17 Jun 2023
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, PPAQM telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Siri 1 Sesi 2022/2023. Majlis ini menggunakan platform Google Meet yang berlangsung pada 11 Jun 2023 pada jam 6.45 pagi.
Majlis khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Haji Samsul Muhaimin Bin Abdullah Saleh Al-Hafiz dengan diiringi admin PPAQM.
Program ini dihadiri oleh ahli-ahli PPAQM dari Malaysia dan Singapura. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemai rasa cinta kepada Al-Quran dalam kehidupan harian setiap ahli PPAQM dan bukan sahaja membaca Al-Quran tertapi memahami setiap isi-isi Al-Quran.