PENGENALAN
PENGENALAN
Schoolwide Enrichment Model (SEM) merupakan satu pendekatan pendidikan yang dibangunkan oleh Dr. Joseph Renzulli dan Dr. Sally Reis dari University of Connecticut. Model ini direka bentuk untuk memaksimumkan potensi pelajar melalui program pemerkasaan dan pengayaan menyeluruh yang melibatkan semua pelajar, bukan hanya mereka yang tergolong dalam kumpulan pelajar cemerlang.
Di MRSM, pelaksanaan SEM bertujuan untuk:
Menggalakkan pembelajaran yang berpusatkan minat dan bakat pelajar.
Memupuk kreativiti, pemikiran aras tinggi, serta kemahiran menyelesaikan masalah dunia sebenar.
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang yang diminati melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti penyelidikan, projek, inovasi, dan persembahan hasil kerja.
Peningkatan penglibatan pelajar
Hasil akademik yang lebih baik
Akses dan ekuiti pembangunan pelajar
Persediaan untuk masa hadapan
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka minat dan hasrat mereka
Membangunkan bakat dan kebolehan pelajar untuk mencapai potensi penuh
Menggalakkan pelajar mengambil tanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
Peluang untuk kolaborasi dan pembangunan kemahiran sosial
Mencipta budaya sekolah yang positif dengan menghargai kecemerlangan dan menyokong kecemerlangan akademik, kreativiti, dan kepelbagaian.
Perilaku bestari (gifted) yang digambarkan melalui Three Ring Conception of Giftedness.
Perilaku bestari mengandungi perlakuan yang mencerminkan interaksi tiga himpunan sifat manusia. Himpunan-himpunan ini ialah berkebolehan tinggi dalam bidang am atau spesifik, komitmen yang tinggi dan kreativiti/daya cipta tinggi. Individu yang mempunyai perilaku bestari adalah mereka yang dapat membangunkan himpunan-himpunan itu dan mengaplikasikannya ke atas apa jua bentuk pelaksanaan atau pencapaian yang berpotensi terhadap kehidupan dan manusia sejagat. Selepas 19 tahun pelaksanaannya, Model SEM kemudiannya diperkenalkan dan Enrichment Triad Model ini menjadi teras kepada kurikulum pelaksanaan SEM.