PAUTAN KE TV PSS 按此链接至图书馆YOUTUBE频道
VISI
1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan ke arah sekolah bestari.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.
3. Membantu sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
4. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin.
5. Membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan dan kembali ke pangkuan masyarakat.
MISI
1. Meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akedamik.
2. Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung kepada kaEdah tradisional semata-mata.
3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu di kalangan murid melalui penggunaan sumber-sumber di PSS.
4. Bertindak secara inovatif sebagai pusat maklumat dan komunikasi.
5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu dengan lain.
6. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan PSS untuk menimba pengetahuan dan membuat kerja-kerja rujukan.