Al Baghdadi Seri Iskandar
Kami pusat pengajian Al Quran di Seri Iskandar menawarkan kelas-kelas Al Quran bermula asas sehingga khatam Al Quran.
Telah beroperasi selama 11 tahun (Sejak 2012 hingga 2022) dan memiliki lebih 200 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian Al Quran.
Visi kami adalah untuk membantu seramai mungkin masyarakat Seri Iskandar boleh membaca Al Quran.
Bersama Pengasas Teknik Al-Baghdadi
Rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah
Pengusaha Al Baghdadi Seri Iskandar & Batu Gajah
Keistimewaan Teknik Al Baghdadi
Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.
TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.
Asas-asas tersebut adalah :
Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah.
Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin.
Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun.
Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu.
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
TAJWID AL-BAGHDADI
Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini diharapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.