* Membuat perancangan untuk mencari tapak-tapak strategik untuk mengumpul peniagapeniaga
kecil sesuatu kawasan untuk memudahkan mereka membuat urusniaga serta
memudahkan mereka untuk mendapat lesen Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) untuk
menjalankan aktiviti perniagaan.
*Mencari tapak-tapak untuk membuat ekspo atau karnival-karnival untuk diberikan kepada
peniaga-peniaga yang berdaftar di bawah persatuan bagi memberi kepada mereka pendedahan
untuk acara-acara yang lebih besar di samping dapat mengajar mereka untuk berdaya saing dan
membolehkan mereka memperkenalkan produk-produk mereka dengan lebih meluas.
* Merancang aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah atau bekerjasama dengan badan-badan
Kerajaan bagi memberi sama ada input,dana-dana yang diperlukan sama ada dari segi
kewangan atau bahan mentah.Dengan pendedahan-pendedahan seumpama ini dapat
membuka sedikit ruang kepada sama ada peniaga atau usahawan ataupun penterenak dan
petani.
*Merancang projek-projek yang boleh diusahakan untuk peniaga-peniaga kecil seperti membuat
satu pusat pengumpulan barang di mana pihak persatuan akan menyediakan satu kedai atau
tapak di mana pihak peniaga yang berdaftar sebagai ahli persatuan layak untuk meletakkan
barangan mereka di kedai atau tapak yang disediakan dan pihak persatuan yang akan membuat
jualan manakala pihak peniaga hanya terima hasil keuntungan yang telah dibahagikan.
* Bagi permasalahan pengguna pula,pihak Persatuan akan mengambil aduan dan akan membuat
rujukan kepada pihak yang berwajib dan pihak Persatuan akan membuat kajian susulan
mengenai permasalahan pengguna dan akan memastikan kesemua masalah akan diselesaikan.
*Pihak Persatuan juga menerima aduan daripada pengguna yang mempunyai masalah dengan
syarikat kewangan seperti Bank,Pinjaman Wang Berlesen dan Pinjaman Wang Tidak
Berlesen.Untuk kes-kes sedemikian pihak Persatuan akan berunding dengan pihak-pihak
kewangan tersebut untuk memastikan kata sepakat akan diperolehi tanpa sebarang
“PREJUDIS” atau “BUYERS” kepada mana-mana pihak.Sekiranya aduan tersebut tidak dapat
diselesaikan oleh pihak Persatuan,pihak kami akan merujuk kepada pihak yang lebih arif seperti
pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM),Kementerian Pembanguna Kerajaan
Tempatan(KPKT),Bank Negara Malaysia(BNM) dan agensi-agensi yang berkaitan.