MENU UTAMA KURIKULUM
DASAR KUALITI
Pengurusan Kurikulum yang berkualiti merangkumi pengurusan panitia yang kemas dan PdPc yang berkesan, berpusatkan murid serta pentaksiran yang sistematik dan berkualiti. Sasaran pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam adalah seperti yang berikut:
Penilaian Tingkatan 3 (PT3) : Pencapaian 100% mencapai tahap minimum (MTM) dalam semua mata pelajaran.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : Pencapaian 100% lulus dalam semua mata pelajaran dengan memberi keutamaan kepada pencapaian gred A+.
MATLAMAT
Menerapkan konsep ’Beyond The Education’ kepada semua guru.
Melahirkan guru yang dapat mengamalkan kerja sepasukan (collaborate) , berani berubah (game changer).
Mengkaji dan menilai kesesuaian buku dan bahan rujukan tambahan bagi kegunaan murid.
Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan dan ledakan maklumat semasa.
Melahirkan murid cemerlang yang layak melanjutkan pelajaran ke luar negara dan IPTA /IPTS terbaik di negara ini.
STRATEGI
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 4 kali setahun.
Mesyuarat panitia mata pelajaran 4 kali setahun.
Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian(e-RPH) yang mantap.
Penyediaan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang terancang, melalui pembelajaran teradun selaras dengan dunia VUCA.
Tamat sukatan pelajaran mengikut masa yang ditetapkan.
Penggunaan buku teks secara optimum dan berkesan.
Penggunaan buku rujukan dan ulangkaji bermutu tinggi.
Penyediaan dan penggunaan BBM dan ICT yang bermutu tinggi dalam PdPc.
Penggunaan pelbagai strategi pembelajaran.
Penerapan nilai-nilai murni (tersurat dan tersirat).
Penilaian bulanan / peperiksaan secara berterusan dan berekod.
Aktiviti bimbingan, pengayaan dan pemulihan.
PdPc menepati carta aliran PdPc.
Kerja rumah berpandu terancang pada hujung minggu dan ‘Golden Holiday’ pada masa cuti.
Galakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi, bersesuaian dengan kebitaraan Bahasa Inggeris.
Galakan kajian tindakan dan inovasi dalam PdPc oleh guru mata pelajaran bagi mengatasi kelemahan murid.
Penggunaan PSS, makmal, bengkel, bilik-bilik khas untuk PdPc secara optimum.
Pemeriksaan buku latihan murid secara berkala.
Kelas tambahan berfokus (Fasa 1, 2, dan 3).
Klinik Mata Pelajaran.
Seminar Kecemerlangan PT3 dan SPM.
Majlis Konsultasi Ibu Bapa Murid PT3, Tingkatan 4 dan SPM.
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru.
Latihan dalam Perkhidmatan.
Memperkasa dan Membudayakan ’Professional Learning Community’ (PLC).
Anugerah Stimulan Kecemerlangan Tingkatan 1,2,3,4 dan 5.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM & STPM.
Mengaplikasikan kepakaran guru cemerlang untuk peningkatan kecemerlangan murid.
Program Bulan Akademik.
Program Guru Muda.
Pembinaan dan penggunaan Modul PdP.