Atas permintaan daripada rakan-rakan, kami di e-QuIP sudi berkongsi serta memperkenalkan sistem kutipan data dan pelaporan bersepadu bagi data Al-Quran dan Iqra' sekolah-sekolah yang dikenali sebagai e-QuIP ( elektronik-Quran Iqra' Pahang ) Dashboard Sekolah. Antara kelebihan menggunakan sistem yang mudah ini ialah:
Setiap GPI di sekolah bertanggungjawab untuk mengisi data kelas masing-masing. Penyelaras atau KP hanya perlu memberi peringatan pada minggu terakhir setiap bulan supaya data dikemaskini.
Penyelaras akan mengisi data APDM semasa setiap kelas bagi memastikan data tepat di peringkat sekolah dan menepati angka yang dikehendaki oleh PPD dan JPN. Sebarang lebihan murid atau kekurangan akan segera dapat dikesan.
Semakan terus oleh Penyelaras, Ketua Panitia hingga ke peringkat Pentadbir sekolah.
Data terus dipautkan ke Dashboard Sistem e-QuIP Daerah Pekan hanya dengan tindakan GPI di sekolah memasukkan data terkini.
Tiada kerja yang sama dilakukan berulang kali.
Data mentah terus dikumpul dan dianalisis secara auto memberikan kesenangan, kemudahan dan ketepatan dapatan kepada sekolah terutama Penyelaras.
100 % secara online.
Paparan sekolah anda dalam Dashboard Daerah akan di 'Protect'. Bererti proses kemaskini hanya dapat dibuat melalui Dashboard sekolah sahaja. Ini menambahkan lagi nilai privasi dan keselamatan data sekolah anda daripada dicerobohi secara tidak sengaja oleh sekolah-sekolah lain semasa mengisi data dalam Dashboard Daerah.
Mengandungi paparan graf-graf bagi setiap tahun dan setiap aras bacaan murid yang dapat memberi gambaran jelas kedudukan semasa dan hala tuju sekolah dalam bidang Al-Quran.
Mudah untuk dicetak dan disimpan sebagai evidens.
Penyelaras atau KP Pai hanya perlu klik tarikh di Dashboard Daerah untuk mengesahkan laporan yang dibuat rakan-rakan GPI.
Cara pengisian data yang standard bagi semua.
Menggunakan platform Google Sheets yang mudah dan mesra pengguna
KP dan Penyelaras hanya sebagai pemudahcara dan pengesah.
Membantu pembentangan dalam mana-mana mesyuarat, taklimat dan lain-lain.
Tiada lagi C&P serta pengiraan secara manual.
Jelas menunjukkan pencapaian semasa
Proses atas talian yag mudah diakses di mana-mana peranti pada bila-bila masa.
SEKIRANYA PANITIA SEKOLAH ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SISTEM YANG SERBA MUDAH INI, ANDA BOLEHLAH KLIK DI PAUTAN DI BAWAH, SERTA MENGISI MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG BERKAITAN.
DENGAN PROMOSI PKPP BERNILAI RM50.00, ANDA AKAN MENDAPAT:
1. LINK LAMAN WEB PELAPORAN SEKOLAH DENGAN KATA LALUAN KHAS.
2. AKAUN SISTEM PENGUMPULAN DATA AL-QURAN & IQRA' SEKOLAH.
3. AKAUN ANDA AKAN DIPAUTKAN KE DASHBOARD PELAPORAN DAERAH.
4. VIDEO MANUAL PENGGUNAAN DASHBOARD SEKOLAH