PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2.0
| Cikgu Helton
| Cikgu Helton
๐Membentuk jawatankuasa PPGB 2.0.
๐Mengeluarkan surat lantikan secara rasmi kepada guru yang berpengalaman di sekolah sebagai guru mentor untuk membimbing guru baharu. Guru mentor akan membimbing seorang guru baharu sahaja. Pemilihan dan pelantikan guru mentor perlu mengambil kira kesesuaian opsyen mata pelajaran, pengalaman, kemahiran dan personaliti guru tersebut.
๐Memastikan pelaksanaan PPGB 2.0 di peringkat sekolah selaras dengan garis panduan dan matlamat yang ditetapkan.
๐Memberi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme guru baharu di sekolah dengan mengadakan perbincangan serta refleksi dari semasa ke semasa.
๐Melaksanakan pemantauan berkala dan berterusan terhadap guru baharu sepanjang pelaksanaan program PPGB 2.0 terutamanya dalam aspek PdP.
๐Memastikan guru baharu yang memerlukan khidmat kaunseling dirujuk kepada Pegawai Kaunseling di Bahagian KPM/JPN/PPD mengikut keperluan.
๐Menjalankan penilaian pelaksanaan PPGB 2.0 melalui perbincangan bersama guru mentor dan membuat perakuan untuk cadangan pengesahan dalam perkhidmatan guru baharu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan memenuhi syarat-syarat digariskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
๐Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
๐Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
๐Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
๐Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
๐Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.