" Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Kolej Vokasional Kluang direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara domestik dan komersial. Sepanjang program ini, pelajar akan menjalankan latihan dan aktiviti pemasangan, pengujian, dan penyelenggaraan sistem Penyejukan dan Penyamanan Udara, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan Sistem Penyejukan dan Penyamanan Udara, mengurus projek berkaitan penyamanan udara, di samping mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan. Dalam program ini, pelajar akan didedahkan dengan ilmu dan kemahiran berkaitan teknologi bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara, penggunaan lukisan CAD, perisian, alatan dan mesin domestik dan komersial. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari ilmu penyeliaan, pengurusan, keselamatan, keusahawanan, dan beberapa kursus umum dan kursus elektif termasuk bahasa Mandarin/ Arab, Pendidikan Islam/ Moral dan etika untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan kendiri, berkeperibadian dan profesionalisma ke arah bidang pekerjaan mereka. Pelajar juga perlu menjalani latihan industri (On Job Training) pada semester akhir bagi mempraktikkan ilmu dan kemahiran dalam suasana tempat kerja yang sebenar "