NAMA PROGRAM : BERJALAN 10,000 LANGKAH STAF UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
ANJURAN : UNIT SUKAN UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KERJASAMA : UNIT KESIHATAN UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
TARIKH : 10 OGOS 2023
MASA : 8.15 PAGI HINGGA 10.30 PAGI
TEMPAT : SEKITAR KAMPUS KUALA PILAH, KAMPUS SEREMBAN DAN KAMPUS REMBAU
Mula : Perkarangan Unit Kesihatan
CP : Sekitar Kg. Beting
Tamat : Perkarangan Unit Kesihatan
1. Pusing kampus dulu
2. Keluar ke arah taman bird paradise
3. Msk ke Tmn. Cabaran (pusing habis, termasuk masuk ke dlm site pocket forest)
3. Keluar Taman Cabaran
4. Trail back to campus
Mula: Foyer Pejabat Pentadbiran
CP1. Parking pelajar
CP2. Laluan Pejabat Kolej & medan
CP3. Laluan ke kolej Tok Puan 1&2
CP4. Laluan ke kolej Dato' Syahbandar
CP5. Roundabout Unit Sukan
CP6. Pejabat Fasiliti
CP7. Hadapan Parking Fakulti Masscomm
CP8. Parking pelajar
Tamat: Foyer pejabat pentadbiran
1. Terdapat kakitangan perubatan bersiap sedia di garisan permulaan.
2. Perkhidmatan ambulans juga dalam keadaan siap sedia untuk kes kecemasan sahaja.
3. Tiada tuntutan tunai/pampasan diberikan kepada peserta berkaitan perkara ini.
4. Peserta bertanggungjawab ke atas insurans kesihatan dan kesejahteraan mereka. Penganjur acara tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan yang berlaku daripada latihan, semasa, atau akibat daripada acara tersebut. Peserta digalakkan untuk berunding dengan pengamal perubatan mereka sebelum acara.
5. Peserta mesti berhenti daripada larian serta-merta jika diminta/diminta berbuat demikian oleh mana-mana anggota pegawai, kakitangan perubatan, atau pegawai keselamatan.
6. Peraturan keselamatan dan perubatan ini kini akan memasukkan keperluan tambahan dalam Tatakelakuan COVID -19.
FAKTA BERJALAN 10,000 LANGKAH
Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)
Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah
Secara purata 1minit = 100 langkah
Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggarannya akan mengurangkan 64 gram lemak.
Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai biasa kita perlu berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.
(Bagi individu yang mempunyai berat badan 70kg)
FAEDAH BERJALAN KAKI
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
Mengekalkan kekuatan otot.
TEKNIK-TEKNIK BERJALAN DENGAN BETUL
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
Tegakkan postur badan. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
Informasi dan Maklumat Lanjut:
Laman Sesawang: https://www.facebook.com/unitsukankualapilah/
Pegawai yang bertanggungjawab:
Pn. Nur Hiliana Binti Mohamad Yusof (011-26823134) - Kampus Kuala Pilah
En. Muhammad Afdhal Apandi Zahidin (017-2330464) - Kampus Seremban
En. Ahmad Faiq Abdul Shukur (017-6076714) - Kampus Rembau