Pelaksanaan Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid Tahun 2022 ini bertujuan meningkatkan kompetensi dan fasih digital murid bagi merealisasikan Strategi dan Pelan Pendidikan Digital.
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menyokong pelaksanaan PPPM 2013 – 2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran yang dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembangunan bakat dan modal insan dalam ekonomi digital, khususnya untuk memupuk budaya inovasi yang berterusan dan melengkapkan generasi masa hadapan dengan kemahiran teknologi yang sesuai perlu diperkasakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa kerana teknologi disruptif menguasai perubahan dunia.
Pelaksanaan Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid Tahun 2022 adalah untuk melahirkan murid yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni; membangunkan generasi yang fasih digital; meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional pihak berkepentingan yang berkaitan pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan; dan merapatkan jurang digital.
Meningkatkan keupayaan pembelajaran mendalam (deep learning) murid melalui teknologi dan literasi digital.
Membangunkan generasi bestari Malaysia yang kompeten dan beretika dalam teknologi dan literasi digital bagi memenuhi keperluan masa hadapan dan aspirasi negara.
Melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan agar mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni.
Tuan Rumah: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Tuan Rumah: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Kerjasama: Microsoft Malaysia
Tuan Rumah: Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Tuan Rumah: Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Kerjasama: Universiti Teknologi Malaysia
Tuan Rumah: Jabatan Pendiddikan Negeri Johor
Tuan Rumah: Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Kerjasama: Teach for Malaysia
Tuan Rumah: Jabatan Pendiddikan Negeri Sarawak
Kerjasama: CyberSecurity Malaysia
9. Modul Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (RMK 11)
10. Certified Cyber Security Awareness For Educator
11. Dapatan Kajian Tanda Aras Tahap Kesedaran Keselamatan Siber Nasional 2021
12. Pembangunan Modul Etika Siber Nasional (RMK 12)
Kerjasama: CyberSecurity Malaysia