Kolej Vokasional Seri Manjung, Jalan SM 3C/1, Seri Manjung, Perak, Malaysia
PENGENALAN PUSAT SUMBER
Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
SEJARAH PUSAT SUMBER KVSM
Pusat Sumber Kolej (PSK) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSK perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF PUSAT SUMBER DIGITAL
Menyokong pendigitalan, akses, memelihara warisan budaya dan saintifik.
Menyokong peranan Pusat Sumber dan perkhidmatan maklumat.
Menyediakan akses kepada pengguna, menghormati hak milik intelek.
Mewujudkan kesedaran untuk memastikan bahan digital dapat diakses secara kekal.
Menggunakan media komunikasi terkini untuk menyebarkan maklumat digital.
Mewujudkan sistem yang boleh berinteroperasi, memudahkan akses.
Membuat pautan ke rangkaian Pusat Sumber lain.