PRAKTIKUM
Praktikum ialah Latihan Praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Latihan praktik di lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik darjah atau sekolah. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa pengajian. Selain program ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran ia juga merupakan perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan Institut Pendidikan Guru untuk melahirkan guru permulaan yang profesional dan berkesan.