Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Melahirkan PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN yang ungul dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Melestarikan perkhidmatan profesion Penolong Pegawai Perubatan yang berkualiti untuk merealisasikan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
1.Meningkatkan peluang pendidikan bertaraf ijazah serta latihan pengkhususan
2. Memantapkan fungsi dalam bidang Perkhidmatan Penjagaan Pra Hospital dan Ambulans, Kecemasan, bidang-bidang pengkhususan serta Kesihatan Primer.
3.Meningkatkan imej profesional dengan penerapan konsep 3D
(Discipline, Documentation, Development)
CEPAT, CEKAP DAN PROFESIONAL
Cepat dan tepat dalam pemberian rawatan kepada pesakit
Cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas.
Profesion yang didasari oleh satu modul latihan yang terancang serta dikawal oleh Akta dan Kod Etika Lembaga Pembantu Perubatan, Malayisa.