Bengkel Asas Pengawas Pusat Sumber
Bengkel Asas Pengawas Pusat Sumber Bil. 1/2020 telah dilaksanakan pada 21 Januari 2020. Tahniah kepada pelajar KPKP yang dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber PPKI Tahun 2020/2021.
1. Muhammad Firman bin Yusri
2. Al-Alauddin Syah bin Nor Mohd Zaharin
3. Nurul Nabilah binti Zulfa Vety
4. Nur Aisyah Emmylia binti Kamarudin
Semoga anak-anak Permata Warisan terus sukses.
Perasmian Bilik Refleksologi KPKP SMK Warisan Puteri telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hamidon bin Khalid Mantan Pengetua SMK Warisan Puteri pada 20 Februari 2021.Bilik ini dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan refleksologi sebagai pusat latihan kemahiran Murid Berkeperluan Khas (MBK).
Solat berjemaah adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk membina karektor warganya, khususnya murid-murid dari melakukan perkara negative dalam mengharungi dunia yang kian mencabar.
Murid KPKP akan bersama-sama melaksanakan solat zohor berjemaah dengan guru dan murid aliran perdana pada setiap hari Rabu sebelum waktu Kokurikulum.
Pada 22 Februari 2020 yang lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia Peringkat Negeri Negeri Sembilan di Muzium Negeri Sembilan. Majlis telah dihadiri oleh pelbagai lapisan ahli pengakap yang terdiri daripada pengakap muda, pengakap remaja, kelana dan pemimpin pengakap.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah :
Treasure Hunt
Kompas
Membina gajet
Mendirikan tiang bendera
Nyanyian
Buku skrap
Mewarna
Seramai 9 orang murid KPKP dan 3 orang guru Pendidikan Khas telah menyertai sambutan ini.
Pencapaian murid KPKP dalam acara nyanyian:
1. Muhammad Hafizi bin Zailani – Johan
2. Muhammad Firman bin Yusri – Naib Johan