Assalamualaikum wbt. dan Salam Peneraju.
Selamat Datang Ke Pelantar Pembelajaran Digital PPD Kuala Terengganu atau Singkatannya DIGITAL PENERAJU. Pelantar ini diharapkan menjadi One Stop Site bagi semua bahan pembelajaran yang dihasilkan oleh Pegawai SISC+, Jurulatih Utama (JU) Mata pelajaran Daerah, Penyelaras Google Classroom Sekolah, JU ICT Daerah, Guru Cemerlang dan Guru Bestari yang ada di setiap sekolah.
Pelbagai bahan pembelajaran terkini termasuk pembelajaran melalui Youtube, Google Classroom, Quiz dan set-set soalan peperiksaan termasuk bahan-bahan edaran dari KPM. Selain itu, terdapat juga sumber rujukan bahan ICT untuk rujukan guru-guru seperti Nota Ringkas ICT, Rujukan e-RPH Versi MPG, Tutorial Google Classroom bagi guru-guru dan pentadbir sekolah.
Diharapkan kepada semua murid dapat memanfaatkan kemudahan bahan pembelajaran ini khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang penting adalah memastikan murid-murid tetap belajar walaupun berada di rumah.
Sekian, terima Kasih. #StayAtHome #KeepLearningWhereEverYouAre
SILA RUJUK PAPARAN JADUAL PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIIKUTI DI BAHAGIAN BAWAH.
2021 : PPD KUALA TERENGGANU
PENAFIAN
PPD Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan maklumat dan aplikasi dalam sites ini.