BENGKEL KEMAHIRAN ICT DALAM PEMBENTANGAN SECARA INFOGRAFIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 : ANJURAN BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Cadangan Tarikh : Bulan Mei 2021
Peserta : 40 orang sahaja (Keutamaan kepada Kaunselor Pendidikan yang berminat sahaja)
Tenaga Pengajar : Pn. Mazlita Mat Hassan
Medium : Bersemuka atau online
Bengkel Kemahiran ICT Dalam Pembentangan Secara Infografik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah merupakan bengkel kemahiran generik berkaitan dengan kemahiran teknikal dalam merancang dan membina pembentangan yang lebih menarik, berkesan dan interaktif.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, menambah kemahiran dan keupayaan kaunselor pendidikan dalam kemahiran teknikal untuk merancang dan membuat pembentang yang lebih menarik, berkesan dan interaktif. Kemahiran infografik ini boleh diaplikasikan terhadap bahan-bahan pembentangan kaunseling dan psikologi untuk tujuan perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor pendidikan di organisasi masing-masing.
Bengkel ini dilaksanakan kepada kepada kaunselor pendidikan di zon tengah sebagai bengkel percubaan dan menerima sambutan yang mengalakkan maka akan diteruskan kepada kaunselor pendidikan di zon lain pada tahun hadapan.
BENGKEL KAEDAH PEMBANGUNAN INSTRUMEN MENGUNAKAN RASCH MODEL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 : ANJURAN BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Peserta : Kaunselor Pendidikan
Sesi 1 : Julai 2021 : 40 orang peserta
Sesi 2 : Ogos 2021 : 40 orang peserta dari sesi 1
Tenaga Pengajar : Pakar RASCH Model
Medium : Bersemuka atau online
Kursus ini memberikan peluang kepada kaunselor pendidikan yang berminat dengan pembangunan instrumen dengan mengunakan RASCH Model sebagai asas dalam pembangunan sesebuah instrumen.
Tujuan Kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada kaunselor pendidikan yang berada di organisasi masing-masing dalam membangunkan instrument untuk kegunaan diri sendiri dan organisasi.
Pengetahuan dan kemahiran ini juga merupakan asas yang penting kepada kaunselor Pendidikan yang berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan Doktor Falsafah.
KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN GRED 48 DAN KE ATAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 : ANJURAN BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Peserta : Kaunselor PendidikanGred 48 dan Keatas (wajib)
Siri 2 : Jun 2021 : 40 orang peserta
Siri 3 : Ogos 2021 : 40 orang peserta
Tenaga Pengajar : Team LCLM Institut Aminuddin Baki (IAB)
Medium : Bersemuka atau online
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Gred 48 dan ke atas Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 adalah merupakan kursus yang dirangka oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling dengan kerjamasa idea dan kepakaran oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Kursus ini khusus dilaksanakan kepada kaunselor pendidikan yang berada dalam Gred 48 dan ke atas yang berada di organisasai
Tujuan Kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada kaunselor pendidikan yang berada di organisasi masing-masing sebagai peneraju perkhidmatan kaunseling dan psikologi sama ada di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Bahagian Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Pengetahuan dan kemahiran ini akan diapliksikan oleh kaunselor pendidikan kepada organisasi masing-masing bagi memastikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang ditawarkan lebih cekap dan berkesan.