Dapatkan voucher pemasangan percuma untuk jimat RM200. T&C Apply.
Dalam hidup ni kena sentiasa ada upgrade betul tak? So kalau sebelum ni korang selalu dengar tentang penapis udara Storm, haa yang ni adalah generasi kedua; Storm II.
Jadi apa yang special tentang Storm II ni?
Storm II dilengkapi dengan filter yang lebih besar, dengan 4 peringkat tapisan iaitu :
Pre Filter : Untuk tapis habuk kasar, bulu kucing
Fine Dust Filter : Untuk tapis habuk halus, debu, hama
Deodorization Filter : Untuk menapis dan mengurangkan bau busuk, asap rokok, dan gas berbahaya
Copper Hepa Filter : Untuk menapis virus dan bakteria
Kebanyakan orang akan memilih penapis udara Storm ni sebab ada fungsi 2in1. Selain daripada menghasilkan udara bersih dan segar untuk keluarga, Storm juga sangat terkenal dengan kebolehannya yang boleh berfungsi sebagai kipas tanpa bilah atau blower.
Kalau Storm yang lama, jarak angin hanyalah 6 meter sahaja. Tapi untuk upgraded version ni, Coway tawarkan Storm II dengan kebolehan menghasilkan angin sejauh 10 Meter! Haa ni memang dah macam kipas guys. Dan yang paling best, udara yang terasa akan lebih nyaman. Maklumlah, udara bersih kan..
Walaupun pelbagai fungsi telah ditambah baik, namun Storm II dijamin mampu menjimatkan 35% penggunaan tenaga. Ianya hanya menggunakan 45W tenaga sahaja, sangat rendah berbanding penapis udara lain di pasaran.
Kebanyakan penapis udara menghasilkan bunyi yang agak kuat dan mengganggu. Namun, Storm II mampu berfungsi dengan efisyen tanpa menghasilkan bunyi yang terlalu kuat dan mengganggu anda.
Dengan coverage seluas 50meter persegi, Storm II mampu memastikan udara di ruang tamu anda bersih dan segar.
Dengan Haze Mode yang telah dinaiktaraf, Storm II mampu memastikan udara rumah anda kembali bersih dari sebarang pencemaran dalam masa hanya 10minit sahaja.
Harga Storm II adalah RM3190 secara cash. Jika anda ingin membeli secara ansuran, ada 2 pakej yang ditawarkan iaitu RM98/sebulan untuk servis setiap 4 bulan dan RM105/sebulan untuk servis setiap 2 bulan. Tempoh kontrak adalah 5 tahun, sepanjang tempoh kontrak anda akan nikmati servis berkala secara percuma, penukaran alat ganti secara percuma dan warranty.