ID Portal Digital Learning ialah ID yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk kegunaan murid-murid atau pelajar yang berada di bawah institusi pendidikan KPM.
ID ini digunakan oleh murid untuk mengakses laman dan sumber-sumber pembelajaran di dalam Portal Digital Learning KPM (MOE-DL) secara online yang disediakan oleh pelbagai pihak atau agensi seperti KPM, Google, Microsoft dan lain-lain lagi.
Ianya boleh digunakan dari murid tahun 1 di sekolah rendah hingga ke pra-universiti (STPM atau Matrikulasi).
PENGURUSAN PASSWORD :
Pelajar boleh mendapatkan id dan password melalui guru kelas masing-masing.
Sekiranya pelajar terlupa password, anda perlu memaklumkan kepada guru kelas atau guru penyelaras untuk menukar password yang baharu.
Password default akan diberikan kepada murid dan murid boleh memilih untuk mengekalkan password default atau menukar password yang baharu.
Pastikan murid mencatatkan password baru/default di catatan sendiri kerana pihak admin sekolah tidak mempunyai atau tidak menyimpan rekod password murid.
Murid diminta jangan mengubah apa-apa setting pada profile akaun id seperti maklumat peribadi kerana ia akan disuspend oleh pihak Google/KPM menyebabkan akaun tidak boleh digunakan.