Membentuk ahli-ahli PSSCM UniSZA menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan juga kemahiran insaniah.
Mengubah pemikiran atau persepsi pelajar terhadap amalan tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam
Memperkenalkan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai salah satu ilmu mempertahankan diri.
Ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dari segenap aspek termasuklah aspek pertahanan diri.
Melatih penuntut supaya berani dan sabar dalam mencapai matlamat.
Sebagai usaha untuk memperkasakan lagi keyakinan pada diri dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan terbilang.
Usaha menubuhkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah bermula sejak tahun 2004 melalui usaha En. Cairul Anwar bin Mohamed (staf UniSZA) dan juga Sdr. Mohd Faizal bin Sukri, pelajar UniSZA yang telah belajar Silat Cekak di tempat lain. Usaha mereka turut mendapat bantuan dan sokongan daripada AJK PSSCMCT.
Setelah hampir setahun, PSSCM di UniSZA secara rasminya telah ditubuhkan melalui kelulusan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA pada 17 Oktober 2005. Pengambilan ahli baru bagi kelas pertama melibatkan 7 orang pelajar. Kelas pertama ini di bawah seliaan YDP PSSCMCT sendiri iaitu En. Che Zabario bin Mohd Yasim.
Sepanjang tahun pertama penubuhan, kelas latihan Silat Cekak telah dijalankan di perkarangan rumah Pengarah Universiti. Pada tanggal 7 Mac 2006, pihak HEPA telah meluluskan pertukaran tempat latihan ke padang bersebelahan Dewan Gimnasium UniSZA.
Mengambil kira faktor cuaca dan keselesaan kepada penuntut, pada tahun 2007 pihak pengurusan UniSZA telah meluluskan permohonan pertukaran kelas latihan ke bilik kuliah serta sesi latihan dibuat pada waktu malam.
Setelah lebih sedekad ditubuhkan, PSSCM UniSZA telah menunjukkan suatu perkembangan yang membanggakan. Pelbagai aktiviti yang menyokong usaha pemuliharaan warisan bangsa Melayu serta membantu peningkatan Kemahiran insaniah pelajar telah dijalankan. Selain itu, PSSCM UniSZA juga pernah dipilih menjadi tuan rumah program-program utama PSSCM seperti Ujian Sijil Rendah PSSCM Zon Timur pada tahun 2014 dan Ceramah Kesedaran Keselamatan Berteraskan Maqasid Syariah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara pada tahun 2017.
Klik Pautan Dibawah 👇Untuk Makluman Lanjut :