7 unit di bawah pusat sumber dan dibantu oleh 50 orang pustakawan dari sesi pagi dan sesi petang
Waktu Operasi :
Pusat sumber dibuka pada hari Ahad hingga Khamis setiap minggu.
Waktu pengoperasian ialah dari jam 7.30 pagi hingga hingga 5.30 petang setiap hari.
Pusat sumber boleh memuatkan 25 orang dengan selesa pada satu-satu masa
Setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu masa dalam tempoh seminggu manakala guru 4 buah buku dalam tempoh dua minggu
Denda kelewatan satu hari bagi sebuah buku ialah RM0.10
Terdapat 12 buah rak buku utama bagi menempatkan bahan bacaan, buku rujukan dan buku fiksyen yang masih boleh digunakan di perpustakaan. Terdapat juga rak yang menempatkan bahan permainan akademik dan galeri.
Terdapat ruang /sudut di dalam PSS iaitu
- Ruang Speaker’s Corner
- Ruang Bacaan Terbuka
- Ruang Bacaan Red Spot
- Ruang Rehat
- Ruang Permainan
- Ruang Pameran
- Ruang SAL (self excess learning)/Akses Internet
Rangkaian Pusat Sumber termasuklah:
- Bilik-Bilik Darjah
- Makmal-Makmal Sains
- Bilik-Bilik Khas
- Taman Herba
- Laluan PKJR