Pada bulan September yang lalu Pusat Sumber Sekolah berganding bahu bersama panitia mata pelajaran mengadakan minggu PSS & Panitia. Alhamdulillah program masih berjalan lancar walaupun terdapat beberapa kekangan mengadakan program sewaktu PKPP. Terdapat pelbagai aktiviti secara individu dan berkumpulan diadakan samada di dalam kelas mahupun secara atas talian menggunakan platform kuiz, aktiviti bergambar dan juga video.
Antara aktiviti dijalankan:
binaan model bangunan bersejarah
mini perpustakaan dirumah
mencipta face shield
buku skrap bertema bahasa melayu
pertandingan nyanyian Bahasa Inggeris
kreatifnya Sifirku
Diorama (bahasa arab)
kuiz TMK
Perjalanan Sepanjang Minggu PSS & Panitia