KEYNOTESPEAKERS
KEYNOTESPEAKERS
Dr. Mohd. Sirhajwan Idek, Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Dr. Sirhajwan Idek adalah guru Bahasa Inggeris yang mendapat Pendidikan Ijazah dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari IPG Kampus Gaya pada tahun 2011. Berkhimat sebagai guru di Kolej Vokasional Keningau dari tahun 2012, beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama memenangi SEAMEO-Australia Education Award pada tahun 2018 dengan geran berjumlah RM 28,000 (28 ribu) melalui projeknya yang menggunakan teknik pengajaran bahasa menggunakan cerita etnik kaum-kaum di Sabah. Pada tahun 2019, dia merupakan pemenang ISTE Literacy Innovation Award dengan projeknya yang menggunakan visual sebagai perangsang kemahiran bertutur dan berfikir. Sebagai ketua kajian dan inovasi di sekolahnya, beliau telah membimbing para pelajar dan guru di sekolah itu untuk menyertai pertandingan inovasi dan persidangan penyelidikan di Eropah, Asia dan Oceania dan telah mencapai pelbagai kejayaan antarabangsa. Dia juga merupakan salah satu ahli pasukan sekolahnya yang telah memenangi geran berjumlah RM 45,000 (45 ribu) di pertandingan YSEALI Seed for the Future pada tahun 2020. Mereka menggunakan geran ini untuk melatih para guru dan pelajar dalam bidang STEM seperti robotik dan dron. Dr. Sirhajwan merupakan ikon guru kebangsaan pada tahun 2017 dan ikon guru TVET pada tahun 2020.
Hanita Ladjaharun, Guru Cemerlang Sejarah, SMK Bandaraya, Kota Kinabalu Sabah
ANUGERAH: IKON GURU KEBANGSAAN (KPM) IKON GURU INOVATIF ANTARABANGSA (MyRIS)
ANTARA PENCAPAIAN INOVASI:
Grand Double Gold Award, International Multidisciplinary Innovation Competition, Academic International Dialogue, 2021.
Double Gold Award, International Conference on Creativity and Innovation, Bangkok, 2020.
Special Award, KOREA 10th Cyber International Genius Invention Fair, Korea Invention News, Seoul Korea. (LENG-AT) 2020.
Platinum Award, International Summit on Innovation & Design Exposition, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2020.
Sejak penglibatan bermula pada tahun 2013 hingga kini, beliau telah meraih sebanyak 131 anugerah inovasi dari dalam dan luar negara.
Cik Shoba Macintyre A/P Samuel Vairaikiam, Pegawai SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Sabah
Shoba Macintyre merupakan salah seorang co-founder Kumpulan SmartELT21 (akan didaftar sebagai Persatuan MASEO). Kumpulan SmartELT21 merupakan sebuah think-tank yang terdiri daripada pegawai dan guru-guru. Think-tank ini menghasilkan tapak/templat yang mempermudahkan proses pelaksanaan PBL, PrBL, Inovasi, Kajian Impak dan Kajian Tindakan dalam PdP, iaitu melalui langkah-langkah KBKK / KBAT yang tersusun dan dalam bentuk soalan yang mudah dijawab.
Pada ketika ini, beliau sedang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu sebagai SISC+ Sains Sosial.
JADUALWEBINAR
09 JUN 2021
08.00 am - 08.55 am : Majlis Perasmian
09.00 - 11.00 am : Ucap Utama I
INTEGRATING STEM INTO YOUR PROJECT IDEATION
Dr. Mohd. Sirhajwan Bin Idek, Kolej Vokasional Keningau, Sabah
11.05 am - 12.45 pm : Ucap Utama II
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
Puan Hanita Ladjaharun, Guru Cemerlang Sejarah, SMK Bandaraya Kota Kinabalu Sabah
02.15 pm - 04.00 pm : Ucap Utama III
LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN INOVASI
Cik Shoba Macintyre A/P Samuel Vairaikiam, Pegawai SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
10 JUN 2021
LIGHTNINGTALK
SIDANG SELARI 1
08.30 pagi
MIRROR-T-ELP: MIRRORING VIA TELEGRAM FOR EFFECTIVE LESSON PLANNING
Oleh Jen Renita Binti Mappah, SK Merotai Besar, Tawau, Sabah
The study is focusing on how to improve the management of teaching and learning process in classroom especially in the stages of presentation, practice and production, systematically and efficiently. The problem existed due to the existence of on-going classes per day with the time-constraint and daily routines workloads in classroom. After I did some observation and document analysis based on my daily routines in my reflective journal, I realized that I need to change and improve the way I managed my teaching materials for each lessons. I believed that by creating and managing lesson materials in the Telegram application with the special setting, was really an effective tool in helping me to present my daily lesson to the pupils. During the pandemic, I have been putting all the lesson stuff such as YouTube videos, e-textbook, MS PowerPoint slides presentation, e-worksheets and e-flashcards in the Telegram groups, which I created for three classes that I taught. I was satisfied and relieved that because I managed to use the Telegram group again in my real classroom for recap sessions and revision medium for my pupils. My pupils and their parents were managed to retrieve all the previous and current lessons in the Telegram group. I named the idea as Mirror-T-ELP because by using mirroring technique with the use of Telegram in my smartphone has improved the effectiveness in my lesson planning for the day especially in the stages of presentation, practice and production, systematically and efficiently.
Oleh Anuar Bin Ag. Ismail, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Sabah
Inovasi ini dijalankan bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada guru-guru bahawa Headcount Inovasi memberikan pengaruh kepada pencapaian Gred Purata Individu (GPI), Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), Gred Purata Sekolah (GPS) dan seterusnya Gred Purata Daerah (GPD). Headcount Inovasi memberikan petunjuk kepada petadbir, guru mata pelajran dan pelajar untuk mencapai GPI, GPMP dan GPS yang ingin dicapai. Headcount Inovasi boleh memberi petunjuk kepada Pentadbir, Gura Kanan Mata Pelajaran, Guru Mata Pelajaran dan pelajar tentang pencapaian semasa untuk mencapai sasran yang diinginkan. Headcount Inovasi memberikan isyarat jelas kepada Guru Mata Pelajaran sasaran pelajar yang perlukan intervensi dan kaedah intervensi yang akan dilaksanakan kepada pelajar berdasarkan data yang dipaparkan. Headcount Inovasi juga dapat memberikan motivasi terarah kepada guru untuk melaksanakan intervensi yang lebih berfokus berdasarkan potensi pelajar dan kemahiran yang boleh ditambah nilai. Headcount Inovasi ini juga boleh memberikan isyarat (Analisis Ramalan) kepada sekolah mengenai kaedah meningkatkan GPMP dan GPS dengan memberikan penekanan kepada pencapaian Operational Targeted Increment (OTI) yang dicapai oleh pelajar.
MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TERHADAP NOVEL MELALUI PENGGUNAAN MOLEKUL RM2 RINGGIT DI SEBALIK DINARA PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN VISUAL
Oleh Juilis Mokujal, SMK Narinang, Kota Belud, Sabah
Inovasi Molekul RM2 Ringgit Di Sebalik Dinara dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah murid yang tidak memahami novel dan tidak dapat menjawab soalan novel dalam peperiksaan. Novel Di Sebalik Dinara ialah tajuk novel yang dikaji oleh murid tingkatan empat Zon 4 (Sabah, Sarawak, Labuan dan Johor). Daripada sudut sains molekul ialah unit paling kecil dalam sebatian yang terdiri daripada dua atau lebih atom. Inovasi Molekul RM2 Ringgit ialah nota novel yang diilhamkan dalam bentuk molekul kerana terdapat perkaitan antara satu bentuk dengan bentuk molekul yang lain. Penghasilan inovasi Molekul RM2 ringgit Di Sebalik Dinara ini mengetengahkan pembelajaran secara holistik dan visual yang mempunyai Eleman Merentas Kurikulum (EMK). Sebanyak 20 orang murid yang berbeza pencapaian dan kebolehan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Keputusan ujian pra menunjukkan semua murid iaitu 20 orang memilih skala sangat tidak setuju, tidak setuju dan memuaskan bagi pernyataan yang diberikan berkaitan novel Di Sebalik Dinara. Dengan kata lain, murid tidak menunjukkan minat untuk memahami novel yang dikaji. Namun demikian terdapat peningkatan yang ketara daripada keputusan ujian pra setelah inovasi Molekul Di Sebalik Dinara ini digunakan dalam PdPc. Penggunaan Molekul Di Sebalik Dinara ternyata dapat menyelesaikan masalah pembelajaran novel kerana rata-rata murid memilih skala sangat setuju dan setuju. Keberkesanan penggunaan Molekul Di Sebalik Dinara membantu murid memahami novel dan seterusnya mampu menjawab soalan dalam peperiksaan. Melalui inovasi Molekul RM2 ringgit Di Sebalik Dinara ini juga telah membantu guru Bahasa Melayu mengajarkan novel Di Sebalik Dinara dengan berkesan. Saya bercadang akan melaksnakan inovasi seperti bagi teks cerpen, drama dan puisi pada masa akan datang.
2PM
Oleh Sharin Aizrulidana Binti Samsuri, SK. Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah
Matematik merupakan satu bidang yang bukan setakat mengenali angka atau menjalankan operasi asas sahaja, tetapi ianya juga digunakan untuk melatih kanak-kanak menyelesaikan masalah dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kanak-kanak pada kohort umur 4+ dan 5+ masih belum dapat memahami konsep ‘sebahagian nombor’ kepada ‘keseluruhan nombor’. Walaupun kanak-kanak mungkin telah dapat mengenal nombor dan sudah boleh membilang nombor satu hingga sepuluh dengan baik, namun mereka masih belum memahami bahawa nombor-nombor tertentu boleh dihasilkan daripada bahagian-bahagian yang berbeza. Pembinaan kit permainan 2PM bertujuan untuk membantu kanak-kanak prasekolah untuk menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10 yang memerlukan KBAT. Kajian dijalankan selama empat minggu termasuk pengumpulan data, pelaksanaan kajian dan pengujian bahan. Kit permainan 2PM juga telah menjadikan sesi PdP berpusatkan murid lebih aktif dan menyeronokkan kerana menggunakan pendekatan permainan yang menggembirakan dan bermakna. Konklusinya, kit permainan 2PM telah berjaya membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak yang melibatkan KBAT dan sekaligus dapat merangsang kemahiran aritmetik mental kanak-kanak.
Oleh Connie Laurenco Marlag, SMK Limbanak , Penampang, Sabah
Inovasi ini meningkatkan kemahiran menjawab soalan Bincangkan dalam kalangan pelajar Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM. Tinjauan awal mendapati jawapan pelajar hanya mengemukakan fakta dan contoh tanpa huraian pro dan kontra fakta yang merupakan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan Bincangkan merupakan soalan paling popular dalam peperiksaan Semester 1, 2 dan 3. TEKMEN SPROKON memperkenalkan teknik mudah menguasai kemahiran menjawab melalui Kad Imbas TEKMEN SPROKON yang mengandung lima unsur. Setiap unsur dipermudahkan dengan penggunaan kata kunci. Kumpulan sasar terdiri daripada seramai 16 orang pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif Semester 1 STPM 2019. Proses dan pelaksanaan kajian mengambil masa selama 12 minggu dalam masa 40 minit, dua kali seminggu semasa PdPc. Dapatan kajian menunjukkan perubahan yang ketara. Pencapaian pelajar dalam Peperiksaan STPM Semester 1 menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dengan sejumlah 15/16 orang pelajar lulus penuh atau sekurang-kurangnya C (93.8%, GP: 2.75) dan terus menunjukkan peningkatan kualiti dalam peperiksaan STPM Semester 2 dengan 12/14 orang lulus penuh sekurang-kurangnya C (85.7%, GP: 3.10). Kesimpulannya, bahan ini amat bermanfaat sebagai bahan bantu mengajar guru dan pelajar ke arahmeningkatkan prestasi pelajar.
THE BIG PICTURE
Oleh Chin Siau Ling, SMK Tansau, Panampang, Sabah
Pelajar lemah tingkatan lima di sekolah penyelidik mengalami masalah memahami konsep asas dan seterusnya lulus dalam Peperiksaan Percubaan SPM bagi mata pelajaran Matematik Tambahan peringkat sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan ke atas beberapa topik untuk mengkaji pencapaian murid dalam topik Sukatan Membulat, Geometri Koordinat dan Penyelesaian Segi Tiga Matematik Tambahan dengan penggunaan kaedah ‘The Big Picture’ dalam PdP bilik darjah dalam meningkatkan pencapaian dan peratus lulus Peperiksaan Percubaan SPM pelajar. Seramai 74 orang pelajar secara persampelan purposif dijadikan populasi kajian, iaitu pelajar sebuah Sekolah Menengah daerah Penampang Sabah yang mengambil Matematik Tambahan pada tahun 2017 dan 2019. PdP penggunaan ‘The Big Picture’ dijalankan pada kumpulan eksperimen melalui beberapa topik kajian, menghubungkaitkan aplikasi konsep asas dan pengenalan terhadap item soalan secara ringkas. Implikasi kajian, dapatan analisis diskrptif mendapati terdapat perbezaan skor purata pencapaian ujian, dan terdapat peningkatan peratus lulus berbanding keadaan lazim sekolah penyelidik dalam Peperiksaan Percubaan SPM kumpulan eksperimen. Cadangan kaedah diperkenalkan ke dalam setiap kelas dan topik Matematik Tambahan.
BARiSan: WTF
Oleh Mohd Faizal Noor Bin Ariffin, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor
Aktif membaca dan menulis adalah amalan yang mulia. Sebagai alternatif dalam era moden, pendekatan dan penampilan bahan bacaan perlu mesra pengguna, santai, ringan serta mudah dihadam. Ini tidak bermakna ketepatan fakta dan kebenaran isi kandungannya boleh dikesampingkan. Oleh itu, buku ini yang bersifat inovatif dan santai tetapi berfakta diperkenalkan. Subjek yang menjadi tema utama dalam buku ini ialah wakaf. Buku ini berjudul “BARiSan - WTF; Buku Akademik Ringan dan Santai – Wakaf Tunaikan dengan Faham. Buku ini bukan bermaksud mencetuskan situasi dan sikap negatif seperti merendahkan tahap sesebuah karya akademik, menghilangkan adab dalam proses menuntut ilmu kerana dalam bentuk santai atau menghentikan usaha menuntut ilmu dengan cukup sekadar membaca buku ini. Tujuan buku ini ialah memudahkan proses pembelajaran tajuk wakaf yang terdapat dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan Empat. Ini adalah buku elektronik (e-book) seiring dengan perkembangan dunia buku semasa. Dengan itu, buku ini lebih mudah dibawa, boleh dibaca di mana-mana, boleh dihubungkan dengan talian internet, kos lebih murah dan memanfaatkan teknologi untuk membantu proses pembelajaran. Anggaran kos jualan buku ini ialah RM10.00 sahaja. Diharapkan ia akan memvariasikan lagi genre buku di pasaran dan memberikan manfaat yang maksimum khususnya berkaitan wakaf. Dicadangkan elemen elektronik seperti AR ditambah dalam karya yang akan datang.
MODEL ARTERIVENA
Oleh Nadia Richard, SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Model Arterivena dihasilkan untuk mengatasi masalah Murid Tingkatan 3 yang keliru dan sukar membuat perbandingan struktur dan fungsi salur darah. Kaedah tradisional iaitu lukis dan lakar sangat membosankan lalu menyebabkan murid kurang berminat topik ini. Sampel kajian terdiri daripada 24 orang murid Tingkatan 3. Ujian Pra dibuat di mana murid diajar dengan kaedah tradisional iaitu lukisan dan paparan LCD. Ujian Pasca dibuat dengan menggunakan Model ArteriVena untuk mengajar topik perbandingan antara salur darah dalam manusia. Hasil dapatan Ujian Pra dan Pasca menunjukkan peningkatan markah yang sangat memberangsangkan. Dapatan maklum balas daripada murid mendapati Model ArteriVena ini terbukti memberi kesan positif terhadap proses PdPc khususnya bagi meningkatkan penguasaan murid dalam subtopik perbandingan struktur dan fungsi salur darah. Dengan menggunakan Model ArteriVena ini, murid dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman mereka dalam subtopik perbandingan struktur dan fungsi salur darah menerusi konsep “IBSE- MODELLING” dan memupuk semangat kolaborasi. Model ArteriVena ini bukan sahaja digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan belajar yang menarik, malah ia boleh memupuk pemikiran kreatif dan kreatis di kalangan murid. Model ArteriVena ini juga mudah diadaptasi oleh guru-guru Sains untuk digunakan di kelas mereka.
10 JUN 2021
LIGHTNINGTALK
SIDANG SELARI 2
08.30 pagi
I+4Cs WRITING TECHNIQUE
Oleh Halytha Giok @ Lily Natasha Abdullah, SMK Tobobon, Kota Kinabalu, Sabah
I+4Cs Writing Technique (IN4CONs Booklet) is an innovation that involves the use of a template in a form of small booklet. It aims to assist weak to advanced learners to write at least 5 paragraphs essay and thus will improve their level of writing a standard essay that will help them get better marks especially in Paper 2, SPM English Language Paper. I+4Cs stands for I – Introduction and 4Cs -Content1, Content2, Content3 and Conclusion by using a template (Refer instrument). I have introduced this technique since 2015 to 3 different levels of learners i.e., weak, average and advanced learners. As a result of diagnostic test and progress tests as well as observations, I noticed that students can write better essay and fantastic organization of essay with higher marks of content points after the implementation of this technique in their writing activities. Moreover, weaker students especially have shown great improvement in their essay marks compared to before the implementation as the template helped them to organise their points well. The findings further shown that as the standard of writing among students who used this technique have significantly increased, the tests and exam result have also achieved a commendable improvement especially among low grade achievers. I+4Cs Writing Technique innovation not only shared to my own students’ but also to a few other schools around Kota Kinabalu. In fact, the implementation has indeed increased the level of motivation among students to write through the significant improvement of essay sending exercises in class.
LUKISANKU IMAGINASIKU
Oleh Ruhana @ Venel Natasha Nasir, SMK Beluran, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar mengingati cerita prosa tradisional iaitu Hikayat Pelanduk Jenaka dalam teks Permata Sastera Melayu menerusi kaedah grafik. Sampel kajian melibatkan seramai 15 orang pelajar di dalam kelas tersebut. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian 1 yang diberikan menunjukkan pelajar gagal menjawab soalan disebabkan tidak mengingati jalan cerita dalam teks. Masalah ini berlaku kerana pelajar malas untuk membaca teks prosa tradisional. Rata-rata pelajar kelas ini mengatakan masalah utama mereka ialah malas membaca disebabkan prosa tradisional menggunakan gaya bahasa tradisional. Oleh itu, jalan penyelesaian yang dipilih ialah perlu diwujudkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang menarik dan berkesan bagi pelajar kelas ini supaya mereka berminat untuk membaca teks tradisional. Kajian tindakan ini berfokus kepada usaha membantu pelajar untuk mengingati cerita prosa. Kajian ini dilangsungkan selama sebulan. Justeru, pelajar telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara grafik sebagai usaha membantu pelajar untuk mengingati setiap jalan cerita yang terdapat pada cerita prosa tradisional tersebut. Berdasarkan perbandingan soalan ujian peringkat pra dan ujian pasca serta pemerhatian sikap pelajar, kajian ini boleh dianggap berjaya kerana terdapat peningkatan peratus boleh menjawab ujian bagi soalan prosa tradisional. Melalui kaedah grafik ini pelajar dapat menggabungjalinkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor mereka menerusi penghasilan lukisan grafik untuk menghasilkan lukisan mengikut jalan cerita yang terdapat pada cerita Hikayat Pelanduk Jenaka. Diharapkan kaedah Lukisanku Imaginasiku dapat membantu ingatan pelajar terhadap jalan cerita pada teks sastera. Sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
KAEDAH 'DIAMONDS-3S-SISIH-SUSUN-SEGAK' BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN KARANGAN STPM MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM
Oleh Mohd Faizal Bin Abdul Ghani, SMK Abaka, Tawau, Sabah
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah penguasaan pelajar dalam menjawab soalan karangan Pengajian Am. Melalui pemerhatian yang dilakukan pelajar menunjukkan reaksi yang kurang baik dan beranggapan soalan karangan Pengajian Am agak sukar untuk dikuasai. Tinjauan awal melalui pelaksanaan ujian pra dijalankan ke atas 24 orang pelajar dari kelas 6 Atas Artistik Pusat Tingkatan 6 SMK Abaka yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Hasil analisis ujian pra menunjukkan min pencapaian pelajar adalah 14.08%. Keadaan ini disebabkan oleh kefahaman, kecuaian, kegagalan menganalisis soalan dan panduan teknikal mengarang yang tidak dipatuhi oleh pelajar dengan baik. Guru telah melakukan intervensi dengan memperkenalkan Kaedah ‘Diamonds-3s-SISIH-SUSUN-SEGAK’. Intervensi ini akan menggunakan pendekatan untuk pelajar menganalisis isu, kehendak dan skop soalan (SISIH). Melakukan penyusunan idea yang relevan dan tidak relevan dengan kehendak soalan (SUSUN). Melaksanakan penambahbaikan penulisan karangan melalui projek reka bentuk video pembelajaran (SEGAK). Hasil analisis ujian pasca mendapati min pencapaian pelajar telah meningkat kepada 47.91%. Selain itu, senarai semak turut dilakukan selepas intervensi menunjukkan pelajar lebih yakin menganalisis kehendak soalan, mampu membezakan idea yang dikehendaki soalan, kesalahan penulisan semakin berkurangan dan proses pembelajaran semakin menyeronokkan. Cadangan penambahbaikan pada masa akan datang perlu memperlihatkan kepelbagaian alternatif medium yang lebih mesra pelajar dan guru.
CiKU (CELIK KERAJAAN UMAIYAH
Oleh Mohd Zahid Bin Zulkefly, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
Pembelajaran sirah merupakan salah satu bidang yang memerlukan ketekunan murid untuk menghafal banyak fakta, nama-nama tokoh, nama tempat, istilah, dan sebagainya. Penggunaan inovasi CiKU (Celik Kerajaan Umaiyah) ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan teknik akronim dan permainan silang kata dalam meningkatkan tahap ingatan murid Tingkatan 4 Bakti tentang isi pelajaran dalam bidang sirah yang bertajuk Kerajaan Umaiyah. Seramai 28 orang murid Tingkatan 4 Bakti di sebuah sekolah di daerah Pekan telah dipilih sebagai responden dalam bagi penggunaan inovasi ini. Instrumen yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan setelah inovasi digunakan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan teknik akronim permainan silang kata dalam PdPc sirah berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan inovasi CiKu berjaya membantu murid mengingat isi pelajaran di bawah tajuk Kerajaan Umaiyah. Para murid juga menunjukkan perubahan sikap berbanding sebelum penggunaan inovasi ini dijalankan. Justeru, penggunaan teknik akronim dan permainan silang kata dalam inovasi ini juga dicadangkan untuk pembelajaran tajuk kerajaan Islam yang lain seperti Kerajaan Abbasiah agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran sirah.
GO ENGLISH WRITING
Oleh Waslee Bin Razalee@Robert Tom, Sharifah Razhana Binti Hj Akarab, Kolej Vokasional, Keningau, Sabah
Majority of students in the interior region of Sabah, an island state of Malaysia, found it difficult to remember the key points in writing different types of essays such as article, speech, letter and report. As digital tools become the primary resources for learning since almost all school students own mobile devices, there is a need in exploring a new alternative in helping students write better by offering them a quick reference guide in the form of a mobile app. Thus, this mobile app “Go English Writing” was developed in order to cater to the students’ learning needs especially in the era of mobile technology and internet-based teaching practice. The subjects in this study comprised 60 students of 17-year old whose English was not their native language. These students came from diverse backgrounds and spoke different native languages. They were students of a vocational school where the focus of their education was on skills training. However, these students still had to take the same academic subjects that students in mainstream school education system took. Juggling the two aspects of education, vocational and academic, proved to be difficult for these students and the need to master various types of essay writings was a top priority in the English language classroom. Thus, these students required practical and convenient support that that they could easily access in order to improve their learning experience and exam preparation. The mobile app “Go English Writing” contained brief explanation, criteria and tips on the five major types of essays: article, formal letter, informal letter, speech and report. The findings revealed that the students generally expressed their approval on the practicality, clarity and content of the mobile app. All of them agreed that the mobile app should be used in English language lessons as an online reference that could guide learners learn on how to write essays properly. This research project delved into the usage of mobile-assisted language learning (MALL) that is becoming more relevant in line with the post-pandemic education where remote learning is the new practice. It is also consistent with the theory of Information and Media Literacy as well as Citizen Journalism in which students need to be trained to be excellent in gathering, evaluating, using and constructing informative content.
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH SEBAGAI KAEDAH PEMBELAJARAN AKTIF PENGAJIAN PERNIAGAAN TINGKATAN ENAM
Oleh Janet Jequiline Jolly Tinjol, Christina Andin, Dayang Sharifah Binti Maarof, Suhaimi Bin Mohd Said, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah,
SMK Majakir, Papar, Sabah
Kaedah pengajaran guru PP yang bersifat konvensional menyebabkan pelajar kurang menguasai kemahiran pembelajaran yang diperlukan. Hal ini berlaku kerana guru PP kekurangan panduan dalam melaksanakan kaedah pembelajaran aktif. Justeru itu, Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu kaedah pembelajaran aktif yang diyakini dapat membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran yang diperlukan. Hal ini kerana pelaksanaan PBM yang menjadikan situasi masalah kehidupan sebenar sebagai pencetus pembelajaran menggalakkan pelajar untuk belajar secara aktif secara kolaborasi dan terarah kendiri. Keupayaan pelajar seterusnya dinilai oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator menggunakan strategi penilaian yang dirancang. Oleh itu, penggunaan PBM dalam mata pelajaran PP amat digalakkan bagi membentuk kemahiran pembelajaran pelajar dan menyediakan ruang pembelajaran yang bermakna.
DACINGMATH
Oleh Haidil Bin Sainal, Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Inovasi yang dihasilkan adalah sebuah dacing (alat penimbang) yang di perbuat daripada kayu terpakai untuk diaplikasikan kepada pelajar kolej Vokasional keningau dalam pdpc. Inovasi ini untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam mencari nilai pemboleh ubah dalam suatu Persamaan Linear. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan pra ujian dan pasca ujian yang merangkumi pelbagai bentuk soalan persamaan linear. Dacingmath yang diperkenalkan menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkna terdapat keputusan markah yang sangat ketara dalam pra ujian dan pasca ujian bagi sample kajian. “Dacingmath” ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah mencari nilai pemboleh ubah dalam kalangan pelajar, ia juga dapat menjimatkan masa penguasaan persamaan dalam matematik dikalangan pelajar. Akhir sekali, “dacingmath” juga dapat membantu guru-guru matematik sama ada daripada sekolah aliran perdana mahupun dari sekolah Teknik dan kolej vokasional managani masalah tersebut dengan lebih berkesan serta dapat mengurangkan beban dan menjimatkan masa guru untuk mengajar persamaan linear dalam pelbagai bentuk.
‘FROM ZERO TO HERO’ : PENDEKATAN MENINGKATKAN BUDAYA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN WARGA SK SILABUKAN
Oleh Hj. Mohd. Ekbal Bin Hj. Khalid, Valendretta Sandhu, SK Silabukan, Lahad datu, Sabah
Kajian ini dilaksanakan kerana ketiadaan kemudahan Internet di sekolah telah menyukarkan para guru dan murid- murid untuk menerima pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 terutama di atas talian dengan berkesan. Banyak urusan rasmi dan juga makluman untuk tindakan segera kepada pihak-pihak tertentu tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Penggunaan data dari telefon bimbit guru-guru telah membebankan kewangan guru serta mengurangkan motivasi guru untuk mengamalkan pengajaran atas talian. Tambahan pula, 80% warga sekolah tidak mempunyai capaian internet di rumah. Tinjauan awal melalui temubual dan pemerhatian telah mendorong kepada satu intervensi berimpak iaitu ‘From Zero to Hero’ dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 389 orang warga sekolah daripada pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan sokongan, murid-murid, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan sekolah. Intervensi ini merangkumi kertas kerja, mesyuarat, pembentangan, promosi kepada sokongan sekolah dan komuniti setempat serta penyediaan kemudahan capaian internet yang mantap di sekolah. Hasil daripada intervensi ini telah memudahkan dan mempercepatkan semua warga sekolah dalam menyelesaikan tuntutan, keperluan, urusan rasmi serta pengurangan defisit pembelajaran murid-murid. Sebagai kesimpulan. budaya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan warga sekolah telah meningkatkan tahap kecekapan dalam semua aspek pendidikan.
10 JUN 2021
LIGHTNINGTALK
SIDANG SELARI 3
08.30 pagi
Oleh Sharin Aizrulidana Binti Samsuri, Siti Amirah Latip, Norlaila Rugain, SK Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah
Matematik sering di anggap sukar kerana murid tidak dapat menguasai konsep asas dengan baik sejak di peringkat awal lagi. Tanpa pemahaman konsep asas yang kukuh, kanak-kanak tidak boleh menyelesaikan masalah matematik di peringkat yang lebih tinggi apatah lagi yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 3H2O dibina untuk membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18 menggunakan teknik small-small- big(SSB) atau big-small-small (BSS). Responden terdiri daripada tujuh orang murid prasekolah yang boleh menjawab soalan operasi asas, tetapi belum boleh menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak yang melibatkan KBAT. Kajian ini telah dijalankan selama 4 minggu termasuk pengumpulan data, pelaksanaan kajian dan pengujian bahan. 3H2O yang berkonsepkan pembelajaran berasaskan permainan telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid lebih aktif dan kolaboratif serta dapat menyuntik motivasi intrinsik kanak-kanak bahawa belajar matematik sangat mudah dan menyeronokkan. Konklusinya, kit permainan 3H2O telah membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan teknik SSB dan BSS dan sekaligus dapat mengupayakan guru melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang bermakna kepada kanak-kanak prasekolah.
Oleh Maznah Binti Eksi, SK Baru-Baru, Tuaran, Sabah
Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan KoPer Bahasa untuk meningkatkan penglibatan murid pemulihan khas dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. KoPer Bahasa ialah kit permainan bahasa yang dikumpulkan dalam sebuah kotak mudah diakses. KoPer Bahasa mempunyai 12 set permainan bahasa merangkumi 32 kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. 27 orang murid tahun tiga dan dua dilibatkan dalam kajian ini. Fokus kajian adalah meningkatkan penglibatan dan penguasaan murid dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam kelas. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian dan soal jawab bersama murid menunjukkan murid pemulihan khas sering tidak menyiapkan tugasan dan mengganggu murid lain semasa guru membuat bimbingan individu. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran dalam seminggu ( 30 minit setiap sesi ) dijalankan selama 4 minggu. Murid belajar secara kendiri melalui aktiviti permainan bahasa yang terdapat dalam KoPer Bahasa semasa guru melaksanakan bimbingan individu. Ujian pos menunjukkan peningkatan penglibatan murid dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan di dalam kelas. Murid semakin berminat membuat latihan dalam kelas dan kumpulan dengan menggunakan KoPer Bahasa. Murid juga semakin kurang mengganggu rakan lain semasa belajar. Sebagai cadangan, satu Modul latih tubi berkaitan dengan kit permainan akan diwujudkan bagi membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi dari Koper Bahasa ke dalam modul yang boleh diulangkaji.
Oleh Rhoaina Binti Julkarim, SM Sains Selangor, Kuala Lumpur
Pembelajaran sejarah penting dalam pembentukan kemahiran pemikiran sejarah di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik terhadap pelajar. Oleh itu, kaedah PdPc perlu dilaksanakan dengan ciri-ciri yang mampu menarik minat pelajar dan memastikan semua pelajar telibat dengan proses pembelajaran walaupun mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Bagi menjayakan hasrat ini, Lybrintin Puzzle dihasilkan dimana pembelajaran bermula dengan menimbulkan semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk sesi pembelajaran seterusnya. Pelajar dibagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan satu set puzzle yang perlu mereka selsesaikan dengan pantas. Kumpulan yang dapat menyiapkan puzzle terlebih dahulu mendapat keutamaan untuk mendapat set soalan berkaitan topik pembelajaran. Pelaksanaan permainan ini boleh dijalankan mengikut kesesuaian. Sekiranya guru ingin menjalankan kaedah inkuiri dimana topik belum diajar, murid dibenarkan untuk merujuk buku mencari jawapan. Manakala bagi pelaksanaan yang bertujuan untuk mengulangkaji, pelajar tidak dibenarkan merujuk mana-mana bahan dan hanya perlu memadankan puzzle soalan dengan jawapan. Penghasilan permainan yang mudah dan menggunakan kos yang rendah boleh diaplikasikan kepada mana-mana topik dalam silibus sejarah juga mata pelajaran lain. Pemerhatian yang dijalankan semasa PdPc menggunakan Libyrintin Puzzle ini mendapati semua pelajar terlibat secara aktif, bersemangat kerjasama antara ahli kumpulan dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan.
INOVASI “NOTA INTERAKTIF” DAN “TOPICAL SCAFFOLDING QUIZ” DALAM MATA PELAJARAN SAINS UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MENARIK MINAT MURID
Oleh Leopold Kelvin Bius, SK Tanjung Aru, Menumbok, Sabah
Tujuan kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan inovasi dalam Pendidikan terhadap penggunaan “Topical Scaffholding Quiz” dalam meningkatkan mutu kefahaman dan menarik minat murid dalam pembelajaran sains. Responden terdiri daripada 3 orang murid tahun 5 dan 3 orang murid tahun 6 di SK Tanjung Aru, Menumbok. Responden menjawab ujian berdasarkan 3 topik iaitu Mikroorganisma, Kelajuan serta Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Data yang dikumpul adalah berdasarkan keadah tringulasi iaitu melalui pemerhatian, kaji selidik dan hasil kerja murid. Dalam kajian ini data akan dibandingkan berdasarkan ujian sebelum dan selepas untuk mendapat gambaran sebenar hasil kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratus hasil kerja murid (ujian topikal) meningkat dari 48.3% kepada 75.0% bagi topik Mikroorganisma, 53.1% kepada 74.5% bagi topik Pemeliharaan dan Pemuliharaan dan 46.5% kepada 72.3% bagi topik Kelajuan. Data dalam kajian menunjukkan penggunaan “Topical Scaffholding Quiz” memberi impak yang tinggi dan positif dalam meningkatkan prestasi dan menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sains.
ENHANCING 4Cs THROUGH THE USE OF 'RECYCLED TALKING CHIPS'
Oleh Peh Li Foon, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, Sabah
The 4Cs (Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity) in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 emphasizes on 21 st . century student-centered learning. From the classroom observations during coaching and mentoring visits in schools, there were teaching and learning issues identified such as lack of student-centered teaching, lack of learning motivation among low proficiency students as well as less enthusiasm and involvement in group activities. To enhance active student participation and student motivation, ‘recycled talking chips’ using waste material of bottle caps were introduced to teachers as a tool in implementing Kagan cooperative learning strategies. Teachers were guided to produce talking chips without any financial constraint. Data collection was gained through class observations, teachers’ feedbacks and documents. From the intervention, the findings displayed the tool had increased students’ involvement in group activities and active learning was observed. Teachers were able to use the tool effectively in creating fun learning environment with active voluntarily involvement of students in completing tasks, increasing learning motivation and encouraging students to communicate meaningfully with discipline. In conclusion, the use of ‘recycled talking chips’ has proven to be an effective teaching tool for student-centered learning especially in dealing with passive demotivated learners of multiple intelligences.
Oleh Muktar Bin Nursaling, Intan Munirah Binti Mohd Nordin, Zainon Binti Domian, SK Kg. Selamat, Kunak, Sabah
Inovasi ini adalah untuk membantu penguasaan murid dalam perwakilan manik yang terdapat pada abakus melalui alat yang dinamakan MIRACLE ABACUS. Didapati murid – murid tidak dapat menyatakan nilai manik dalam abakus yang sedia ada. Melalui bahan bantu mengajar ini yang telah diinovasi dari bentuk abakus, di dapati murid lebih mudah memahaminya. Diperbuat daripada bahan – bahan yang sedia ada dan bahan kitar semula, tentunya dapat menarik perhatian murid – murid untuk lebih mengetahui dan menerokai. Oleh yang demikian, murid – murid dapat menyatakan perwakilan nilai manik dalam abakus berpandukan “MIRACLE ABACUS”. Selain itu, aktiviti yang dapat dilakukan dalam bahan bantu mengajar ini ialah murid dapat memahami nilai tempat sesuatu digit, mengenal angka serta meningkatkan kemahiran penambahan dan penolakan asas bagi murid tahap 1. Bahkan projek ini sesuai untuk alat bantu mengajar bermula dari Pra sekolah sehingga ke Tahun 6. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan di kalangan guru dan murid. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong sesuatu yang menarik. Sebagai langkah memperluaskan bahan bantu mengajar “Miracle Abacus” ini di semua sekolah rendah di daerah Kunak, aktiviti perkongsian amalan terbaik ke sekolah lain menggunakan konsep asas abakus dalam pengajaran dan pemudahcaraan menggunakan inovasi ini seterusnya memaksimakan pelbagai guna “Miracle Abacus” perlu dilaksanakan.
Oleh Roslina Binti Mohamad @ Awang, SK Durian Burong, Kuala Terengganu
Kemahiran literasi Al Quran amat penting bagi seluruh umat Islam. Ia dapat menghasilkan insan kamil yang progresif dan berkeperibadian mulia. Kegagalan individu menguasai Iqra’ dan Al Quran akan memberi kesan negatif dalam mengharungi arus globalisasi masa kini.Oleh itu inovasi eTasmik telah direka bagi memudahkan murid meningkatkan tahap literasi Al Quran dengan mempelajari Iqra’, Al Quran, hukum tajwid dan koleksi doa harian melalui teknologi digital. Kebiasaanya murid-murid kurang berminat untuk membaca Al-Quran dan menguasai ilmu tajwid asas lemah dalam menguasai hukum tajwid Nun sakinah, Min Sakinah dan bahagian Mad.Meraka seringkali menunjukkan kurang minat untuk mempelajari hukum tajwid yang berasaskan pembelajaran tradisional. Bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Tasmik juga terhad untuk digunakan oleh guru dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi eTasmik dibina untuk neningkatkan minat dan keyakinan murid terhadap iqra’ dan Al-quran di samping menjadi pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif menggunakan ICT. Aplikasi eTasmik ini dibina bertujuan untuk memudahkan murid mempelajari iqra,Al-Quran serta Tajwid dengan menggunakan peranti mudah alih di rumah malah di mana sahaja.eTasmik juga merupakan kaedah pembelajaran menggunakan flipped Classroom. Inovasi ini dibangunkan dalam bentuk aplikasi digital yang menggabungkan beberapa aplikasi menarik seperti kaligrafi callipro khat, anyflip, video youtube, padlet dan pelbagai gamifikasi interaktif sebagai pengukuhan pembelajaran seperti Jewel of Wisdom, Stellar Speller, proprofs dan kuiz google form. Manakala e-komenter bertindak sebagai pengumpulan hasil kerja murid secara atas talian. Satu soal selidik dijalankan terhadap 30 orang murid Tahun 5 di SK Durian Burung menunjukkan penggunaan etasmik sangat memberangsangkan dan penglibatan mereka di dalam pdpr di atas talian menunjukan minat dan tahap pencapaian di dalam pembacaan Al Quran dan Iqra. Penggunaan eTasmik bukan sahaja dapat digunakan oleh murid dan guru di sekolah tetapi juga dapat digunakan oleh ibu bapa dan masyarakat. Dengan hanya memuat turun aplikasi ini, ia dapat digunakan di mana dan bila-bila masa sahaja.eTasmik telah disebar luas dan diguna pakai oleh warga pendidik dan murid di sekolah lain selain dari SK Durian Burong. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu meningkatkan kefahaman dan kebolehan menghafal fakta dalam kalangan murid. Selain itu, ia turut memberi kemudahan murid untuk menggunakannya secara fleksibel. Bukan itu sahaja, guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos dan masa penyediaan bahan mengajar. Justeru itu, inovasi penghasilan eTasmik ini sememangnya satu idea baru yang mendatangkan banyak kaedah kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Al-Quran.
10 JUN 2021
LIGHTNINGTALK
SIDANG SELARI 4
08.30 pagi
Oleh Sylvia Miting Pakoi, Auvline Mansikul, Lee Tan Yen Peng, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
COA ( Coaching On Air) adalah inovasi pengurusan CM yang tercetus akibat dunia VUCA. Cabaran untuk melaksanakan C&M yang efektif amat tinggi dalam dunia VUCA selepas pandemik Covid-19. Inovasi ini tercetus demi merealisasikan peranan coach VUCA yang sukses untuk terus dapat mengupayakan pemimpin pertengahan (ML) yang dapat menyokong meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PdPc melalui medium pengajaran alternatif yang lebih interaktif dengan aplikasi pelantar digital semasa mendepani norma baharu. Tinjauan awal mendapati majoriti responden menghadapi isu penyampaian PdP kurang berkesan kerana hanya dapat menggunakan medium pengajaran yang terhad, kurang interaktif dan menarik sedangkan keperluan untuk menarik minat murid untuk belajar adalah sebaliknya. Inovasi COA ini menawarkan pakej “3 in 1” yang mengetengahkan bimbingan berkesan PdP dengan aplikasi pelantar digital melalui youtube, Google Meet dan Anyflip yang lebih interaktif, jimat dan patuhi SOP norma baharu. Berdasarkan dapatan data, didapati medium bimbingan “3 in 1” dalam inovasi ini berjaya membantu meningkatkan keupayaan responden dalam pengurusan ; penyampaian PdP semasa musim pandemik Covid-19.
Oleh Roselen Sindeh, SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
RESS-SPAN merupakan satu teknik yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek Sains Tingkatan 3. Topik yang diketengahkan adalah penguasaan konsep resapan dalam Proses Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia. Kajian untuk aplikasi ‘RESS-SPAN’ telah dijalankan pada murid tingkatan 3 tahap sederhana di SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Teknik ini menggunakan kaedah tunjuk cara menggunakan span, straw dan air berwarna bagi menggambarkan proses pertukaran gas di dalam badan manusia. RESS-SPAN dilaksanakan kerana pelajar sering menghadapi kesukaran untuk memahami konsep resapan gas oksigen dan gas karbon dioksida yang berlaku diantara alveolus dan kapilari darah di dalam badan manusia. Ujian Pra dan Pasca telah dijalankan dan terdapat peningkatan keputusan bagi ujian pasca yang menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam memahami konsep resapan gas di dalam badan manusia. Hasil ujian kaji selidik juga menunjukkan murid seronok dengan teknik pembelajaran ini. Bengkel penggunaan RESS-SPAN telah dijalankan melalui teacher sharing. Teknik ini banyak membantu guru dalam proses pengajaran pertukaran gas dalam badan manusia dan terbukti berkesan kerana murid berjaya menerangkan topik ini dengan tepat.
Oleh Rayner Bin Tangkui, SK Kerukan, Kuala Penyu, Sabah
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan konsep asas pecahan yang merangkumi pecahan wajar, pecahan tak wajar, pecahan setara, pecahan nombor bercampur, penambahan pecahan penyebut sama dan penyebut tak sama serta penolakan pecahan penyebut sama dan penyebut tak sama di kalangan murid Tahun Tiga melalui penggunaan permainan digital Minecraft Education Edition. Subjek kajian adalah 5 orang murid dari sebuah kelas Tahun Tiga yang telah dikenal pasti mengalami kesukaran untuk menguasai konsep asas pecahan dengan baik. Minecraft Education Edition merupakan permainan digital yang digunakan sebagai bahan intervensi yang diintegrasikan ke dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) topik pecahan. Kaedah pengumpulan data melibatkan pelaksanaan ujian pentaksiran 1 dan ujian pentaksiran 2 manakala pendekatan kuantitatif digunakan untuk penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek kajian berkenaan memperoleh markah pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian pentaksiran 2 berbanding ujian pentaksiran 1 setelah menjalani sesi pdpc menggunakan Minecraft Education Edition. Implikasi kajian membuktikan bahawa penggunaan Minecraft Education Edition membantu meningkatkan penguasaan konseptual pecahan murid dengan mewujudkan persekitaran pdpc yang immersive, interaktif, mempromosi kolaborasi serta menggalakkan keterlibatan (engagement) aktif murid melalui pelaksanaan aktiviti eksplorasi dan ‘hands-on’. Dicadangkan agar kajian akan datang mengkaji tentang penggunaan Minecraft Education Edition untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid khususnya yang melibatkan penyelesaian masalah pecahan.
Oleh Saedah Abdul Wahid, SMK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah
Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar mengingati beberapa nama pejuang nasionalisme di Asia Tenggara yang sangat penting dan kronologi perjuangan mereka. Melalui alat bantu mengajar (ABM) ini,yang merupakan satu alternatif lain kepada guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Ia juga bertujuan untuk memudahkan pelajar mengingati nama,wajah pejuang dan kronologi perjuangan mereka dengan lebih jelas dan mudah difahami khasnya semasa belajar di tingkatan 4 dan mengulangkaji di tingkatan 5. Tinjauan awal mendapati bahawa pelajar sukar mengingati kesemua perkara dimaksudkan. Ujian Pra menunjukkan bahawa 46/68 pelajar (67%) hanya mendapat markah 10 ke bawah daripada 20 markah soalan esei. . Atas kesedaran ini, satu alat bantu mengajar teknik ‘THE GREAT ASIAN’S WARRIORS’ telah dibangunkan bagi tujuan untuk membantu pelajar pelbagai aras dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini melibatkan tinjauan kepada 68 orang pelajar Tingkatan 4A, C & I di SMK Sepagaya, Lahad Datu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 14 pelajar berjaya menjawab soalan esei (soalan yang sama) dengan baik (sekurang-kurang mencapai markah skala 11-20/20) semasa Ujian Post dan meningkat 100% semasa Ujian Prestasi 1 di mana 28 pelajar mencapai skala 11-20/20. Ini seterusnya dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk mengingati nama,wajah,lokasi dan tahap perjuangan pejuang di Asia Tenggara sekaligus mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan Kertas 1 dan Kertas 2 SPM(KSSM) Sejarah.
Oleh Mahani Binti Ahad, Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru
Semasa cuti PKP yang lepas, didapati ramai pelajar KV Perdagangan Johor Bahru mengahadapi masalah untuk menghadirkan diri semasa kelasa online dijalankan. Punca masalah adalah gangguan capaian internet, masalah komputer/laptop dan lain-lain masalah peribadi yang lain. Maka, fokus inovasi ini adalah bagi menghasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang memudahkan pelajar menjalani kelas semasa pdpc/pdpr. Selain itu, dapat menghasilkan suatu bahan pdpr/pdpc yang lebih menarik dan interaktif sejajar dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Seramai 11 orang guru dan 26 orang pelajar telah diuji sebagai responden untuk menggunakan bahan pdpc/pdpr ini. Melalui analisis soal selidik yang dijalankan didapati kadar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terhadap guru adalah 100% manakala kadar keberkesanan terhadap pelajar adalah 92%. Maka, dengan adanya bahan bantu mengajar ini, pdpc/pdpr akan jadi lebih fleksibel, teradun dan berpusatkan pelajar bagi memenuhi matlamat dan aspirasi pendidikan nasional.
Oleh Asrifah Amirul, Pejabat Pendidikan Daerah, Kuala Penyu, Sabah
Murid tingkatan lima tidak menguasai cara melukis dongakan depan, dongakan sisi dan pelan suatu objek. Ini menyebabkan murid gagal untuk melukis pelan dan dongakan suatu objek dengan tepat seterusnya mendapat markah yang rendah semasa ujian. Oleh sebab itu, pengkaji telah memperkenalkan CUCOCUPS untuk membantu meningkatkan kefahaman murid melukis pelan dan dongakan. Kit ini mengandungi enam bentuk pepejal geometri yang berbeza iaitu Kubus, Semisilinder, Kuboid, Prisma A, Prisma B dan Prisma C. Bagi setiap bentuk, terdiri daripada tiga warna permukaan yang berbeza iaitu merah jambu mewakili pelan, hijau mewakili dongakan sisi dan biru mewakili dongakan depan. Murid akan melukis pelan dan dongakan bagi setiap bentuk berdasarkan warna permukaan yang ditetapkan. Metodologi kajian yang digunakan ialah Mix Method. Hasil dapatan kajian, didapati murid lebih yakin, seronok dan mudah faham isi pelajaran selepas menggunakan CUCOCUPS. Terdapat peningkatan peratus lulus murid di dalam Ujian Pasca iaitu sebanyak 87.70% berbanding hanya 74.60% di dalam Ujian Pra, peningkatan sebanyak 9.4%. Selain daripada itu, bilangan murid yang mendapat gred A+, A dan A- telah meningkat kepada 63.2% di dalam Ujian Pasca berbanding hanya 38.9% di dalam Ujian Pra. Daridapa kajian ini dapat dirumuskan, p&p berorientasikan guru berubah kepada berpusatkan murid, penglibatan murid yang pasif berubah kepada aktif dan guru dapat memupuk kemahiran 4C dalam kalangan murid kerana dengan inovasi ini pembelajaran akses kendiri dapat dilaksanakan.
ANIMASI SEBAGAI PENILAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN SEJARAH TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4 BERLIAN
Oleh Nursia Binti Sennu, SM St. Patrick, Tawau, Sabah
Kajian ini bertujuan menilai hasil penggunaan kaedah animasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di SM St Patrick Tawau, Sabah. Kumpulan sasaran yang dipilih dalam kajian ini adalah seramai 31 orang. Tinjauan awal melalui pemerhatian yang dilakukan, pelajar menunjukkan reaksi yang kurang menyeronokkan dalam pembelajaran kerana bergantung kepada teks untuk memahami kandungan Sejarah dan beranggapan Sejarah adalah mata pelajaran yang sukar kerana terlalu banyak fakta yang perlu diigati. Oleh itu, instrumen yang digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah animasi adalah temu bual serta ujian pra dan pasca. Proses pelaksanaan kajian melalui pembelajaran animasi Sejarah dilaksanakan secara tidak langsung, ketika pelajar menghasilkan animasi mengikut tajuk masing-masing. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan membuat penyediaan animasi merangkumi watak, dialog dan gambar berdasarkan maklumat dan fakta yang diterjemahkan daripada buku teks menjadi gambar dan dialog. Pelajar yang berbakat akan membuat lakaran watak dan pemilihan elemen yang bersesuaian. Manakala, pelajar-pelajar yang lain dilatih untuk membuat skrip dan dialog. Selepas itu, setiap kumpulan akan menayangkan animasi yang dihasilkan. Hasil analisis ujian pasca mendapati pencapaian pelajar adalah meningkat 32% bagi pencapaian cemerlang. Selain itu, temu bual yang dilaksanakan selepas intervensi juga menunjukkan motivasi pelajar turut berubah iaitu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mempelajari Sejarah dan proses pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan. Kesimpulannya, kaedah animasi yang digunakan telah berjaya mengatasi masalah pelajar dalam menguasai topik “Zaman Khalifah al-Rasyidin”. Dari buku ke teknologi, animasi Sejarah dipercayai mendapat tempat sebagai satu cara rujukan yang bermaklumat dan diminati remaja alaf ini. Usaha ini penting dalam memperkasakan lagi pendidikan Sejarah pada peringkat sekolah menengah.
10 JUN 2021
LIGHTNINGTALK
SIDANG SELARI 5
08.30 pagi
Oleh Ashok Pillai A/L Kuppusamy, SJK (T) Ladang Chemor, Perak
Kajian penyelidikan dalam PdPc yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan Kit Permainan Magnet untuk mengenalpasti dan memantapkan prinsip daya tarikan dan tolakan antara kutub – kutub magnet kepada murid-murid. Kit Permainan Magnet ini adalah satu kit yang direkacipta berdasarkan elemen standard asas dalam PAK21 iaitu dengan unsur PBD dimana pentaksiran menerusi 5 aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah. Kit ini juga boleh digunakan dengan bantuan Manual Kit Permainan Magnet. Teknik pendekatan belajar bermain ini dapat membantu murid-murid SJK(T) Ladang Chemor memahami prinsip asas sub topik magnet. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pos. Seramai 10 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor, Perak Darul Ridzuan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid masih lemah dan keliru dalam sub topik magnet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan magnet mendorong murid menjadi aktif semasa PdPc, tidak keliru malah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan, mencapai objektif pembelajaran (OPEM) secara mudah, dapat menguasai topik daya tarikan dan tolakan antara kutub – kutub magnet dan memperoleh skor yang baik dalam ujian. Ia juga meningkatkan kualiti pembelajaran.
Oleh Rachel Jolen De Guzman, SMK Pengalat, Papar, Sabah
Merujuk kepada format soalan Fizik Peperiksaan SPM definisi berkaitan teori, konsep dan prinsip adalah penting dalam menentukan tahap pemahaman pelajar dalam bidang Fizik yang diuji. Physics Multicard Kit dapat membantu pelajar mengingati dan memahami konsep Fizik dan memudahkan PdPc seterusnya membantu pelajar menjawab soalan pada aras yang lebih tinggi. Ia merupakan kad aktiviti pembelajaran Fizik yang terdiri daripada 4 kad aktiviti pembelajaran iaitu kad definisi Fizik, kad konsep Fizik, kad rumus Fizik dan kad aktiviti soalan Tingkatan 4 KSSM dengan menggunakan pendekatan bermain dan belajar secara berkumpulan. Ia digunakan untuk membantu pdpc dengan cara interaktif, kolaboratif serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis memenuhi aspek PAK-21. Inovasi ini menggunakan Teori Kontruktivisme, Teori Kognitif dan Model Kajian Tindakan Kemmis. Dalam teori konstruktivisme, pelajar yang aktif akan membina pengetahuan baru untuk diri mereka sendiri, membandingkan maklumat baru dengan fahaman sebelumnya dan menggunakannya untuk menghasilkan pemahaman baharu.Teori Pembelajaran Kognitif membantu tahap pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah Fizik. Konstruk ini akan menghasilkan pembelajaran berkesan dan bermakna seterusnya membina suatu konsep Fizik dalam diri pelajar. Penggunaan kad ini menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian pasca pelajar Tingkatan 4 UM. Ia mudah dibina, berkos rendah dan boleh diaplikasikan ke dalam subjek yang lain. Diharapkan hasil inovasi ini akan dapat membantu banyak pihak yang masih lagi mempersoalkan kekerapan pendekatan belajar melalui bermain yang dilaksanakan di kelas.
Oleh Anita Md. Yasin, Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Penguasaan teori dan amali adalah penting dalam bidang Pendidikan Teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran serta berketrampilan. Matlamat utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah pelajar yang tidak kompeten dalam menghasilkan roti yang kreatif dan gebu. Pelajar saya seringkali mengulangi kesilapan yang sama dalam menghasilkan produk Artisan bread yang merekah (cracking) dan ini sekaligus memberi hasil roti yang tidak naik dengan sempurna. Hasil pemerhatian saya, salah satu faktor penyebabnya. Saya mendapati bahawa pelajar tidak mahir menggunakan peralatan seperti pisau atau blade untuk membuat torehan(Scoring) di atas permukaan roti. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan torehan mereka nampak tidak simetri malah tidak kreatif. Malah kesilapan dalam melakukan torehan yang betul boleh menyebabkan gas yang terkandung dalam doh terkeluar. Dan bila gas terkeluar ia akan menghasilkan roti yang tidak naik dengan sempurna. Isu ini perlu ditangani agar pelajar lebih mahir dan yakin melalui teknik-teknik mudah yang akan diaplikasikan melalui latih tubi tangan (Hands on). Teknik-teknik ini saya himpunkan dan dikenali sebagai Scoring Mastery. Seramai 24 orang pelajar - pelajar DVM semester 3 dengan Kod Kursus 3313 Artisan Bread terlibat dalam kajian saya. Intervensi kaedah ini dilakukan setiap kali amali selama 60 minit. Latih tubi ini akan dilakukan berulang kali sehingga pelajar benar-benar mahir dan kompeten. Melalui kaedah pembelajaran ini, prestasi amali pelajar menunjukkan peningkatan melalui pencapaian ujian amali kompetensi mereka. Amalan Scoring Mastery ini akan diteruskan untuk seisi pelajar akan datang.
Oleh Muhammad Affan bin Ahamad, SK Sungai Jejawi
Penguasaan asas membaca dalam kalangan murid adalah memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran menulis. Program Literasi dan Numerasi (PLaN) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan murid menguasai Tahap Penguasaan 3 dalam subjek Bahasa Melayu. Fokus (PLaN) menggalakkan guru membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Inovasi TESUKA adalah untuk menangani masalah murid yang sukar menyebut, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi dua suku kata dan tiga suku kata. Mereka juga mudah hilang tumpuan semasa guru mengajar kerana pengajaran yang membosankan dan lupa mengingati suku kata yang disebut. Pendekatan belajar sambil bermain secara pembelajaran koperatif seiring pembelajaran abad ke-21 kerana mempunyai elemen kolaboratif berdasarkan teori Zone Proximal Development (ZPD). Ia melibatkan murid tahun dua iaitu seramai 36 orang murid. Impaknya, pembelajaran yang menyeronokkan diwujudkan, menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan guru mudah melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah. Metodologinya reka bentuk eksperimental daripada pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Produk inovasi ini menggabungkan konsep 3R bersama pembelajaran digitalisasi. Penggunaan barang kitar semula ini dapat memupuk sikap kelestarian alam sekitar dalam kalangan guru serta dapat menjimatkan kos penciptaan produk. Ia sangat berpotensi besar untuk dikomersialkan di pasaran kerana ia mudah dihasilkan, ergonomik dan harganya murah.
Oleh Jen Renita Binti Mappah, SK Merotai Besar, Tawau, Sabah
ELV-CAMP or known as English Language Virtual Classroom of Arts & Music Pedagogy was an innovative idea on how to conduct an online learning during the Movement Control Order of Covid-19 Pandemic. The purpose of this study was to solve the problem in managing tasks for the pupils and to create a motivated, meaningful and memorable virtual learning environment. To make learning accessible and to facilitate communication between teachers, parents, and learners, simple technologies such as WhatsApp Group as Virtual Classroom, Padlet as Virtual Classroom Boards, QR Reader & QR Codes for different activities in a form of Project-Based-Learning approach for the Level 2 primary school pupils were utilized. Data were collected via document analysis, unstructured interview and observations. The theory and data triangulation were made to maintain the reliability and validity of the results. The research method was in a form of classroom action research via narrative inquiry. The study showed that it has helped the teacher to improve the engaging learning environment virtually which has shown the systematic online teaching approach among young learners in rural area, especially in improving activities and task-management for the pupils virtually. The cyclical process in this study has improved teacher’s teaching practices for different language content and skills by keep on maintaining the best option of technology-use based on the pupils’ needs and abilities. The learners were enjoyed and satisfied with the tasks given because of the motivated, meaningful and memorable moment of learning were achieved.
Oleh Amirah Wahidah Binti Adnan, SK Kompleks Rantau Abang, Dungun, Terengganu
MAPIR adalah singkatan kepada Mobile Apps Pendidikan Islam Rendah dibangunkan bertujuan membantu murid menjalani pembelajaran khususnya pembelajaran di rumah susulan penularan wabak covid-19. Walaubagaimanapun, mereka menghadapi pelbagai kekangan untuk mendapatkan nota dan isi kandungan pembelajaran. Peranti yang digunakan murid ketika pembelajaran di rumah terbahagi kepada tiga iaitu murid boleh guna pautan youtube, nota pdf dan nota bergambar. Berdasarkan kepada ketiga-tiga situasi ini, satu aplikasi mudah alih untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dibangunkan dengan menyediakan pelbagai bahan pembelajaran interaktif yang dapat menarik minat murid untuk mempelajari pendidikan Islam melangkaui ruang bilik darjah.Menariknya aplikasi ini merangkumi kurikulum pendidikan Islam yang mengandungi kaligrafi khat, anyflip, video youtube, padlet dan pelbagai gamifikasi interaktif. Manakala aplikasi padlet berfungsi sebagai pelantar pengumpulan hasil kerja murid secara atas talian. Satu soal selidik dijalankan terhadap 32 orang murid Tahun 5 di SK Kompleks Rantau Abang. Data menunjukkan bahawa murid mudah untuk melaksanakan PDPR menggunakan aplikasi MAPIR walau di mana sahaja mereka berada. Penggunaan MAPIR secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan dapat membantu ibu bapa mengajar anak-anak di rumah seterusnya mengakulturasi pendidikan berasaskan teknologi digital sejajar dengan revolusi industri 4.0.
Oleh John Maliko Maibin, SK. Bengkongan, Kota Marudu, Sabah
There are eight types of Multiple Intelligence (MI) as proposed by Howard Gardner namely verbal/linguistic, interpersonal, intrapersonal, visual/spatial, bodily/kinesthetic, musical/rhythmic and naturalist. In this innovation, MI is being integrated with Project Based Learning (PBL) which is very significant with the current learning atmosphere. Most of the time, students learn virtually because of the pandemic caused by COVID-19. The purpose of this integration is to see the effect of MI in students’ English performance via PBL. A group of year 3 pupils are involved in this intervention which consisted of 17 boys and 18 girls. The instructional tools are lesson plan, MI-Profiling and the students’ performance (TP in the DSKP). A comparison between traditional teaching method and MI-in-PBL is made through the data analysis. The MI-in-PBL emphasized on the students’ own intelligence when they are given a project. Before MI-in-PBL, 20 students performed poorly with the level of mastery below TP 3 (English Mastery level 3). After the implementation of it, 10 of the low achieving students managed to achieve TP 3. The implication of MI-in-PBL can be seen through the motivation of the students to learn English. MI-in-PBL has managed to make a difference in the students’ English learning atmosphere.
Oleh :
Zoriffah Binti Mohd Kudin, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, Sabah
Noorleena Binti Gutasan, SK Pekan Tamparuli, Sabah
Rojiah Binti Saiwah @ Karim, SMK Kudat II, Sabah
Kit LEXSSA merupakan kit yang membantu murid-murid berkeperluan khas pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti : autisme, lembam, slow learner, ADHD, disleksia dan sindrom down untuk menguasai kemahiran asas membaca. Kit ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) pembelajaran di kelas PPKI, mewujudkan pembelajaran yang seronok, menarik minat dan menggalakan penglibatan murid untuk belajar semasa pdpc, menggalakkan pembelajaran secara interaktif serta mempelbagaikan aktiviti pdpc. Tujuan inovasi ini adalah meningkatkan penguasaan bacaan dalam kalangan MBK di tiga daerah iaitu Tuaran, Kudat dan Kota Belud. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temubual. Pada mulanya, murid masih tidak boleh membaca suku kata, perkataan , frasa dan ayat mudah. Seramai 200 orang murid yang dipilih secara persampelan bertujuan di daerah yang terlibat. Dua jenis instrumen ujian pra dan ujian pos digunakan dalam menguji keberkesanan Kit LEXSSA selama tiga bulan. Dapatan intervensi mendapati murid telah berupaya sekurang-kurangnya membaca suku dan perkataan dengan menggunakan kit bacaaan LEXSSA. Dapatan kedua telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam membaca kepada 190 orang murid. Hasil dapatan ujian pos mendapati 95 peratus murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan Kit LEXSSA. kit Bacaan LEXSSA boleh digunakan untuk mengajar kemahiran membaca secara lebih mudah dan interaktif. Kit LEXSSA juga telah mendapat perlindungan Hak Cipta melalui myipo di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan ISBN.
10 JUN 2021
LIGHTNINGTALK
SIDANG SELARI 6
08.30 pagi
Oleh Norzaliana Binti Mat Nuri, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kemahiran advokasi kendiri penting kepada murid berkeperluan khas (MBK). Kemahiran advokasi kendiri membolehkan MBK mengenal diri, mengetahui tentang hak, mempelajari kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kepaimpinan. Menyedari kepentingan tersebut Inovasi Pembangunan Modul Kemahiran Advokasi Kendiri Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran Menengah dilakukan. Pembangunan modul melibatkan tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan dan fasa ketiga iaitu Fasa Pelaksanaan dan Penilaian..Modul ini mengandungi 3 bab iaitu bab 1, Pengenalan, Bab 2, Aplikasi Modul dan Bab 3, Manual Modul. Manual Modul mengandungi 6 sub tema, 12 sesi dan 12 aktiviti bertema. Modul telah disemak dan sahkan kandungannya oleh tujuh orang pakar. Modul mendapat kesahan kandungan pada skor purata tahap persetujuan yang tinggi (92%). Pada Fasa Pelaksanaan dan Penilaian, modul dinilai kebolehgunaannya secara formatif dan sumatif. Penilaian formatif oleh 15 pengguna sasaran dan penilaian sumatif oleh enam fasilitator menunjukkan skor tahap persetujuan yang tinggi (85% dan 94%). Penilaian sesi oleh fasilitator dan murid juga berada pada skor purata persetujuan yang tinggi (89% dan 99%). Keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi MBK. Kajian ini menyumbang kepada penghasilan Modul Kemahiran Advokasi Kendiri Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran Menengah yang sesuai digunakan untuk membimbing kemahiran advokasi kendiri MBK pembelajaran. Melalui kajian ini juga sokongan berbentuk bimbingan dapat dipraktikan secara berterusan kepada MBK pembelajaran khususnya di peringkat sekolah.
Buku Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 3.0 ada menyatakan bahawa School Improvement Specialist Coaches (SISC+) harus membimbing guru ke arah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah yang menarik dan bermakna selaras dengan perkembangan semasa. Salah satu kaedah membimbing guru bagi mencapai hasrat di atas ialah melalui Kajian Tindakan. Kajian Tindakan merupakan satu proses inkuiri refleksi kendiri bagi membaiki atau meningkatkan kualiti amalan P&P guru, meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Bagi membantu guru merancang dan melaksanakan Kajian Tindakan dengan mudah, satu teknik dan borang telah dihasilkan. Teknik dan borang ini dinamakan 12 Langkah yang mengandungi 12 soalan dengan menggunakan 'bahasa sekolah' bagi membantu guru untuk memerhati dan mereflek amalan P&P mereka sendiri dan seterusnya merancang intervensi yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti amalan P&P berkenaan. Kajian Tindakan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2018 (kitaran 1) dan masih dilaksanakan sehingga tahun ini iaitu tahun 2021 (kitaran 4) dengan pelbagai penambahbaikan di setiap kitaran. Seramai 17 orang guru telah melaksanakan Kajian Tindakan pada tahun 2018, kemudian bilangan ini meningkat ke 27 orang pada tahun 2019, 36 orang pada tahun 2020 dan meningkat lagi ke 54 orang pada tahun 2021. Analisis data yang diperoleh daripada penulisan penuh Kajian Tindakan guru, skor Instrument SKPMg2 bagi Standard 4 guru dan Pentaksiran Bilik Darjah murid yang terlibat menunjukkan bahawa P&P di dalam bilik darjah guru-guru yang terlibat dengan Kajian Tindakan ini adalah menarik dan bermakna. Impaknya, skor Instrument SKPMg2 bagi Standard 4 mereka berada pada tahap baik dan cemerlang dan Pentaksiran Bilik Darjah murid meningkat ke Tahap Penguasaan 3 - 6. Selain itu, analisis soal selidik menunjukkan bahawa guru sendiri mengakui bahawa teknik dan borang 12 Langkah telah membantu mereka merancang dan melaksanakan Kajian Tindakan. Manakala Kajian Tindakan pula telah membantu meningkatkan kualiti P&P dan tahap profesionalisme mereka. Melalui Kajian Tindakan, kerjaya perguruan mereka turut berkembang melalui peluang pembentangan di dalam dan luar negara, penciptaan inovasi dan penerimaan pengiktirafan serta penganugerahan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Oleh Dhora Binti Dabal, SK Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah
Projek ‘YOU-GO-SHARE’ ini adalah merupakan cantuman perkataan Youtube, Google dan Share yang mana pada masa kini pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan dari rumah. Tidak dapat dinafikan ledakan teknologi maklumat dalam kalangan warga pendidik, ibubapa murid dan murid itu sendiri meningkat secara mendadak kesan Pandemik Corono Virus 19 ( Covid-19) dan mengakibatkan PdPc tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka.
Inovasi Projek ‘YOU-GO-SHARE’ menggunakan platform media sosial dan memaksimumkan penggunaannya untuk menarik minat murid belajar dengan cara yang lebih efektif. Sepertimana yang kita ketahui, murid berminat mengakses internet dan menggunakan media sosial untuk hal-hal yang kurang berfaedah, oleh itu Projek ‘YOU-GO-SHARE’ diperkenalkan kepada murid agar lebih banyak mendapat manfaatnya kerana terus dapat belajar dengan bimbingan guru dan menggunakan platform sedia ada serta mudah diakses di mana sahaja.
Bagi warga pendidik juga, mereka dapat membangunkan hasil penyelidikan, bahan inovasi pengajaran dengan menggunakan kaedah FLIPPED CLASSROOM melalui platform Youtube dan Google Workspace sebagai contoh google classroom, google sites, google form, google drive. Kaedah yang digunakan sebagai tapak penyimpanan data maklumat yang mudah untuk dikongsikan kepada sesiapa sahaja secara meluas tanpa batas sempadan mahu pun waktu. Contoh penghasilan bahan PdPC adalah seperti video pengajaran dan pembelajaran dalam talian menggunakan channel youtube dan google sites.
Oleh Siti Maria Lasang, SK. Inanam Laut, Kota Kinabalu, Sabah
Program NILAM adalah sebuah program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 yang mana program ini wajib dilaksanakan di sekolah dengan tujuan mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan bilangan bacaan murid tahun lima dalam Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) melalui matapelajaran Bahasa Melayu NILAM 30 minit (N30M). Seramai 38 orang murid dari kelas tahun lima terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian dan analisis rekod bacaan. Daripada tinjuan awal melalui analisis rekod bacaan pada tahun 2020, didapati murid-murid membaca satu hingga dua buku sahaja dalam setahun. Dapatan ini justeru menyokong dapatan kajian Bahagian Teknologi Pendidikan (2005) yang mana rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Sehubungan itu, intervensi yang telah digunakan untuk menangani isu bilangan pembacaan yang rendah dalam kalangan murid yang terlibat ialah Program NILAM melalui mata pelajaran Bahasa Melayu N30M. Murid-murid telah didedahkan dengan pendekatan ini selama dua bulan iaitu Mac hingga April. Hasilnya, 38 orang murid yang terlibat dalam kajian berjaya meningkatkan bilangan bacaan masing-masing iaitu dari dua buah buku setahun kepada paling minima tiga buah buku sebulan. Malah terdapat 16 orang murid yang telah membaca 20 hingga 30 buah buku dalam tempoh tersebut. Melalui pemerhatian pula, didapati murid-murid turut menunjukkan minat membaca buku dan membuat rumusan pembacaan. Cadangan untuk kajian akan datang ialah, pendekatan digunakan oleh kelas-kelas lain agar Program NILAM yang telah berusia dua dekad dapat dijayakan di peringkat sekolah dan seterusnya melahirkan pembaca aktif dalam kalangan murid-murid.
Oleh Sylvia Miting Pakoi, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
Duo-CARE adalah inovasi yang direka khas untuk membantu Ketua Panitia (Middle Leader) untuk meningkatkan kemahiran mengurus tadbir dokumen perancangan dan pelaporan panitia mereka dengan lebih mudah dan efektif di peringkat sekolah. Duo-CARE adalah gabungan dua idea asas iaitu Duo bermaksud dua hala, cara dan fasa, sementara CARE adalah akronim dengan istilah Collaborative, Action, Reflection dan Electrifying. Inovasi ini merupakan idea rencam pengurusan PdP guru mengikut panitia yang menggabungkan 2 jenis format templet pengurusan perancangan dan pelaporan yang berfokus kepada isu dan intervensi berimpak tinggi yang disokong data keupayaan murid terbeza. Bahan utama inovasi ini merupakan salinan softcopy format Sampel Templet Pelan Tindakan MMBK (aplikasi Microsoft Word) dan Sampel Slide PAT (aplikasi Microsoft PowerPoint). Tinjauan awal menunjukkan majoriti responden menyediakan dokumen perancangan tetapi tidak disokong dengan data murid terbeza dan tidak dilaksanakan mengikut kitaran PDCA yang lengkap. Manakala, dalam aspek pelaporan pula didapati majoriti responden tidak dapat menyediakan dokumen pelaporan yang lengkap dan sesuai dikongsikan kepada pihak pemegang taruh sekolah. Berdasarkan dapatan data, inovasi ini berjaya membantu responden menangani isu yang dihadapi dengan lebih mudah dan efektif.
Oleh Lim Ai Teng, SJK (C) Yuk Choi, Lahad Datu, Sabah
This action research studies the implementation of Project Based Learning as an alternative mode of online teaching and assessment that enable pupils to engage with their learning to be more independent and in a holistic manner. The hands-on tasks provide pupils with opportunities to gain knowledge and skills through investigation, planning and problem solving. Hence, pupils work on a project for a period of time to engage themselves in an authentic real-world problem. The aim of the research is to investigate whether the implementation of PBL has positive effects on Year 6 pupils in language learning throughout a structured plan of two weeks PBL. A variety of well- developed lessons integrated with technology, assessment instruments, rubrics and scoresheets are utilized throughout the PBL. Pupils’ products based on the two main language skills are evaluated and recorded. The findings show that pupils enjoy the process of learning in PBL, and consequently, they master their content knowledge, more engaged in learning, increase their level of English proficiency. Furthermore, pupils’ technology literacy increases tremendously through their language products. In sum, PBL is an effective holistic teaching and learning strategy which can enhance pupils’ English proficiency and encourage them be more self-directed in learning through a well-planned authentic project.
Oleh Saedah Abd Wahid , Jessica Sylvester Lojikim , Suriati Binti Biru Parang, SMK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah
Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar mengingati kronologi peristiwa Sejarah Malaysia melalui teknik ‘Rahsia SM+3’. Melalui alat bantu mengajar (ABM) ini, ia merupakan satu alternatif lain kepada guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Ia juga bertujuan untuk memudahkan pelajar mengingati tahun dan kronologi sejarah dengan lebih jelas dan mudah difahami. Tinjauan awal mendapati bahawa pelajar sukar mengingati tahun dan peristiwa Sejarah Malaysia. Ujian Pra menunjukkan bahawa kesemua pelajar (100%) hanya menjawab sekurang-kurangnya 3 jawapan betul daripada 12 soalan struktur. Ini sekaligus menyumbang kepada kegagalan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Sejarah. Atas kesedaran ini, satu alat bantu mengajar teknik ‘Rahsia SM+3’ telah dibangunkan oleh beberapa orang guru bagi tujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 5 I di SMK Sepagaya, Lahad Datu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 100% pelajar berjaya menjawab soalan struktur (soalan yang sama) dengan baik (sekurang-kurang 10 soalan dijawab betul) dan dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk menjawab soalan-soalan Kertas 1 dan Kertas 2 SPM Sejarah.