PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK (P) METHODIST, KL
DISEDIAKAN OLEH: PN YAP LAI YEE
DISEDIAKAN OLEH: PN YAP LAI YEE
Pengetua: Pn Chan Peck Fong
Message Pengetua:
Salam sejahtera.
Cogan kata “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” telah menunjukkan betapa pentingnya aktiviti membaca kepada sesebuah bangsa dan juga negara. Amalan membaca ini perlu dipupuk pada usia muda samasa di rumah atau di sekolah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk masyarakat berbudaya ilmu serta gemar membaca sepanjang hayat di samping berperanan untuk memupuk minat belajar secara kendiri.
Saya percaya Pusat Sumber SMK (P) Methodist KL memang memainkan peranan tersebut dengan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk memupuk minat membaca dalam kalangan guru dan murid, malahan telah mewujudkan laman web sendiri untuk menyambut sahutan zaman pendigitalan sumber sejajar dengan perkembangan teknologi dalam alam pendidikan. Di sini semua guru dan murid boleh log in untuk mendapat maklumat tentang PSS serta aktiviti yang disediakan sepanjang tahun.
Saya amat berharap semua warga sekolah dapat menggunakan kemudahan PSS dengan sebaik-baiknya dan mendapat manfaat .Layarilah laman web PSS dengan kerap untuk mendapat info terkini tentang aktiviti PSS.
“Membaca Jambatan Ilmu”
Sekian, terima kasih.
Pn Chan Peck Fong
Pengetua
SMK (P) Methodist, KL