Selamat Datang ke Pusat Sumber SK Sri Melanta Jaya, Sandakan.
NILAM ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pelajar di seluruh Malaysia menanam minat membaca. NILAM ialah kata ringkas untuk Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program ini bermula sejak tahun 1999.
Program NILAM telah dilaksanakan sejak tahun 1999 telah ditambah baik pada tahun 2017 selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan melaksanakan penambahbaikan terhadap pelaksanaan program NILAM seperti berikut :
Format baharu perekodan NILAM telah diperkenalkan dan akan digunakan sepenuhnya di sekolah mulai tahun 2020.
Bagi pengisian data 2019, sekolah bebas untuk memilih sama ada menggunakan format sedia ada atau format yang lain.
Perekodan bacaan bagi murid tahap 1 diserapkan dalam Pentaksiran Bilik darjah (PBD)
Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan muka surat, penerbit dan sinopsis ke dalam buku rekod NILAM.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau Guru Penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.