PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

PENGENALAN

Public-Private Research Network atau PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan.

KEWANGAN PPRN 2.0

PROSEDUR ASAS PERMOHONAN PPRN 2.0

i. Penyelidik dan Syarikat mengenalpasti keperluan Syarikat dan mencadangkan penyelesaian.

ii. Penyelidik dan Syarikat membuat permohonan bersama secara dalam talian melalui pautan https://epprn.mohe.gov.my/.

iii. Proses tapisan akan dilakukan oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi sebelum penyelidik dan syarikat dipanggil untuk pembentangan projek.