🧰SEMUA PERMOHONAN PERLU DIHANTAR KE PPD🧰
🧰SEMUA PERMOHONAN PERLU DIHANTAR KE PPD🧰
🛒HANTAR HANYA💼
Mohon rujuk perincian dalam senarai semak
🖍️1. SENARAI SEMAK -
1 SALINAN SAHAJA
🖍️2. SURAT PERMOHONAN KEPADA PPD
JIKA LAWATAN DALAM DAERAH
1 SALINAN SAHAJA
SURAT PERMOHONAN KEPADA
PENGARAH JPN
JIKA LAWATAN ANTARA DAERAH, NEGERI &
LUAR NEGARA
1 SALINAN SAHAJA
🖍️3. BORANG PERMOHONAN -
DILAMPIRKAN SENARAI LENGKAP
ANGGOTA ROMBONGAN DAN TENTATIF LENGKAP LAWATAN (TARIKH & MASA)
4 SALINAN
(TANDATANGAN & CAP RASMI ASAL)
🖍️4. SALINAN DOKUMEN KENDERAAN
1 SALINAN SAHAJA (DISAHKAN PGB)
KEBENARAN PENGGUNAAN KENDERAAN GURU
1 BORANG BAGI SETIAP KENDERAAN
1 SALINAN SAHAJA (DILULUSKAN PGB)
SURAT KELULUSAN ( BAS/VAN SEKOLAH KERAJAAN)
1 SALINAN SAHAJA (DILULUSKAN PPD)
🖍️5. KERTAS KERJA/SURAT JEMPUTAN
PROGRAM/SURAT KEBENARAN
AKTIVITI - 1 SALINAN SAHAJA
🖍️6. BORANG KEBENARAN KE LUAR
NEGARA BAGI GURU PENGIRING
RUJUK LAMPIRAN E - SENARAI SEMAK
4 SALINAN
(TANDATANGAN & CAP RASMI ASAL
SILA HUBUNGI PEGAWAI UNTUK KONSULTASI
📞 019-5902409
🚍🚘🚅🚊WAKTU PERJALANAN YANG DIBENARKAN
5.00 PAGI HINGGA 11.59 MALAM🚌🚍🚗
( TENTATIF / JADUAL LAWATAN )
⛺JIKA MENGADAKAN PERKHEMAHAN/KEM DI LUAR SEKOLAH PERLU DILAMPIRKAN
SURAT KEBENARAN YANG DIPOHON DARIPADA
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID⛺🏕️
❌LAWATAN PADA SABTU DAN AHAD MINGGU PERTAMA, KETIGA DAN KELIMA ❌
TIDAK DIBENARKAN ( SURAT SIARAN KPM BIL. 2 TAHUN 2016 )🗓️
❓FAQ✅
1. Adakah lawatan murid ke lokasi berisiko dibenarkan ?
Tidak dibenarkan atas justifikasi lokasi tersebut boleh merisikokan keselamatan peserta lawatan.
2. Bolehkah aktiviti lawatan dibenarkan pada cuti hujung minggu pertama, ketiga atau kelima ?
Tidak dibenarkan (Surat Siaran KPM Bil.2 Tahun 2016)
3. Bolehkah sekolah menukar anggota rombongan atau senarai nama murid dan guru setelah permohonan dihantar ?
Tidak dibenarkan jika melibatkan perubahan jumlah anggota rombongan (murid atau guru).
Dibenarkan jika tidak melibatkan perubahan jumlah anggota rombongan. Walau bagaimanapun sekolah perlu menghantar surat pemakluman perubahan serta senarai terkini anggota rombongan.
4. Jika penyedia bas sewaan memohon kepada pihak sekolah untuk menukar bas kerana masalah kerosakan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah ?
Sekolah perlu menghantar surat pemakluman maklumat perubahan kenderaan serta salinan dokumen kenderaan baharu kepada pelulus (PPD/JPN).
5. Jika penyedia bas sewaan menyediakan bas lain (tidak sama seperti dalam lampiran dokumen kenderaan semasa permohonan) pada hari pergerakan ke lokasi lawatan, adakah pergerakan lawatan tersebut dibenarkan ?
Tidak dibenarkan melainkan penyedia bas dapat menyediakan salinan dokumen kenderaan baharu seperti yang termaktub dalam senarai semak. Salinan dokumen tersebut (softcopy) perlu dipanjangkan kepada pegawai meja lawatan untuk semakan dan verifikasi. Setelah mendapat persetujuan pegawai meja lawatan, barulah pergerakan tersebut dibenarkan.
6. Perlukah sekolah membuat permohonan jika lawatan murid hanya melibatkan penggunaan kenderaan guru sahaja ?
Sekolah perlu membuat permohonan lawatan dengan melampirkan borang kebenaran penggunaan kenderaan guru seperti yang terdapat dalam SPI KPM Bil.3 Tahun 2019.
7. Bolehkah pihak sekolah menggunakan kenderaan seperti van atau kereta sewaan yang berstatus persendirian dan dipandu oleh guru untuk tujuan lawatan ?
Tidak dibenarkan.
8. Bolehkah sekolah menggunakan format borang kebenaran ibu bapa sekolah sendiri untuk tujuan lawatan ?
Tidak dibenarkan. Sila gunakan format borang yang terdapat dalam SPI KPM Bil.9 Tahun 2023 Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah KPM.
9. Jika dua buah sekolah bergabung untuk mengadakan lawatan dengan menggunakan kenderaan (bas) yang sama, sekolah manakah yang perlu membuat permohonan ?
Kedua-dua sekolah perlu membuat permohonan secara berasingan.
10. Adakah program lawatan sekolah juga perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah KPM Semasa Cuaca Panas (Surat Siaran KPM Bil.3 Tahun 2023)?Ya. Pihak sekolah perlu peka kepada cuaca dan suhu semasa bagi menjaga kebajikan dan keselamatan serta kesihatan murid sepanjang tempoh lawatan tersebut seperti yang termaktub dalam garis panduan surat siaran tersebut.