Sebuah pertubuhan organisasi amal Kristian yang berdedikasi untuk menangani keperluan pendidikan, fizikal, sosial dan rohani kanak-kanak Kristian di Sabah.
Kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan rohani, pendidikan, jasmani dan asas kanak-kanak dengan bekerjasama dengan gereja tempatan dan antarabangsa dengan menyediakan pusat didikan awal kanak-kanak dan pembentukan iman.
Building the church future generation
Train up a child in the way he should go,
And even when he is old he will not depart from it.
{Prov. 22:6}
Burung dan salib: Iman, Harapan dan Kasih
Bumi: Kesatuan
Pink: warna kasih sayang ibu dan mewakili warna kewanitaan
Biru: mewakili warna kepercayaan, kesetiaan, kebijaksanaan, semangat, dan hormat kepada alam ciptaan Tuhan.
Menyediakan perkhidmatan jagaan dan didikan awal kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Kristian dalam keadaan selamat, selesa dan penuh kasih sayang.
Menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan Kristian dalam bidang didikan awal kanak-kanak.
Menjadi pusat Utama didikan dan Pembentukan Iman Kristian awal kanak-kanak
antara MATLAMAT PTKS adalah;
Platform untuk meningkatkan profesionalisma, kemahiran dan kepakaran ahli-ahli;
Menawarkan Latihan dan kursus untuk membangunkan modal insan;
Berkolaborasi dengan agensi, badan swasta dan pertubuhan lain;
Menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan Kristian dalam bidang didikan awal kanak-kanak.
meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan didikan awal kanak-kanak khususnya pembentukan iman Kristian dikalangan ibubapa
Pengerusi: Pn Alester G Jakuil
Setiausaha: Cik. Nur Syakila Eva Natasyah Binsol
Timbalan Setiausaha: Cik Christy Clare Yangun
Bendahari: Cik Jennet Jair
Timbalan Bendahari: Cik Bethrina Kosmas