GARIS PANDUAN PERTANDINGAN & PENYEDIAAN SINOPSIS & LAPORAN INOVASI PEDAGOGI
1. Sebarang ciptaan yang dipertandingkan perlu mempunyai unsur inovasi.
2. Peruntukan masa 15 minit diberi untuk pembentangan inovasi (pameran) termasuk sesi soal jawab
3. Pembentang perlu berada di dewan pertandingan semasa sesi penghakiman.
4. Maksimum empat orang ahli dalam setiap kumpulan penyertaan.
5. Pembentang perlu membuat persiapan pameran pada 27 Februari 2023, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang
6. Digalakkan untuk mempamerkan model, prototaip, banner dan persembahan komputer riba yang berkaitan dengan inovasi untuk memudahkan proses penghakiman.
7. Surat permohonan patent, pencapaian, penerbitan dan lain-lain untuk menyokong rekaan boleh disertakan semasa penghakiman.
8. Bukti penambahbaikan untuk inovasi yang pernah menyertai sebarang pertandingan di mana-mana peringkat perlu disertakan semasa penghakiman.
9. Pembentang perlu menjaga integriti dan etika berpakaian semasa pembentangan.
10. Pembentang tidak dibenarkan melakukan penipuan, peniruan, memalsukan data, cetak rompak alau plagiarism dan menggunakan karya penyelidik lain.
11. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
12. Format Sinopsis Inovasi adalah seperti berikut.
I. Pengenalan
II. Penyataan pemasalahan
III. Inovasi yang dihasilkan
IV. Kelebihan Inovasi
13. Sinopsis mengandungi tidak lebih dari 300 patah perkataan
14. Ditaip dengan menggunakan fon Arial, italic, bersaiz 11 , justified dan single spacing.
15. Perlu ada tiga hingga lima kata kunci yang diletak di bawah abstrak.
16. Format Laporan lnovasi adalah seperti berikut.
I. Nama pembentang dan ahli kumpulan
II. Nama institusi
III. Emel pembentang dan ahli kumpulan
IV. Tajuk Inovasi
V. Objektif lnovasi
VI. Kumpulan Sasaran
VII. Isu/Penyataan Masalah
VIII. Latar belakang Penciptaan Inovasi (Keadaan sebelum inovasi)
IX. lnovasi yang telah dilaksanakan:
a. Deskripsi lnovasi
b. Tarikh Pelaksanaan
c. Kos lnovasi
d. Perkaitan Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran
e. Strategi Penggunaan lnovasi (Pelaksanaan lnovasi Berserta Gambar)
f. Keadaan Selepas lnovasi (Kejayaan lnovasi)
X. Faedah-Faedah Daripada lnovasi Yang Telah Dilaksanakan (Dari Segi Pengurangan Kos Operasi, Penjimatan Masa, Peningkatan Hasil Kerja, Tahap Kepuasan Pelanggan Dan Lain-Lain (Sokongan Bukti Jika Ada).
XI. Rujukan Mengikut Format American Psychological Associafion (APA) Edisi Terkini
XII. Lampiran
KRITERIA PENILAIAN INOVASI PEDAGOGI
Kriteria penilaian ini adalah kriteria yang ditetapkan seperti berikut :
1. Kreativiti (10 markah)
Inovasi yang dihasilkan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
2. Kesignifikanan (20 markah)
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3. Kecekapan (10 markah)
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. “Replicability” (10 markah)
Terdapat bukti inovasi boleh digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau dengan ubah suai mengikut keperluan.
5. Keberkesanan Kos (10 markah)
Terdapat bukti nyata inovasi dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau memperjelaskan sesuatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang sama atau lebih rendah.
6. Potensi Pelaksanaan (20 markah)
Terdapat bukti inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat ianya diperkenalkan.
7. Pembentangan dan Pameran (20 markah)
Pembentangan dan penerangan inovasi adalah jelas, bahan pameran berkualiti dan kaunter pameran ceria.
SENARAI INOVASI PEDAGOGI & NOMBOR RERURAI PERTANDINGAN