UJIAN LENCANA SECARA DALAM TALIAN PPM NEGERI SELANGOR

PENGUJIAN SKIM LENCANA SECARA DALAM TALIAN

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PPM Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk menjalankan pengujian lencana secara dalam talian.

Pengujian lencana ini tertumpu kepada semua ujian teori sahaja. Menerusi pengujian ini, ahli Pengakap dikehendaki melengkapkan beberapa CABARAN TUGASAN secara berperingkat sebelum layak dianugerahkan e-SIJIL PENYERTAAN yang memperakui bahawa ahli Pengakap itu telah menjawab ujian teori yang disediakan oleh Jawatankuasa Program PPM Negeri Selangor.

Klik lencana di bawah dan ikuti arahan bagi setiap cabaran tugasan. Semoga usaha ini akan dapat meningkatkan semangat berpengakap dalam kalangan ahli Pengakap PPM Negeri Selangor.

KEBENARAN MENJALANKAN UJIAN LENCANA

Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Jawatankuasa Program Negara telah mengeluarkan pekeliling Nombor Rujukan : PPM-48 jld.2/(031)/2020 bertarikh 23 Jun 2020 yang memberi kebenaran kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri, Daerah dan Kumpulan/Pasukan Pengakap untuk menjalankan Ujian Lencana Pengakap secara dalam talian (online).

Hal ini juga bersangkutan dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikeluarkan pada 13 Mac 2020 dan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti kokurikulum dijalankan buat masa ini akibat daripada wabak pandemik COVID-19 yang masih belum reda lagi.

INFORMASI PENTING DAN PERLU DIAMBIL PERHATIAN!

Sila klik pada tab menu "Panduan" untuk mendapatkan informasi penting berkenaan:

  • Panduan Pelaksanaan Ujian Lencana dan Penilaian Anugerah Rambu Secara Dalam Talian, terbitan Jawatankuasa Program PPM Negeri Selangor;

  • Panduan Penulisan Buku Log Ke Arah Pengakap Raja, terbitan Lembaga Penarafan Pengakap Raja PPM Negeri Selangor; dan

  • Panduan Memuat Naik Video ke Saluran YouTube, terbitan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran PPM Negeri Selangor.


Pastikan anda benar-benar faham isi kandungan ketiga-tiga buku panduan tersebut sebelum meneruskan kepada penggunaan aplikasi ini.

"Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap"

PENTING!

BACA ARAHAN DENGAN TELITI

JAWATANKUASA PROGRAM PPM NEGERI SELANGOR BERHAK MENARIK BALIK LENCANA SEKIRANYA TUGASAN (1) DAN (2) TIDAK DILENGKAPKAN.

KLIK LENCANA UNTUK MENERUSKAN CABARAN TUGASAN

PENGAKAP KANAK-KANAK

PENGAKAP MUDA

PENGAKAP REMAJA

PENGAKAP UDARA