LENCANA JAYA
PENGAKAP MUDA
PENGAKAP MUDA
Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut :-
A. Cita-cita Pengakap
Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik.
Sejarah tertubuhnya Malaysia.
Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri.
Tugas kerja Dewan Undangan Negeri.
Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
Latihan asas perbarisan.
Kawat tongkat semasa berjalan.
Halangan komando.
C. Kepimpinan
Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju.
Kebolehan : -
Merancang dan menjalankan pengembaraan.
Merancang Malam Pengakap.
Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol.
Membawa bendera.
D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III, IV dan V.
Kumpulan I - Cabaran
Lakukan 1 :-
Mendayung perahu; ATAU
Melayarkan sampan layar.
Mendaki bukit.
Pengembaraan malam selama 8 jam.
Kumpulan II - Amali
Pekerjaan tangan / tukang gambar.
Mekanik.
Kod fonetik antarabangsa.
Khidmat masyarakat.
Kumpulan III - Kesungguhan
Pengembaraan 24 km atau berbasikal 50 km dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis dalam buku log.
Gimnastik / seni mempertahankan diri.
Membuat bekalan dari makanan kering.
Melakukan 1 berikut : -
memanah.
memancing.
kajian barang purba.
kajian isi bumi.
pemeliharaan alam sekitar.
Kumpulan IV - Masyarakat
Menyedia, memasak dan melayan.
Petunjukkan hiburan amatur.
Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap.
Kumpulan V - Kemahiran Berpengakap
Simpulan & ikatan : -
Simpul Abah-abah (Manharness Knot)
Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch)
Simpul Ngah (Middleman's Knot)
Tindih Kasih Air (Water Bowline)
Ikatan Pengail (Fisherman's Knot)
Sambat Mata (Eye Splice)
Lilit Ular / Kacang (Floor/ Snake Lashing)
Ikat Silang Tungku (Tripod/ Figure 8 Lashing)
Mendirikan pondok sementara.
Projek perintis.
E. Perkhidmatan
Rawatan dan Pertolongan Cemas ;
Rawatan patah tulang.
Usungan pesakit.
Kegunaaan kayu tuap.
Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut.
Perkhidmatan 6 jam.
Menyiapkan Buku Log
Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
BAHAGIAN CITA-CITA PENGAKAP
Carta Organisasi:
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia;
Biro Pengakap Sedunia; dan
Biro Wilayah Asia Pasifik.
Sejarah tertubuhnya Malaysia.
Melukis dan memberi makna berkenaan
Jata Kebangsaan; dan
Lambang Negeri.
Menyenaraikan Tugas dan kerja Dewan Undangan Negeri.
Nama penuh dan gambar
Ketua Pengakap Negara; dan
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
BAHAGIAN KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
Penerangan ringkas dan gambar anda sendiri sedang melakukan asas perbarisan seperti berikut:-
Sedia;
Senang diri;
Rehatkan Diri;
Ke kanan Lurus;
Pandang Depan;
Buka Barisan;
Tutup Barisan;
Langkah ke sebelah "Dua Langkah ke kiri gerak"
Cepat Jalan;
Berhenti;
Hormat;
Berpusing Kanan;
Berpusing Kiri;
Menghadap ke Belakang;
Menghadap ke Hadapan (setelah menghadap ke belakang);
Meluruskan barisan;
Latihan hentak kaki;
Berjalan Cepat;
Berhenti daripada berjalan;
Kanan Belok, Kiri Belok; dan
Tukar Langkah.
Penerangan ringkas dan gambar anda sendiri sedang melakukan kawad tongkat seperti berikut:-
Kedudukan Sedia;
Kedudukan Senang diri;
Kedudukan Rehatkan Diri;
Senang Diri dari Rehatkan Diri;
Sedia dari Senang Diri;
Jinjit Tongkat;
Rusuk Tongkat dari Turun Tongkat;
Turun Tongkat dari Rusuk Tongkat;
Hormat Tongkat daripada Rusuk Tongkat;
Turun Tongkat daripada Hormat Tongkat;
Baring Tongkat daripada Turun Tongkat;
Angkkat tongkat dari Baring Tongkat;
Rusuk Tongkat;
Kalih Tongkat daripada Bimbit Tongkat; dan
Kalih Tongkat untuk Tiga Sorakan dan Doa.
Laporan dan gambar-gambar anda melakukan halangan komando.
BAHAGIAN KEMAHIRAN BERPENGAKAP
Penerangan ringkas dan gambar anda sendiri anda menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji.
Penerangan ringkas dan gambar anda sendiri teknik menggunakan kapak.
Dengan menggunakan tali parcel tunjukkan 3 langkah untuk membuat setiap simpulan dan ikatan berikut (tampal 3 langkah tersebut dalam buku log):-
Tindih Kasih Ganda (Double Bowline)
Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
Simpul Kerusi (Fireman's Chair Knot)
Lilit Pemati Selit (Lilit Pemati Selit)
Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
Sambat Balik (Back Splice)
Ikat Silang Gunting (Sheer Lashing)
Memasak masakan rimba.
Menghidupkan api.
Roti Lilit.
Ikan.
Model projek perintis.
Kajian 1 perkara berikut : -
Burung, binatang dan pokok tempatan.
Lawatan bangunan / kawasan penting.
Kawasan tempatan.
Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam.
Langkah keselamatan berenang.
Langkah keselamatan kegiatan kerja luar.
Melakukan 2 perkara berikut : -
Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah.
Keperluan berkhemah.
Memasak untuk 2 orang.
BAHAGIAN PENGEMBARAAN
Jenis kompas dan membaca bearing.
Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta.
Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam buku log.
Ikhtiar hidup.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
Balutan- kepala, lutut dan lengan.
Tindakan kecemasan.
Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan.
Khidmat sukarela.
DOKUMENTASI VIDEO
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Ujian Teori Secara Atas Talian
Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.