Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu beriltizam, akan memberikan perkhidmatan dan layanan berkualiti kepada warga dan institusi pendidikan, masyarakat, serta jabatan dan agensi luar dengan mesra, cekap dan saksama :
Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 5 - 10 minit.
Memastikan panggilan telefon dilayan sebelum deringan ke3 (tiga).
Memastikan semua kanak-kanak berstatus warganegara mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan.
Memastikan penempatan guru diurus dalam tempoh 14 (empat belas) hari bekerja selepas bekalan guru diterima di lokasi.
Memastikan pertukaran guru di daerah dilaksanakan 2(dua kali setahun (Januari & Jun) dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan.
Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh 14 (empat belas) hari waktu bekerja
Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 14 (empat belas) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
Memastikan urusan rayuan disiplin murid diselesaikan dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja dari tarikh penerimaan rayuan.
Memastikan bayaran bil/invois dibuat tidak melebihi tempoh 14(empat belas) hari dari penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah sebelum keputusan diumumkan.