Program Sekolah Pengajar IPGM adalah inisiatif Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk meningkatkan kualiti pedagogi guru di sekolah melalui kerjasama antara pensyarah IPGM dan guru sekolah, bertujuan membawa inisiatif KPM/IPGM ke bilik darjah, meningkatkan kemahiran guru (seperti Pembelajaran Terbeza), dan menjadi makmal pembelajaran berterusan untuk guru dan siswa guru, dengan objektif utama memperkasa amalan terbaik pendidikan ke arah kecemerlangan murid.
Laman ini memaparkan keseluruhan aktiviti Sekolah Pengajar bagi tahun 2025, termasuk aktiviti berfokus dan one-off melibatkan tujuh jabatan, iaitu Jabatan Sains Sosial, Jabatan Kecemerlangan Akademik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Bahasa, Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Ia disediakan sebagai ringkasan menyeluruh bagi mencerminkan pelaksanaan, pencapaian, dan impak program dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus pencapaian akademik murid.
PROGRAM / AKTIVITI : 1 (UNIT SEJARAH) NAMA PROGRAM/AKTIVITI : PEDAGOGI RESPONSIF BUDAYA DALAM PDPC SEJARAH
Pedagogi Responsif Budaya (PRB) dalam PdPC Sejarah ialah pendekatan pengajaranyang mengambil kira latar belakang budaya, bahasa, identiti, pengalaman hidup dannilai komuniti murid sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran sejarah. MenjadikanPdPC Sejarah lebih relevan, bermakna dan dekat dengan pengalaman murid. Membinakefahaman sejarah yang inklusif, bukan hanya berpusat pada satu budaya atau naratif.
Program ini dilaksanakan sebagai satu pendekatan untuk memperkukuh hubungankerjasama strategik antara IPG dan sekolah. Mewujudkan jaringan profesional (Professional Learning Community, PLC) antara pensyarah, guru dan pengurusan sekolah. Programini juga adalah untuk memperkasa guru Sejarah di sekolah melalui peningkatan pedagogi, pentaksiran autentik, penggunaan sumber digital, penyelidikan tindakan dan amalanreflektif supaya PdP Sejarah lebih berkesan, menarik serta berupaya membentuk pemikirandanpatriotisme murid
Sasaran utama PRB dalam PdPC Sejarah ialah guru, murid, sekolah dan komuniti, manakala outcome yang diharapkan ialah pembelajaran sejarah yang relevan, inklusif, berpaksikan identiti budaya, serta menyumbang kepada perpaduan dan pembinaannegarabangsa.
Tarikh: 3/10/2025
Masa: Jam 8.00 pagi -4.30 petang.
Bengkel bertajuk “Responsif Budaya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Sekolah Rendah” telah dilaksanakan bertempat di bilik JPL bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh enam orang guru dari enambuah sekolahyangterlibat Program Sekolah Pengajar.
Sebagai langkah ke hadapan, pihak sekolah bersama IPG akan meneruskan sesi PLCPdPC Sejarah pada tahun depan dengan memperluaskan lagi pembabitan sekolah-sekolah sekitar Keningau disamping menyediakan modul refleksi guru sebagai sokongan kepadapelaksanaan Pedagogi Responsif Budaya.
PROGRAM / AKTIVITI 2 : PELAKSANAAN PBD DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) DI SEKOLAH
Isu utama PBD PSV ialah cabaran menilai kemahiran seni secara objektif dan konsistendalam masa terhad, dengan sumber tidak mencukupi, sambil memastikan penilaianadil, autentik dan selaras dengan perkembangan murid.
Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinangurudalam melaksanakan PBD PSV secara konsisten, autentik dan efektif melalui melalui pembelajaran kolaboratif dalam komuniti profesional guru.
Sasaran bengkel ini ialah guru PSV dan panitia sekolah, manakala outcomeyangdiharapkan ialah kefahaman yang jelas, keseragaman pentaksiran, pengurusan eviden yang sistematik, peningkatan maklum balas formatif, dan pengukuhan budaya PLCuntukmeningkatkan kualiti PBD PSV secara berterusan.
Tarikh: 3/10/2025
Masa: Jam 8.00 pagi -4.30 petang.
Bengkel bertajuk “Pelaksanaan PBD dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah” telahdilaksanakan bertempat di bilik JPL dan bilik Amali PSV IPG Kampus Keningau bermuladari jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh enam orang guru dari enambuahsekolah yang terlibat Program Sekolah Pengajar.
Langkah ke hadapan program ini ialah meneruskan PLC berfokus, menyelaraskan pentaksiran, membina bank rujukan, melaksanakan mentoring dan teknologi rekod eviden, serta menilai impak secara berterusan untuk memastikan PBD PSV diamalkan secara konsisten dan berkualiti.
Taklimat sesi Gallery Walk oleh Ketua Jabatan JSS (En Thadius Gugau), Unit PSV
Ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pengarah, Encik Doti bin Asing
Taklimat pengisian bengkel oleh pensyarah (Dr Latipah binti Satangah), Unit Sejarah
Pembentangan peserta bengkel (Guru Sejarah)
PROGRAM / AKTIVITI 3: PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR (SK KAMPONG BIAH, KENINGAU): PENGAJARAN MAKRO (SJHK3383 - ELEKTIF TERBUKA SEJARAH PISMPAMBILAN SEPTEMBER 2021-JULAI 2026)
Program Sekolah Pengajar (SK Kampong Biah, Keningau) : Pengajaran Makro (SJHK3383) telah dilaksanakan pada 19 November 2025 dengan penyertaan 40 orang murid dari SKKampong Biah. Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains Sosial bersama 50pelajar Elektif Terbuka Sejarah Ambilan September 2021 – Julai 2026 dengan kerjasama pihakSKKampong Biah. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada 8 murid Tahun 4, 16 muridTahun5 dan 16 murid Tahun 6. Program ini dijalankan bagi memberi pengalaman pengajaransebenar kepada guru pelatih melalui aktiviti pengajaran sebenar di bilik darjah.
1. Memenuhi keperluan Pentaksiran Berterusan (PB) melalui pelaksanaanPersembahan Pengajaran Makro.
2. Memberi peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan kemahiran pedagogi, pengurusan kelas, penggunaan BBM serta pendekatan PdP berkesan dalamsituasi sebenar.
3. Menyediakan pengalaman pembelajaran bermakna kepada murid melalui aktiviti PdP yang dirancang dan dijalankan oleh guru pelatih.
4. Mengukuhkan hubungan kerjasama antara IPG Kampus Keningau dan SK Kampong Biah.
Murid Tahun 4, 5 dan 6 dari SK Kampong Biah.
Guru pelatih Elektif Terbuka Sejarah Ambilan Sept 2021 – Julai 2026.
Guru pelatih dapat menunjukkan kompetensi pengajaran, pengurusan kelas, danpenggunaan BBM dengan lebih berkesan.
Murid memperoleh pengalaman PdP yang menyeronokkan sertameningkatkan kefahaman terhadap kandungan pembelajaran.
Jalinan kerjasama yang lebih kukuh antara pihak IPG dan sekolah rakan.
Pelaksanaan program berjalan lancar melalui pengurusan logistik, keselamatan murid dan susunan kelas yang teratur.
19 November 2025 bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program dijalankan di lima bilik di Blok Kuliah iaitu Salinatan, Mabul, Terian, Salong dan Luasong.
Program dimulakan dengan pengurusan pengangkutan oleh AJK Pengangkutanyangmengambil murid dari SK Kampong Biah ke IPG Kampus Keningau. Setibanya di kampus, murid dibahagikan mengikut tahun masing-masing dan ditempatkan di kelas yangtelahditetapkan. Sepanjang program, guru pelatih melaksanakan sesi pengajaran mengikut rancangan pengajaran masing-masing dengan penggunaan BBM dan aktiviti PdPyangsesuai dengan tahap murid. Murid menunjukkan disiplin dan memberikan kerjasamayangbaik sepanjang sesi Pengajaran Makro. Selesai aktiviti PdP, murid dibawa ke Bilik Sabur untuk menerima makanan yang disediakanoleh AJK Makanan sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan kerjasamamerekadalam program. Kebajikan murid turut diberi keutamaan bagi memastikan merekaberadadalam keadaan baik selepas sesi pembelajaran. Setelah selesai makan, AJK Pengangkutan sekali lagi memainkan peranandenganmengiring dan membawa murid pulang semula ke SK Kampong Biah dengan selamat danteratur. Pihak sekolah memberikan sokongan penuh dari segi pengurusan murid dan penyediaanmaklumat yang diperlukan, menjadikan keseluruhan program berjalan lancar. Secarakeseluruhan, program ini mencapai objektif utama dan memberikan pendedahanautentikkepada guru pelatih serta pengalaman pembelajaran bermakna kepada murid.
1. Menambah masa pelaksanaan program untuk memberi lebih banyak ruangkepada guru pelatih menjalankan sesi PdP.
2. Mengadakan sesi refleksi bersama guru pelatih dan guru pengiring untuk penambahbaikan program akan datang.
3. Meningkatkan variasi BBM digital dan interaktif bagi meningkatkan keterlibatanmurid.
4. Meneruskan kerjasama strategik antara IPG Kampus Keningau dan SKKampong Biah bagi program-program berimpak tinggi.
Pergerakan murid ke SK Kampong Biah menuju IPG Kampus Keningau
Pengajaran Makro di bilik Salinatan untuk murid Tahun 4
Pengajaran Makro di bilik Luasong untuk murid Tahun 5
Pengajaran Makro di bilik Salong untuk murid Tahun 6
Program TEKAD-SPARK (Teknologi, AI, Digital Sekolah Pengajar ke arah KefahamanMelalui Rekabentuk) bertujuan membimbing guru dalam mengintegrasikan teknologi digital dankecerdasan buatan (AI) serta STEM-robotik bagi memperkukuhkan PdPc berasaskankefahaman melalui rekabentuk. Tempoh pelaksanaan program ini bermula pada bulan April sehingga November 2025.
i. PLC Perkongsian Pelan Strategik Sekolah Pengajar (Teaching School) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Dengan Ketua Panitia Sekolah KebangsaanSt Francis Xavier, Keningau
ii. Bengkel Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Dalam Kefahaman Melalui RekaBentuk(KMR)
iii. Bengkel PBL STEM:bit
iv. Showcase KMR-PBL
Objektif bagi setiap aktiviti dalam program ini adalah seperti
i. Membimbing guru membina Rancangan Pelaksanaan AI di Sekolah menggunakanmodul pembelajaran PBL KMR yang menggunakan AI dan digital sebagai alat sokongan.
ii. Membantu guru memahami dan memanfaatkan AI dalam merancang pembelajaranberasaskan Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR).
iii. Membimbing guru membina modul pembelajaran PBL KMR yang menggunakanAI dan digital sebagai alat sokongan.
iv. Melatih guru menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dengan robotik untuk projek akhir 3 bulan. v. Melatih guru menggunakan micro:bit dan modul STEM:bit dalampengintegrasianrobotik dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah.
vi. Simulasi membangunkan prototaip mudah untuk digunakan dalamprojek pelajar.
vii. Merangka projek PBL yang merangkumi robotik dan disiplin lain serta menyediakanrubrik untuk menilai hasil kerja murid.
Program ini disasarkan kepada Guru-guru ST. Francis Xavier dan Guru SK Inubai Tenom. Hasil yang diharapkan adalah;
Pameran Robotik STEM:bit
Showcase hasil kerja murid
Pembentangan amalan terbaik
Portfolio hasil kerja murid
Manakala ‘Deliverables’ bagi program ini adalah;
Kompilasi TEKAD-KMR
2 Artikel kajian
Modul Pendigitalan PBL-KMR
Mac 2025 sehingga November 2025
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah berjaya mencapai objektif yangditetapkan. Sebanyak empat aktiviti yang dirancang, dan tiga aktiviti telahberjayadilaksanakan. Bengkel Pembinaan OPD tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekanganmasa dan pertembungan aktiviti IPG dan sekolah. Walau bagaimanapun, aktiviti telahdigantikan dengan Pertandingan Robotik STEM:bit bagi SK Inubai bersama sekolahpengajar yang lain.
Jabatan Kecemerlangan Akademik mengambil inisiatif untuk meneruskan programini padamasa akan datang dan diperluaskan ke sekolah pengajar yang lain. Beberapa aktiviti jugaakan tambah seperti;
i. Pembinaan OPD menggunakan Canva
ii. Penambahbaikan proses KMR dan PBL dengan mengadakan bimbingan berterusan.
GAMBAR (DENGAN CAPTION): PLC PERKONGSIAN PELAN STRATEGIK IPGK KENINGAU DAN ST FRANCIS XAVIER KENINGAU.
Sekolah Kebangsaan Inubai Tenom merupakan sebuah sekolah yang sering terdedahkepadabencana alam seperti banjir. Keadaan ini menyebabkan persekitaran sekolah memerlukanperhatian dari segi kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Menyedari akan keperluanini, Kelab Sukarelawan Madani (SukMad) dengan kerjasama pihak sekolah merancanguntukmelaksanakan Projek Amal Madani Inubai. Program ini bertujuan untuk menceriakankawasan sekolah, membina semangat kerjasama antara sukarelawan dan wargasekolahserta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada murid-murid.
1. Menceriakan kawasan sekolah melalui aktiviti gotong-royong dan keceriaan.
2. Meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan ahli SukMad dan warga sekolahterhadap kepentingan kebersihan dan keceriaan.
3. Memupuk semangat sukarelawan, kerjasama dan kepedulian sosial dalamkalanganpeserta.
4. Memberi motivasi dan keceriaan kepada murid-murid SK Inubai Tenomuntuk terusbersemangat belajar walaupun berdepan dengan cabaran bencana alam.
Boleh dirujuk kepada objektif (keceriaan, kerjasama, suasana kondusif) dan dibuktikan melalui foto aktiviti gotong-royong, keceriaan, mural, serta penglibatan murid dan sukarelawan.
27 November 2025 (Khamis)
Program berjaya dilaksanakan pada 27 November 2025 dari jam 7 pagi hingga 2 petang dengan penglibatan aktif warga sekolah danahli SukMad, persekitaran sekolah lebih ceria, dan murid kelihatan bermotivasi melalui penglibatan mereka dalam aktiviti.
Dapat meneruskan kolaborasi dengan SK Inubai secaraberkala, dan merancang program susulan berkaitan kebersihan dan keselamatan serta aktiviti yangmelibatkan murid.
Kem Bestari Solat (KBS) dan Kem Literasi Al-Quran (KLA) merupakan satu inisiatif Pendidikan Islam luar bilik darjah yang bertujuan memperkasakan ilmu fardu ain dan penguasaan asas Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah. Program KBS dan KLA ini merupakan satu usaha kolaboratif IPG Kampus Keningau & sekolah pengajar iaitu SK Kampung Biah, Keningau dan SK Bunga Raya, Keningau. Usaha ini bertujuan untuk berkongsi kemahiran serta kepakaran dalam meningkatkan penguasaan murid mengenai solat dan Al-Quran. Program ini juga selaras dengan usaha membentuk jati diri Muslim yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi serta menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
Memberi kefahaman yang jelas tentang tatacara solat yang betul.
2. Membimbing murid membaca Al-Quran dengan sebutan yang tepat dan tartil.
3. Menanam minat dan kesedaran dalam diri murid terhadap kepentingan solat dan membaca Al-Quran.
4. Menggalakkan pembelajaran secara praktikal dan berkesan di luar bilik darjah.
5. Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dan institusi masjid dalam usaha pendidikan Islam.
Program Celik Solat dan Celik Al-Quran ini menyasarkan kumpulan berikut:
1. Murid sekolah rendah dari SK Kampung Biah dan SK Bunga Raya yang memerlukan bimbingan dalam penguasaan solat dan bacaan Al-Quran.
2. Murid Tahap 1 dan Tahap 2 yang mempunyai tahap literasi Al-Quran berbeza, termasuk murid yang baru mengenal huruf, murid pertengahan, dan murid yang sudah boleh membaca tetapi memerlukan penambahbaikan tajwid.
3. Murid yang kurang keyakinan dalam melaksanakan solat dengan sempurna.
4. Komuniti sekolah dan masjid, dengan tumpuan kepada mengukuhkan hubungan pendidikan antara IPG Kampus Keningau dan dua buah sekolah terlibat.
Program ini dijalankan bagi mencapai hasil berikut:
1. Peningkatan kefahaman murid tentang rukun solat, syarat sah solat, dan tatacara perlaksanaannya secara praktikal.
2. Peningkatan kelancaran bacaan Al-Quran, termasuk penguasaan makhraj huruf dan hukum tajwid asas.
3. Pembentukan sahsiah dan disiplin diri, terutamanya dalam menjaga solat dan adab membaca Al-Quran.
4. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Pendidikan Islam di luar bilik darjah melalui aktiviti interaktif.
5. Pemerkasaan jaringan kerjasama antara sekolah, IPG dan pihak masjid dalam usaha memperkukuh pendidikan rohani murid.
6. Penerapan suasana tarbiah melalui pembelajaran yang dijalankan di persekitaran masjid bagi memupuk kecintaan terhadap rumah Allah.
1 hingga 3 Ogos 2025 (Jumaat - Ahad)
3 Hari 2 Malam
Pelaksanaan Program Celik Solat dan Celik Al-Quran telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama IPG Kampus Keningau, SK Kampung Biah, SK Bunga Raya, serta pihak masjid. Antara pencapaian utama program ialah:
1. Penyertaan murid yang memberangsangkan, dengan kehadiran konsisten sepanjang program.
2. Sesi bimbingan solat secara amali berjaya dilaksanakan, di mana murid dapat mempraktikkan wuduk dan solat secara betul dengan tunjuk ajar fasilitator.
3. Sesi pengukuhan tajwid Al-Quran membolehkan murid diberi bimbingan mengikut tahap kemampuan masing- masing.
4. Peningkatan bacaan Al-Quran dapat dilihat melalui penilaian ringkas sebelum dan selepas program, terutamanya pada sebutan makhraj huruf dan kelancaran baca.
5. Murid menunjukkan minat dan motivasi lebih tinggi dalam mempelajari solat dan Al-Quran hasil pendekatan interaktif dan penggunaan suasana masjid.
6. Hubungan antara IPG dan sekolah semakin kukuh melalui perkongsian kepakaran serta penyelarasan aktiviti bersama.
Bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan program, beberapa cadangan langkah seterusnya adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan program secara berkala, contohnya setiap semester atau setiap cuti penggal bagi memantapkan penguasaan murid.
2. Menambah modul pembelajaran, termasuk modul tajwid asas, hafazan pendek, dan adab-adab dalam masjid.
3. Mengadakan sesi pemantauan susulan, seperti ujian bacaan Al-Quran atau penilaian amali solat selepas program.
4. Mewujudkan kumpulan sokongan dalam kalangan guru Pendidikan Islam untuk memastikan kemajuan murid dipantau di sekolah.
5. Melibatkan ibu bapa, contohnya melalui bengkel mini atau sesi libat urus bagi menggalakkan amalan solat dan bacaan Al-Quran di rumah.
PROGRAM / AKTIVITI 1: PROGRAM PERKAMPUNGAN BAHASA DAN SASTERA (PERKABA)/SAHABAT BAHASA.
Perkembangan dunia pendidikan masa kini menuntut perubahan yang progresif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Inovasi merupakan satu aspek penting dalam mempertingkatkan kualiti PdP selaras dengan kehendak kurikulum semasa dan perkembangan teknologi pendidikan. Oleh itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau dengan kerjasama SK Kaingaran Tambunan mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Perkongsian Inovasi ini. Program ini menjadi platform untuk berkongsi idea, amalan terbaik dan bahan inovasi yang telah terbukti membantu meningkatkan minat dan pencapaian murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan inovasi dalam kalangan guru serta memperkukuh kolaborasi antara institusi pendidikan dan sekolah. Inisiatif ini juga seiring dengan usaha ke arah mewujudkan budaya kolaboratif dan profesionalisme berterusan dalam kalangan warga pendidik.
i. Peserta dapat memahami dan mengaplikasikan amalan pedagogi Bahasa dalam aspek seni bahasa
ii. Peserta dapat meningkatkan kemahiran profesional dalam bidang puisi dengan membudayakan amalan berpuisi dalam kalangan pelajar dan guru.
iii. Peserta dapat mengasah bakat dan kreativiti dalam menghasilkan puisi yang menarik dan bermakna.
iv. Memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
v. Membugarkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta dan pensyarah
i. Murid-murid SK Kampong Biah diharap dapat menambahkan pengalaman dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti belajar sambil bermain
ii. Guru-guru SK Kampong Biah diharapkan dapat berkongsi pengalaman dalam seni kesusasteraan dan menimba ilmu dalam seni pengkaryaan sajak dan syair
Berlangsung selama dua hari sahaja iaitu 29 dan 30 April 2025
PPKI
Murid-murid didedahkan dengan aktiviti- aktiviti permainan seperti mengenali huruf, perkataan dan membuat replika.
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian :
Murid-murid PPKI berpeluang belajar bersama siswa pendidik
Siswa pendidik dapat pendedahan tentang aktiviti pengajaran untuk kelas PPKI
Tahun 1
Murid-murid berpeluang melaksanakan aktiviti teka silang kata dan mencari perkataan tersembunyi
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian:
Semua murid berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk alat tulis dan mendengar ceramah motivasi dari unit kaunseling
Tahun 2
Murid-murid mengikuti aktiviti permainan keselamatan jalan raya
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian:
Semua murid berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk alat tulis dan mendengar ceramah motivasi dari unit kaunseling
Tahun 3
Murid-murid mengikuti permainan bahasa iaitu melengkapkan peribahasa dan memberi maksud peribahasa.
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian:
Semua murid berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk alat tulis dan mendengar ceramah motivasi dari unit kaunseling
Tahun 4
Murid-murid mengikuti aktiviti pendidikan keselamatan jalan raya dengan membuiat simulasi dan lakonan
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian:
Semua murid berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk alat tulis dan mendengar ceramah motivasi dari unit kaunseling
Tahun 5
Murid-murid mengikuti aktiviti kebahasaan iaitu persembahan puisi
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian:
Semua murid berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk alat tulis dan mendengar ceramah motivasi dari unit kaunseling
Tahun 6
Murid-murid mengikuti aktiviti lakonan dan drama pendek.
Permaianan dikendalikan dalam kumpulan oleh para siswa pendidik IPG Kampus Keningau
Pencapaian:
Semua murid berpeluang mendapat ganjaran dalam bentuk alat tulis dan mendengar ceramah motivasi dari unit kaunseling
i. Meneruskan program PERKABA setiap tahun di sekolah pengajar
ii. Program PERKABA diharap dapat memberi impak yang positif untuk semua warga sekolah di sekolah pengajar
iii. Memperkasakan bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang memberi kesan bermakna bukan sahaja kepada warga sekolah pengajar malah kepada para pensyarah,staf dan siswa pendidik yang terlibat di IPG Kampus Keningau.
Perasmian PERKABA di SK Kampong Biah Keningau.
Aktiviti murid-murid bersama siswa pendidik IPG Kampus Keningau.
Bengkel sajak yang dikendalikan oleh Pn Nurirfiney F.Hayroland
Bengkel syair yang dikendalikan oleh En Sharif Taip
Aktiviti guru-guru dan para pensyarah bersama unit kaunseling IPG Keningau.
Aktiviti murid-murid SK Kampong Biah bersama unit kaunseling IPG Keningau.
Penyampaian cenderahati dari Jabatan Bahasa IPG Keningau kepada penceramah bengkel syair
Penyampaian cenderahati dari Jabatan Bahasa IPG Keningau kepada penceramah bengkel sajak
PROGRAM / AKTIVITI 2 : PROGRAM PERKONGSIAN INOVASI
Perkembangan dunia pendidikan masa kini menuntut perubahan yang progresif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Inovasi merupakan satu aspek penting dalam mempertingkatkan kualiti PdP selaras dengan kehendak kurikulum semasa dan perkembangan teknologi pendidikan. Oleh itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau dengan kerjasama SK Kaingaran Tambunan mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Perkongsian Inovasi ini. Program ini menjadi platform untuk berkongsi idea, amalan terbaik dan bahan inovasi yang telah terbukti membantu meningkatkan minat dan pencapaian murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan inovasi dalam kalangan guru serta memperkukuh kolaborasi antara institusi pendidikan dan sekolah. Inisiatif ini juga seiring dengan usaha ke arah mewujudkan budaya kolaboratif dan profesionalisme berterusan dalam kalangan warga pendidik.
i. Menyediakan platform kepada guru pelatih untuk berkongsi inovasi PdP Bahasa.
ii. Memberi pendedahan kepada guru SK Kaingaran terhadap bahan inovasi berimpak tinggi.
iii. Memperkasa kemahiran pedagogi guru melalui adaptasi pendekatan inovatif.
iv. Memupuk kerjasama antara IPG dan sekolah rendah dalam pembangunan profesionalisme guru
· Semua guru SK Kaingaran Tambunan
· Murid-murid SK Kaingaran Tambunan
Tarikh : 26 September 2025
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tajuk : Perkongsian Inovasi
Anjuran : Jabatan Bahasa, IPG Kampus Keningau
Tarikh : 26 September 2025 (Jumaat)
Lokasi : SK Kaingaran, Tambunan
Tema : Menjana Kreativiti, Memperkasakan Kolaboratif
Ø Pencapaian Program
· Pensyarah Jabatan Bahasa berjaya menyampaikan dua inovasi utama:
o CELARIS – Kaedah pemantapan penulisan menggunakan struktur ayat Bahasa Melayu.
o CaPpy Jig – Inovasi permainan interaktif untuk penguasaan tatabahasa.
o Sasaran: 16 orang guru SK Kaingaran telah terlibat dalam sesi perkongsian ini.
· Siswa Guru berjaya melaksanakan:
o 3 jenis inovasi PdP hasil kreativiti mereka sendiri.
o Bahan Bantu Mengajar (BBM) direka dan dibina sendiri oleh siswa guru.
o Aktiviti bersama 130 orang murid dalam bentuk gallery walk yang interaktif.
Ø Impak Program
· Meningkatkan kesedaran guru sekolah terhadap pendekatan inovatif dalam PdP.
· Memperkasa keyakinan dan kemahiran siswa guru dalam menyampaikan inovasi kepada khalayak sebenar.
· Mewujudkan budaya kolaboratif dan perkongsian profesional antara institusi IPG dan sekolah.
Ø Penutup
Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menerima sambutan baik daripada pihak sekolah serta peserta. Adalah diharapkan agar usaha kolaboratif seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain dalam usaha memperkasa PdP berasaskan inovasi dan kreativiti.
Bagi memastikan kesinambungan impak program ini serta memperkukuhkan lagi budaya inovasi dalam kalangan pendidik, beberapa langkah ke hadapan dicadangkan seperti berikut:
· Memperluas Jaringan Kolaboratif
Meneruskan dan memperluaskan jaringan kerjasama antara IPG dengan lebih banyak sekolah rendah di daerah Tambunan dan sekitarnya bagi pelaksanaan program seumpama ini secara berkala.
· Pembangunan Portal Perkongsian Inovasi
Membangunkan platform digital atau repositori dalam talian yangmenghimpunkan inovasi, BBM dan pendekatan PdP kreatif oleh pensyarah dan siswa guru yang boleh diakses oleh guru-guru sekolah.
· Pemantapan Latihan Inovasi Guru Pelatih
Menjadikan elemen perkongsian inovasi sebagai sebahagian daripada latihan amali dan penilaian kompetensi guru pelatih semasa menjalani latihan di IPG.
· Penilaian & Penyelidikan Keberkesanan Inovasi
Melaksanakan kajian tindakan atau penyelidikan impak terhadap penggunaan inovasi PdP yang diperkenalkan dalam program untuk menilai keberkesanan sebenar kepada murid.
· Sokongan Berterusan Pasca-Program
Menyediakan sesi susulan seperti bengkel dalam talian, konsultasi atau pementoran kepada guru-guru yang ingin mengaplikasikan atau menyesuaikan inovasi ke dalam konteks PdP mereka.
Pn Rodzita Yahaya (Ketua Jabatan Bahasa IPG Keningau memberikan ucapan pembukaan program
Guru-guru SK Kaingaran yang hadir mendengar perkongsian inovasi
Pn Alice Benedict (Pensyarah Akademik Jabatan Bahasa) memberikan perkongsian inovasi beliau
Template inovasi CELARIS diuji lari oleh Guru-guru SK Kaingaran
Perkongsian Inovasi CaPpy Jig oleh
Pn Tinie Joss
Uji lari CaPpy Jig
Aktiviti Gallery Walk (BBM & Inovasi ) Siswa Guru IPGK Keningau
Bersama murid-murid SK Kaingaran, Tambunan
Bersama Guru-guru SK Kaingaran Tambunan
Penutupan Program Perkongsian Inovasi SK Kaingaran Tambunan
PROGRAM / AKTIVITI 1: PROGRAM HARMONI DIDIK: INSPIRASI HIDUP BERKUALITI
Program Harmoni Didik: Inspirasi Hidup Berkualiti merupakan suatu program anjuran pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran untuk kursus PKUK1124 (Hidup Berkualiti untuk Murid Berkeperluan Khas) dan PKUK1152 (Komunikasi Augmentatif dan Alternatif Murid Berkeperluan Khas).
PKUK1124 (Hidup Berkualiti untuk Murid Berkeperluan Khas):
Program ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tugasan pertama pentaksiran berterusan iaitu melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi untuk Murid-Murid Berkeperluan Khas di sekolah mengikut keselesaan dan kesesuaian mereka.
PKUK1152 (Komunikasi Augmentatif dan Alternatif Murid Berkeperluan Khas):
Hal ini bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan pentaksiran berterusan yang ketiga iaitu mengajurkan satu pameran untuk mempersembahkan hasil produk bagi Komunikasi Augmentatif dan Alternatif di sekolah.
Di samping menyelesaikan tugasan yang telah diberikan, program ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar dalam menceburi pengalaman di lapangan sebenar bersama dengan murid-murid berkeperluan khas bagi memahami keperluan untuk menjamin kehidupan yang berkualiti bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas. Tujuan program ini diadakan juga adalah untuk memberikan pengetahuan baharu kepada para pelajar dalam mempraktikkan kemahiran berinteraksi dengan masyarakat melalui pengenalan terhadap hasil produk multisensori yang dapat digunakan pada masa akan datang.
1. Melaksanakan tugasan bagi pentaksiran berterusan untuk kedua-dua kursus PKUK1124 dan PKUK1152 (melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi serta pameran).
2. Memberi kesempatan kepada pelajar untuk memupuk sikap memimpin dan merancang sesuatu program bagi meningkatkan kualiti kerjaya siswa pendidik sebagai seorang guru yang berkaliber.
3. Memupuk sikap kerjasama di antara siswa pendidik dalam menjayakan suatu program dengan sebaiknya.
4. Berkolaborasi dengan pihak sekolah bagi merealisasikan aktiviti sukan yang secara tidak langsung dapat memberikan kehidupan yang berkualiti terhadap golongan Murid-Murid Berkeperluan Khas.
Sasaran ditujukan kepada pelajar PPISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Ambilan Ogos 2024-Julai 2029, dengan mengharapkan agar pelajar dapat mempraktikkan kemahiran berinteraksi bersama dengan masyarakat serta mampu memupuk semangat serta jiwa guru Pendidikan Khas yang berwibawa bagi membimbing murid dengan sebaiknya pada masa akan datang.
Pelaksanaan program adalah selama 3 hari iaitu pada 10 hingga 12 April 2025 (Khamis hingga Sabtu).
Program Harmoni Didik: Inspirasi Hidup Berkualiti yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tungou, Ranau merupakan suatu inisiatif yang dijalankan bagi memupuk pengetahuan baharu kepada para pelajar PPISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Ambilan Ogos 2024-Julai 2029 mengenai kemahiran berinteraksi bersama-sama dengan murid dan juga masyarakat dalam persekitaran sekolah melalui pengenalan terhadap hasil produk multisensori yang dapat digunakan pada masa akan datang. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini turut diselangi dengan pelbagai aktiviti, yang didahului dengan sesi suai kenal bersama warga sekolah. Kemudiannya, pelajar melaksanakan aktiviti khidmat siswa yang melibatkan aktiviti menghias papan kenyataan di sekolah tersebut. Seterusnya, senamrobik bersama warga sekolah diadakan pada waktu petang bagi memupuk gaya hidup sihat dalam diri warga sekolah
Pada keesokkan harinya, pameran produk multisensori Augmentative and Alternative Communication (AAC) serta aktiviti sukan dan rekreasi bersama murid di sekolah tersebut diadakan sekali gus memenuhi keperluan tugasan pentaksiran berterusan bagi subjek PKUK1124 dan PKUK1152. Tidak lupa juga dengan pelaksanaan majlis perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Encik Doti bin Asing, Pengarah IPG Kampus Keningau dan juga penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah yang turut diadakan pada hari ketiga iaitu hari terakhir program tersebut. Melalui pelaksanaan program ini, dilihat ia berhasil dalam memupuk kemahiran interaksi dan komunikasi siswa pendidikan khususnya dalam persekitaran sekolah. Tambahan lagi, penganjuran program ini mampu mengasah kemampuan kepimpinan dan pengurusan dalam diri siswa pendidik bagi melaksanakan program ini dengan sebaiknya.
Bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan Program Harmoni Didik: Inspirasi Hidup Berkualiti, beberapa langkah penambahbaikan dicadangkan untuk pelaksanaan pada masa hadapan. Antara langkah ke hadapan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
1. Memperluaskan jalinan kerjasama dalam pelaksanaan program. Program seumpama ini wajar diteruskan dengan melibatkan lebih banyak sekolah pendidikan khas bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar dalam memahami keperluan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam konteks yang pelbagai.
2. Kualiti produk multisensori (AAC) boleh dipertingkatkan lagi. Melalui maklum balas yang diterima daripada guru, pensyarah dan murid, produk multisensori AAC boleh dipertingkatkan dari segi fungsi, ketahanan dan kesesuaian agar ia lebih efektif digunakan dalam PdP pada masa hadapan.
3. Mewujudkan modul aktiviti sukan dan rekreasi yang lebih sistematik, melalui penyediaan modul aktiviti yang lebih tersusun mengikut tahap keupayaan murid mampu membantu melancarkan pelaksanaan aktiviti serta memastikan setiap murid mendapat manfaat optimum daripada penglibatan mereka.
Flag-off pelajar dan pensyarah ke SK Tungou, Ranau
Sesi suai kenal bersama dengan warga sekolah
Aktiviti khidmat siswa
Aktiviti khidmat siswa
Aktiviti senamrobik bersama murid-murid SK Tungou
Aktiviti senamrobik bersama murid-murid SK Tungou
Persediaan tempat pameran produk multisensori (AAC)
Suasana pada hari pameran produk multisensori (AAC)
Suasana pada hari pameran produk multisensori (AAC)
Aktiviti sukaneka bersama murid SK Tungou
Aktiviti sukaneka bersama murid SK Tungou
Suasana majlis perasmian penutupan
PROGRAM / AKTIVITI 2: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKPK TUARAN, PUTATAN
LAWATAN KE SK PENDIDIKAN KHAS TUARAN, PUTATAN merupakan suatu program anjuran pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran untuk kursus PKUK1094 (Murid Berkeperluan Pendidikan Khas: Masalah Penglihatan).
i. Para siswa guru dapat mengenalpasti jenis dan ciri-ciri ketidakupayaan penglihatan dalam kalangan murid pendidikan khas.
ii. Memahami perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan dari aspek fizikal, kognitif, emosi dan sosial.
iii. Memberi peluang kepada siswa guru untuk mengenalpasti Teknologi Bantuan yang digunakan oleh murid berkeperluan khas masalah penglihatan.
iv. Meninjau kaedah penilaian kesihatan mata dan intervensi awal yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Melalui lawatan ini, para siswa PPISMP PKMP Ambilan Ogos 2025 akan berpeluang meneliti secara langsung jenis dan ciri-ciri ketidakupayaan penglihatan, memahami perkembangan kanak-kanak dengan masalah penglihatan, mengenali penggunaan teknologi bantuan serta meninjau pelaksanaan penilaian kesihatan mata di sekolah berkenaan.
Tarikh : 18 November 2025 ( SELASA )
Masa : 5.00 AM HINGGA 3.00 PM
Seramai 50 orang pelajar dari opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP) Ambilan Ogos 2025 - Julai 2030 telah mengadakan lawatan sambil belajar yang bertempat di SK Pendidikan Khas Tuaran, Putatan bersama 3 orang pensyarah pengiring.
Lawatan ini merupakan salah satu pembelajaran bagi kursus PKUK 1094: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas: Ketidakupayaan Penglihatan. Objektif lawatan ini adalah untuk memastikan para siswa guru dapat mengenalpasti jenis dan ciri-ciri ketidakupayaan penglihatan dalam kalangan murid pendidikan khas.Di samping itu, lawatan ini telah memberi peluang kepada siswa guru untuk mengenalpasti Teknologi Bantuan yang digunakan oleh murid berkeperluan khas masalah penglihatan. Malah, meninjau kaedah penilaian kesihatan mata dan intervensi awal yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tidak dinafikan bahawa lawatan sambil belajar ini telah mendapat sokongan dan sambutan penuh mesra daripada pihak SKPK Tuaran sendiri. Secara keseluruhannya, para siswa telah memperoleh ilmu yang sangat bermanfaat serta berpeluang berinteraksi dan menjalankan aktiviti bersama murid – murid di sekolah berkenaan.
Bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan Lawatan Sambil Belajar ke sekolah pendidikan khas, beberapa langkah penambahbaikan dicadangkan untuk pelaksanaan pada masa hadapan. Antara langkah ke hadapan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
Memperluaskan jalinan kerjasama dalam pelaksanaan program
Program seumpama ini wajar diteruskan dengan melibatkan lebih banyak institusi yang berkaitan dengan pendidikan khas bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar dalam memahami keperluan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam konteks yang pelbagai.
Sesi taklimat khas dari Guru SKPK Tuaran,Putatan
Lawatan Sekitar Sekolah : Tinjauan fasiliti bilik khas, bilik Braille dan bilik deria
Aktiviti bersama murid SKPK Tuaran,Putatan
Penyampaian cenderahati dari pihak IPGKK dan sesi bergambar bersama warga SKPK Tuaran, Putatan
PROGRAM / AKTIVITI 1: BENGKEL PBL STEM BERSEPADU DENGAN MODUL STEM:BIT BAGI TAHUN 2025 DI BAWAH PROGRAM STEM:BIT BAGI TAHUN 2025 DI BAWAH PROGRAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
Penglibatan Pensyarah, Guru-guru sekolah pengajar, murid-murid sekolah pengajar dan siswa guru IPGK Keningau dalam micro bit, penyelesaian masalah (PBL) dan IBSE
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara kolaborasi. Guru boleh reka pelbagai aktiviti STEM yang lebih kreatif dan kontekstual. Micro:bit boleh gabung Sains, Matematik, Teknologi, dan Reka Bentuk dalam satu projek.
Melibatkan guru-guru di sekolah pengajar
01-03 Julai 2025
Guru boleh reka pelbagai aktiviti STEM yang lebih kreatif dan kontekstual.
1. Melibatkan lebih banyak guru dan pensyarah
2. Lebih banyak aktiviti yang melibakan mikro bit
3. Penggunaan AI
Penceramah sedang menerangkan konsep IBSE
Menguji kekuatan jambatan kertas
Membaiki coding micro:bit dan menyusun lego
Menguji micro:bit yang telah dikodkan
PROGRAM / AKTIVITI 2 : PERTANDINGAN CABARAN PBL STEM : REVOLUSI STEM DAN ROBOTIK PEMERKASAAN PENGAJARAN DIGITAL
Pertandingan “STEM PBL CHALLENGE” 2025 merupakan satu platform untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang mana menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan isu dunia sebenar. Pertandingan ini juga dapat memupuk kerjasama dan komunikasi dalam membina semangat kerja berpasukan. Selain itu, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan STEM secara praktikal seterusnya menyemai minat murid untuk menceburi bidang STEM secara mendalam.
· Memupuk kerjasama murid dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
· Mengintegrasikan pengetahuan dalam bidang STEM.
· Meningkatkan kreativiti, pemikiran kritikal dan keupayaan komunikasi dalam kalangan murid.
· Mengaplikasikan pengetahuan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam konteks dunia sebenar.
· Murid-murid Tahap 2 dan guru pengiring sekolah pengajar .
· Penyertaan sekolah pengajar dengan melibatkan 4 murid Tahap 2 dan 2 orang guru pengiring.
08 Ogos 2025
Pelajar lebih seronok belajar bila dapat membuat projek sebenar seperti reka alat pengesan air, sistem amaran banjir, pengesan perubahan suhu dan sebagainya.Meningkatkan kemahiran menerangkan dan keyakinan diri dalam kalangan murid. PBL dengan Micro:bit galakkan pelajar berfikir kritikal, menyelesaikan masalah, berkomunikasi, dan bekerjasama.
1. Memperluaskan Skop Penyertaan
2. Pengukuhan Modul PBL STEM
3. Integrasi Teknologi Tinggi
4. Profesionalisme Guru & Mentor
5. Kolaborasi Strategik
Penyampaian Hadiah
Penjurian di setiap booth
Penjurian di setiap booth
Pensyarah, guru dan murid bergambar depan Banner Jubli Delima IPGK Keningau
PROGRAM / AKTIVITI 3 :PROGRAM KOLABORASI PENDIDIKAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN INUBAI, TENOM.
Lawatan ini dijalankan sebagai sebahagian daripada interdisiplin gabungan kursus ELMK3123 - Kurikulum Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral bersama ELMK3113 - Isu Moral dan Peranan Agen - Agen Moral yang bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Program Kolaborasi Pendidikan Moral IPG Kampus Keningau Bersama Sekolah Kebangsaan Inubai, Tenom bagi pelajar Opsyen PISMP Elektif Pendidikan Moral Ambilan Ogos 2023 - Julai 2028. Kami ingin mengadakan lawatan ini untuk meningkatkan pemahaman dalam kursus ini.
· Memperkaya pengalaman pembelajaran autentik dalam kalangan siswa dan siswi.
· Memberi ruang kepada siswa dan siswi untuk memahami pelaksanaan nilai moral dalam konteks sebenar di sekolah.
· Memberi pendedahan kepada siswa dan siswi tentang peranan guru sebagai agen moral dalam membentuk sahsiah murid secara holistik.
· Menyemai dan mengukuhkan nilai murni dalam kalangan murid.
· Membina jati diri dan semangat kerjasama sebagai agen moral.
· Meningkatkan kesedaran moral dan budi pekerti.
Pelajar Ambilan Ogos 2023 - Julai 2028, Elektif Pendidikan Moral (ELMK3113 & ELMK3123) seramai 26 orang yang terdiri daripada Opsyen Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
1. Opsyen Bahasa Melayu : 17 orang siswa
2. Opsyen Pendidikan Seni Visual : 8 orang siswa
3. Opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran : 1 orang siswa
11 November 2025
Secara keseluruhan, lawatan ini memberikan peluang berharga kepada siswa dan siswi untuk menghayati peranan agen moral dalam mendidik serta membentuk sahsiah murid melalui pendekatan yang berkesan. Di samping itu, pengalaman pembelajaran autentik yang diperoleh sepanjang lawatan ini bukan sahaja memperkayakan kefahaman mereka tentang aplikasi nilai moral dalam konteks sebenar di sekolah malah turut memperkukuh kemahiran insaniah, pemikiran reflektif dan persediaan mereka sebagai pendidik yang mampu membimbing murid secara holistik pada masa hadapan.
Memperkukuh Jaringan Kolaborasi
Mengintegrasi Pendekatan Pedagogi Baharu
Penglibatan Komuniti Setempat
Murid-murid menunjukkan hadiah kumpulan
Murid-murid dikumpulkan bagi menjalankan aktiviti
Sekitar majlis penutupan- siswa guru mengendalikan majlis
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar Puan Hamidah