SESI PENGAMBILAN PEGAWAI KADET PALAPES UniMAP
BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2025/2026
SESI PENGAMBILAN PEGAWAI KADET PALAPES UniMAP
BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2025/2026
PALAPES UniMAP merupakan akronim kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, Universiti Malaysia Perlis.
1. PALAPES telah ditubuhkan di 20 buah Universiti Awam (UA) bagi melahirkan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlatih dan akan ditempatkan dalam Angkatan Simpanan Sukarela mengikut perkhidmatan masing-masing. Ia juga dijadikan sebagai salah satu sumber tenaga pegawai ATM bagi Angkatan Tetap.
2. PALAPES menawarkan latihan bagi 3 perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara).
3. Pegawai Kadet PALAPES yang telah berjaya menamatkan latihan akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dipangkat Leftenan Muda dan diletakkan di dalam Angkatan Sukarela mengikut perkhidmatan seperti berikut :
a. Perkhidmatan Darat. Rejimen Askar Wataniah.
b. Perkhidmatan Laut. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
c. Perkhidmatan Udara. Pasukan Simpanan Sukarela TenteraUdara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
PALAPES UniMAP
4. PALAPES UniMAP telah ditubuhkan pada 26 Ogos 2004 dan dilancarkan pada 03 Mac 2005 oleh KDYTM Raja Muda Perlis (Canselor UniMAP) dan pengambilan pertama telah dilaksanakan pada 29 Julai 2005. PALAPES UniMAP hanya menawarkan latihan bagi perkhidmatan Darat sahaja.
5. UniMAP merupakan UA yang ke 12 menubuhkan PALAPES sebagai salah satu Ko Kurikulum yang ditawarkan kepada semua mahasiswa dengan menawarkan 6 jam kredit (1 jam kredit / semester).
6. Tempoh latihan PALAPES adalah selama 3 tahun dan latihan ini telah dirangka dengan sistematik (koordinasi di antara HEP dan HEA) supaya ia tidak mengganggu waktu pengajian yang telah ditetapkan (Isnin hingga Jumaat).
7. Jenis latihan yang dilaksanakan adalah seperti berikut :
a. Latihan Tempatan selama 240 jam / 20 hari setahun.
b. Latihan Berterusan selama 14 hari setahun.
c. Latihan Kem Tahunan selama 15 hari setahun.
8. Syarat Permohonan Menyertai PALAPES UniMAP. Adalah seperti berikut :
a. Pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di UniMAP bagi tempoh 3 tahun/ 6 semester pengajian secara berterusan.
b. Warganegara Malaysia.
c. Berusia antara 18 hingga 25 tahun.
d. Sihat tubuh badan dan tidak cacat atau cedera kekal serta lulus pemeriksaan kesihatan tentera (TATADEMMOT)..
e. Body Mass Index (BMI) dari 18.0 hingga 25.9
f. Ketinggian minimum utk lelaki adalah 162cm dan bagi wanita ketinggian minimum adalah 157cm.
g. Tidak rabun warna dan bagi yang berkaca mata boleh dipertimbangkan
h. Memiliki perwatakan yang baik dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang ketenteraan
i. Berstatus bujang.
9. Kemudahan dan Peluang. Adalah seperti berikut :
a. Diberikan 6 jam kredit subjek bagi tujuan akademik universiti. 1 jam setiap semester.
b. Pakaian dan peralatan asas ketenteraan disediakan mengikut hak yang telah ditetapkan.
c. Sajian dan pengangkutan disediakan semasa latihan.
d. Berpeluang menyertai Angkatan Tetap bagi yang berminat atau meneruskan perkhidmatan dalam Angkatan Sukarela.
e. Menerima elaun latihan berdasarkan kehadiran pada kadar semasa.
f. Pengecualian bagi program 7 Pillars UniMAP selepas menamatkan latihan PALAPES selama 3 tahun.
10. Mahasiswa yang berminat dan berkelayakan, boleh memohon melalui link yang diberikan dan perlu menyediakan dokumen seperti berikut :
a. Salinan Kad Pengenalan Diri. 4 salinan.
b. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa. 4 salinan.
c. Salinan Sijil Akademik Terkini (SPM / STPM / Diploma / Matrikulasi). 4 salinan.
d. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa. 4 salinan.
e. Gambar berukuran Passport. 4 salinan.
f. Sijil Tamat/Berhenti Sekolah. 4 salinan.
11. Kepada yang berminat, boleh join whatsapp group chat : https://chat.whatsapp.com/IblYi0rUkGX5ULoCbyFIOk
atau aplikasi social media berikut :
Instagram - https://www.instagram.com/palapes_unimap/
Facebook Page - https://www.facebook.com/PALAPESUniMAP/
Twitter - https://twitter.com/PalapesUnimap
Website PALAPES UniMAP - https://palapes.unimap.edu.my
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :
Kapt Nurul Afidah (Pensyarah) : 012 - 966 4681
Kapt Khairul Usaidi (Pegawai Keselamatan Universiti) : 019 - 4194108
Kapt Nuh Dinie (Jurulatih Pegawai) : 60 19-699 3796
LINK BAGI MENGISI BORANG PENGAMBILAN PEGAWAI KADET PALAPES