LOKASI SEKOLAH
Perpustakaan Digital ini ditubuhkan untuk membantu murid-murid dan warga sekolah untuk menjalankan aktiviti bacaan dan literasi maklumat walaupun sekolah ditutup. Dalam perpustakaan digital, lazimnya terdapat buku-buku elektronik dalam bentuk PDF atau yang lebih menarik ada buku interaktif disediakan.
Dalam perpustakaan digital ini, disediakan pelbagai bahan untuk diterokai oleh murid-murid bermula pra sekolah, KPKP dan aliran perdana tahun 1 hingga 6. Selain itu, warga sekolah terutama guru-guru boleh menggunakan perpustakaan digital ini untuk mencari bahan pdpc.
Semoga bermanfaat....Terima Kasih.
PSS DIGITAL AL-FARABI merupakan pusat sumber SK Tengkawang. Di beri nama Al-Farabi bersempena dengan nama tokoh ilmuwan yang terkenal. Beliau digelar Aristotle kedua.