GPM TELAH MENCIPTA SATU LOGO BAHARU UNTUK PENGENALAN KEPADA PSS SHUBER DENGAN SLOGAN "PUSAT ILMU, NADI WAWASAN".
LOGO PSS SHUBERÂ
Bukaan Buku : Lambang gedung ilmu, budaya membaca, dan peranan utama pusat sumber sebagai lubuk penyebaran maklumat kepada seluruh warga sekolah.
Sayap Burung Hantu : Bentuk helaian buku yang melengkung ke atas menyerupai sayap burng hantu simbol kepada kebijaksanaan, kecerdasan, dan ilmu pengetahuan yang mendalam.
Sinergi Kedua-duanya : Gabungan ini membawa maksud bahawa amalan membaca dan menuntut ilmu di pusat sumber akan membantu murid "terbang tinggi" mencapai kejayaan dengan kebijaksanaan.
Bentuk Perisai Kuning : Lambang perlindungan, ketahanan, dan kesediaan murid dalam mempertahankan maruah serta nama baik sekolah melalui pencapaian akademik dan sahsiah.
Warna Kuning : Lambang kedaulatan, kecemerlangan, berprestij, dan masa depan yang cerah.
Simbol Denyutan Nadi : Garis merah berbentuk graf kardgiogram (denyutan jantung) lambang bahawa Pusat Sumber merupakan "nadi utama" bagi seluruh aktiviti akademik dan literasi sekolah.
Warna Merah : Lambang keberanian, semangat yang membara, dan tenaga yang dinamik dalam kalangan murid untuk terus belajar.
Lencana Sekolah di Bahagian Atas : Identiti asal dan PSS SHUBER beroperasi sebagai entiti penting yang mendukung penuh, visi, misi, dan dasar pendidikan sekolah induknya.
Warna Biru Tua : Lambang profesionalisme, disiplin, ketenteraman suasana membaca, dan keutuhan integrasi ilmu.