Assalamualaikum... Saya Cikgu Haji Mohd Shukri bin Ismail, Pegawai SISC+ Bidang Bahasa PPDKT sudi membantu anda dalam aspek bahasa Melayu terutamanya bagi calon-calon SPM. Bahasa Melayu (BM) merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM, jika anda gagal dalam subjek BM dan Sejarah, maka anda tidak akan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia walaupun anda telah belajar selama lima tahun di sekolah menengah. Oleh sebab itu, anda perlu belajar bersungguh-sungguh dan berguru dengan mereka yang betul-betul mahir serta memiliki kepakaran dalam bidang bahasa, bak kata peribahasa jauhari sahaja yang kenal manikam.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi!
Baiklah para pelajar, pada masa sekarang, pelajar diminta meneruskan pembelajaran di rumah kerana Perintah Pergerakan Perjalanan (PKP) yang telah memasuki fasa keempat (29 April - 12 Mei 2020) bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19. Pelantar Pembelajaran Digital yang dibina di peringkat PPDKT dapat membantu pelajar meneruskan pembelajaran kerana pelbagai bahan yang dapat diambil dan digunakan. Para ibu bapa pula bolehlah memantau ataupun membantu anak-anak mereka belajar di rumah. Laman saya ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bahan yang terdapat dalam PPDSM. Semoga pelbagai bahan yang disediakan bermanfaat kepada pelajar dan ibu bapa.
Teruskan pembelajaran di rumah ataupun di mana-mana jua anda berada kerana pembelajaran tidak terhenti walaupun pelajar tidak ke sekolah. Menuntut ilmu sebenarnya bermula sejak lahir lagi hinggalah ke liang lahad. Siapa yang berusaha dia akan berjaya, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Terima kasih.
PERKONGSIAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU, SPM
PERKONGSIAN VIDEO MENGHASILKAN PENDAHULUAN
MAKSUD TERSIRAT PANTUN BERBURU DI PADANG LATAR